Monday 25 August 2014

3 terbunuh dalam serangan Israel

palestin

PENDUDUK Palestin berkumpul ketika anggota penyelamat sedang mencari mangsa dari celah-celah runtuhan sebuah rumah yang dibedil sewaktu serangan udara Israel di Beit Lahiya utara Semenanjung Gaza, hari ini.

Dua terbunuh serangan udara Israel di Gaza

ISNIN, 25 OGOS 2014 @ 1:04 PM
Masjid di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza itu dibedil oleh rejim Israel hari ini.
 
BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel di Gaza malam tadi mengakibatkan dua rakyat Palestin terbunuh, menjadikan jumlah kematian dalam peperangan tujuh minggu itu meningkat kepada 2,122 orang.

Jurucakap bagi tentera rejim Israel, berkata pesawat perang melakukan 16 serangan.

Tiada roket ditembak ke arah wilayah Israel dari Semenanjung Gaza sejak 9 malam waktu tempatan malam tadi.

Dua masjid di Beit Hanun, di utara Semenanjung Gaza dan di Bandaraya Gaza musnah dalam serangan itu, kata saksi. - AFP

Kematian komander penyuntik semangat

Briged Al-Qassam terus bersemangat melakukan serangan balas terhadap Israel. Foto: AP
Briged Al-Qassam terus bersemangat melakukan serangan balas terhadap Israel. Foto: AP
GAZA - Kematian tiga komander Briged Al-Qassam di Genting Gaza tidak seharusnya dilihat sebagai kemenangan Israel ke atas Hamas.

Kenyataan disiarkan akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth turut memberi amaran bahawa Hamas akan perhebat serangan bagi menuntut bela kerana kematian tiga komander itu dijadikan penyuntik semangat dalam menghadapi tentera rejim.

Penganalisis tentera Ron Ben-Yishai berkata, operasi Al-Qassam terhadap Israel tidak memberi kesan ketara terhadap alat ketenteraan mereka.

"Kematian komander Hamas tidak menjejaskan aset pertahanan mereka. Israel yang sepatutnya perlu lebih berwaspada terhadap serangan Al-Qassam kerana mereka mempunyai kepakaran strategi perang dan aset pertahanan yang lebih bagus.

Menurutnya, Al-Qasam mempunyai ramai pengganti  komander yang berkaliber dan perkara itu tidak menjadi masalah buat briged tersebut.

"Pada 2009, pemimpin Al-Qassam, Ahmed Al-Jaabary terbunuh, bagaimanapun mereka melantik pengganti baharu serta-merta dan meneruskan peperangan sehingga akhir operasi.
Sementara itu, Menteri Luar Israel Avigdor Liberman berkata, serangan di Gaza harus berakhir dengan ‘Hamas mengibarkan bendera putih’.

"Kerajaan hanya perlu menyatakan Operasi Perlindungan Sempadan memenuhi matlamat dan Hamas dapat dikalahkan hingga membawanya kepada penyerahan kawasan di Gaza ke atas Israel,” katanya.

Menurutnya jika ia tidak dipenuhi maka operasi ketenteraan di Gaza tetap diteruskan hingga Hamas menyerah kalah.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berpendapat, kenyataan itu sekadar usaha Israel untuk melemahkan pihaknya.

"Apa jua kecaman dan provokasi mereka terhadap kegagalan rundingan gencatan senjata dan serangan adalah helah kerana mereka sudah kehabisan cara untuk menakluki tanah penduduk Palestin.

" Desakan untuk memaksa kami mengibarkan bendera putih bukanlah ditujukan buat kami. Ia adalah untuk diri mereka sendiri kerana jelas mereka sudah gagal sepanjang operasi ini," katanya.- Agensi

Gaza terus digempur

Zafer Tower musnah teruk selepas terkena bedilan roket Israel awal pagi semalam. - Foto: AFP
Zafer Tower musnah teruk selepas terkena bedilan roket Israel awal pagi semalam. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN . Situasi di Genting Gaza saban hari kian meruncing dengan 12 lagi kematian dicatatkan sepanjang 90 serangan udara dilancarkan semalam.

Sepanjang 48 hari Operasi Perlindungan Sempadan dilakukan oleh Israel, seramai 2,102 maut dengan lebih 10,000 penduduk cedera.

Semalam, Israel mengebom menara pangsapuri di pinggir Gaza menyebabkan bangunan 14 tingkat itu ranap dalam satu serangan udara tanpa henti sekali gus menyebabkan Hamas terus menggandakan tembakan roket ke sempadan Gaza.

Di bandar Gaza pula, bebola api jelas kelihatan di ruang udara disusuli asap hitam tebal menjulang apabila dua peluru berpandu Israel mengenai tepat pangsapuri Zafer Tower.
Difahamkan, pangsapuri itu adalah salah satu daripada beberapa bangunan tertinggi di Tel al-Hawa.

Jurucakap tentera Israel berkata, serangan peluru berpandu itu sebenarnya menyasarkan bilik operasi Hamas di bangunan berkenaan namun tidak menyatakan mengapa seluruh menara yang menempatkan 44 unit rumah itu dimusnahkan.

Polis Gaza pula berkata, sebelum serangan itu, amaran mengenai serangan peluru berpandu sudah diberikan lima minit sebelum ia berlaku.

"Siren serangan diaktifkan bagi membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Bagaimanapun, serangan itu menyebabkan 22 orang cedera termasuk 11 kanak-kanak dan lima wanita," katanya, menurut laporan Agensi.

Keganasan di Gaza dilaporkan terus meningkat sejak gencatan senjata berakhir minggu lalu kerana kegagalan rundingan Palestin-Israel.

Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 100,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal dengan lebih 17,000 rumah hancur atau rosak akibat serangan bom Israel.

Mesir desak gencatan senjata

Pasar di Genting Gaza musnah akibat serangan udara. - Foto: AFP
Pasar di Genting Gaza musnah akibat serangan udara. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR . Mesir menggesa Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata serta merta bagi menyambung semula rundingan.

Terdahulu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi menemui rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas untuk mendesak gencatan senjata sekali gus mengadakan perbincangan bagi menamatkan konflik yang memasuki hari ke-48, semalam.

Pertemuan itu dibuat selepas mereka mengadakan rundingan pusingan kedua di Qatar tanpa pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Sementara itu di Tel Aviv, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu menterinya bahawa Operasi Perlindungan Sempadan di selatan Israel akan berterusan.

“Operasi ini hanya ditamatkan jika misi tercapai dan mungkin mengambil masa,” katanya menerusi stesen radio awam, AJ.

palestin ·

palestin

Awal pagi tadi serangan di Gaza telah melenyapkan bangunan Italian

Awal pagi tadi serangan di Gaza telah melenyapkan bangunan Italian, ia juga merupakan antara bangunan tertinggi di Gaza. Staff IR dan saudaranya juga tinggal dibangunan yang sama...diharap mereka semua selamat dan dilindungi.

Jangan lupakan saudara kita di Gaza. Teruskan menyumbang ke tabung Membangunkan Semula Palestin:-

www.islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!

palestin

Dua masjid musnah


Polis Gaza berkata, salah satu serangan udara meranapkan rumah pegawai Kementerian Undang-undang Hamas, Omar al-Bursh manakala pintu sempadan Gaza-Mesir turut mengalami kerosakan akibat terkena bedilan.
Selain itu dua masjid di Bait Hanoun serta Bandar Gaza yang dikatakan lokasi pejuang Hamas turut menjadi sasaran tentera rejim.
Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata seorang wanita berusia 42 tahun maut akibat bedilan kereta kebal dan seorang pemuda berusia 22 tahun maut dalam serangan udara di Bandar Gaza.
Konflik sejak 7 Julai lalu mengorbankan 2,122 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam serta menyebabkan lebih 450,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.
- Agensi
Foto
PENDUDUK melihat masjid yang musnah dalam serangan udara rejim Zionis Israel. FOTO AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Netanyahu: Kami takkan berhenti


Tel Aviv: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata, serangan ke atas Gaza akan diteruskan selagi ia dirasakan perlu.

“Operasi ini akan disambung sehingga matlamatnya tercapai.


“Ia mungkin mengambil masa,” katanya. Dalam serangan udara tentera Israel semalam, dua pemuda Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis ketika pejuang terus melancarkan roket ke negara Yahudi itu.

Kekerapan serangan Israel semalam agak menurun berbanding kelmarin apabila 60 bom menggegarkan Gaza dan mengorbankan 10 penduduk awam, Sebuah bangunan 12 tingkat juga runtuh.


Namun tiada tanda menunjukkan serangan akan dihentikan. Tentera berkata, 20 “sasaran pengganas” di Gaza dibom pagi semalam (waktu tempatan) manakala pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 20 roket atau mortar ke Israel. Netanyahu berkata, Hamas perlu menanggung akibat daripada perjuangan mereka. “Saya menyeru semua orang awam meningalkan sebarnag struktur yang menjadi tempat Hamas melakukan aktiviti ke atas kami. Semuanya menjadi sasaran kami,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Yahudi kutuk serakah Zionis


Mereka juga menggesa orang ramai supaya memboikot sepenuhnya Israel. Menurut surat itu, mereka terdorong melakukan kecaman berkenaan selepas aktivis politik dan profesor Yahudi Elie Wiesel membeli iklan di media massa utama seluruh dunia untuk menuduh Hamas sebagai pembunuh kanak-kanak.

Wiesel juga membandingkan kumpulan pejuang Palestin itu dengan Nazi. Surat ditandatangani 327 Yahudi mangsa Holocaust itu ditaja Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis dan mereka menganggap Elie menodai sejarah untuk menghalalkan serangan Israel ke atas Gaza.
Surat itu menyatakan: “Kami meluat dan marah terhadap memanipulasi sejarah oleh Elie Wiesel bagi menghalalkan usaha Israel memusnahkan Gaza dan membunuh lebih 2,000 warga Palestin yang kebanyakannya kanak-kanak. Tiada apa boleh mewajarkan pengeboman ke atas tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rumah, hospital dan universiti. Tiada alasan untuk menyekat bekalan air dan elektrik ke atas Palestin.” Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis turut menyalahkan Amerika Syarikat kerana membantu Israel dalam operasi di Gaza tindak-tanduk mereka melindungi negara Yahudi itu daripada dikecam.

“Penghapusan bangsa bermula dengan kesenyapan dunia,” kata surat itu.

Surat berkenaan diakhiri dengan gesaan supaya Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan serta-merta serta penegasan supaya kezaliman itu ditamatkan sepenuhnya. - Agensi
Foto
ORANG ramai melarikan diri selepas bangunan di sebelah kediaman mereka dibom.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

Israel bedil pusat kawalan Hamas


PENDUDUK Palestin memerhati runtuhan bangunan pangsapuri 13 tingkat selepas terkena bedilan meriam tentera Israel di Gaza City, semalam. - AFP
GAZA 24 Ogos - Israel meneruskan serangan ke atas Gaza, hari ini dengan menjadikan sebuah bangunan kediaman setinggi 13 tingkat sebagai sasaran, mengakibatkan 17 penduduk Palestin cedera.
Israel mendakwa bangunan itu merupakan pusat kawalan pergerakan Hamas.
Dalam serangan itu Menara Al Zafer di Gaza City dilaporkan ranap.
Ia merupakan serangan Israel pertama yang memusnahkan satu struktur besar dan paling tinggi di Gaza sejak Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin itu pada 8 Julai lalu.
Israel melancarkan 60 serangan udara hari ini, manakala Hamas melancarkan 64 roket dan mortar ke arah wilayah Israel.
Israel memberikan tembakan amaran 10 minit sebelum melancarkan serangan roket ke arah menara tersebut.
Penduduk tempatan berkata, bangunan tersebut merupakan kediaman bagi 44 keluarga.
Semalam, Israel melancarkan 55 serangan ke atas Gaza mengorbankan 10 orang penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, ketika Mesir menggesa pergerakan Hamas dan rejim Zionis itu kembali ke meja rundingan damai.
Dalam pada itu, dua buah peluru berpandu dilancarkan dari Lebanon mengenai Galilee di Israel.
Sumber Israel dan Lebanon menyatakan mereka tidak dapat mengenal pasti siapa dalang serangan itu. Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.
Dalam pada itu, Mesir menggesa Israel dan Palestin melaksanakan semula gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan.
Bagaimanapun, tiada tanda-tanda rundingan itu akan diadakan semula dengan gencatan senjata sebelum ini berakhir awal minggu ini tanpa sebarang penyelesaian.
Pegawai kesihatan Palestin berkata, kira-kira 2,085 orang penduduk Palestin terkorban, kebanyakan mereka orang awam termasuk lebih 400 orang kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 8 Julai lalu.
- REUTERS

Ibu, tiga anak maut diserang tentera Israel


GAZA CITY 25 Ogos - Serangan udara tentera Israel menyebabkan seorang ibu serta tiga anaknya terbunuh di utara Gaza hari ini, menurut laporan pasukan perubatan.
Serangan itu yang menyasarkan sebuah rumah berhampiran Jabalia di utara wilayah berkenaan menjadikan angka mangsa terkorban mencecah 12 orang.
Jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun serta remaja lelaki berusia 17 tahun turut terkorban dalam serangan tentera Israel awal hari ini. - AFP

palestin

Ibu kepada beberapa syahid hari ini selepas menerima berita kematian anak-anaknya. 
24, 8,2014. Serangan udara Israel, Israel melakukan satu siri serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza. 
احدي النساء التي فقدت ابنتين .في مدينة غزة اليوم #AJAGAZA Gambar oleh: Khaled Al Sabbah