Thursday, 25 December 2014

Pihak berkuasa Israel lulus pembinaan di penempatan haram


BAITULMAQDIS 25 DIs. - Pihak berkuasa Israel semalam memberi kelulusan bagi membina 380 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Yahudi di dua tempat di timur Baitulmaqdis.
“Suruhanjaya Perbandaran telah memberikan permit untuk pembinaan 307 buah rumah baharu di Ramot dan 73 buah lagi di Har Homa,” kata jurucakap pihak berkuasa, Yosef Alalu.
Sebelum ini, Washington berulang kali memberi amaran bahawa kelulusan itu akan mencetuskan ketegangan, bagaimanapun Israel tetap berkeras meluluskan siri rancangan untuk penempatan Yahudi di timur Bailtulmaqdis dalam beberapa bulan kebelakangan ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pihak-berkuasa-israel-lulus-pembinaan-di-penempatan-haram-1.40664#sthash.oqx3ik1P.dpuf

Tentera Israel bunuh seorang anggota Hamas


GAZA 25 Dis. - Tentera Israel menembak seorang anggota tentera Hamas dalam pertempuran yang meletus di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan Israel, semalam.
Tentera dalam satu kenyataan berkata, sebuah pusat pemeriksaan Israel telah diserang oleh penembak tepat di selatan Gaza menyebabkan tentera Israel membalas tembakan dari darat dan udara.
Sumber Hamas berkata, lelaki yang terkorban dikenali sebagai Tayseer Amairi, seorang anggota unit pemantauan sayap di Semenanjung Gaza. Sementara itu, seorang anggota tentera Israel mengalami kecederaan dan telah diterbangkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Jumaat lalu, Israel mengebom sebuah pangkalan tentera Hamas di Semanjung Gaza sebagai membalas serangan roket yang dilancarkan Hamas awal pagi hari yang sama.
"Serangan ini merupakan serangan kedua dalam minggu ini dan merupakan serangan terang-terangan terhadap Israel dan kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas terhadap sebarang percubaan yang membahayakan tentera Israel," kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Peter Lerner dalam satu kenyataan. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-israel-bunuh-seorang-anggota-hamas-1.40666#sthash.grVH0mg4.dpuf