Monday, 25 August 2014

Dua masjid musnah


Polis Gaza berkata, salah satu serangan udara meranapkan rumah pegawai Kementerian Undang-undang Hamas, Omar al-Bursh manakala pintu sempadan Gaza-Mesir turut mengalami kerosakan akibat terkena bedilan.
Selain itu dua masjid di Bait Hanoun serta Bandar Gaza yang dikatakan lokasi pejuang Hamas turut menjadi sasaran tentera rejim.
Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata seorang wanita berusia 42 tahun maut akibat bedilan kereta kebal dan seorang pemuda berusia 22 tahun maut dalam serangan udara di Bandar Gaza.
Konflik sejak 7 Julai lalu mengorbankan 2,122 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam serta menyebabkan lebih 450,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.
- Agensi
Foto
PENDUDUK melihat masjid yang musnah dalam serangan udara rejim Zionis Israel. FOTO AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

No comments:

Post a Comment