Logo Suara Dari Palestin
Suada dari Palestin
GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Pendidikan di Gaza,  memaklumkan projek pembinaan 39 sekolah terpaksa dihentikan susulan penutupan terowong dan sekatan baru dikenakan ke atas Genting Gaza.

Dipetik PIC, menurut kementerian itu, pemberhentian projek yang berpunca daripada kekurangan bahan binaan dan peralatan elektrik tersebut akan memberi kesan negatif kepada proses pendidikan di wilayah pesisir pantai terbabit.

Laporan terperinci berhubung perkara itu mendedahkan, sebanyak 12 sekolah berada di peringkat akhir pembinaan juga terpaksa dihentikan manakala 25 kontrak lain dibatalkan.

Selain itu, tujuh telaga dimiliki gabungan pelbagai kementerian juga terpaksa ditutup akibat sekatan tersebut.