Zafer Tower musnah teruk selepas terkena bedilan roket Israel awal pagi semalam. - Foto: AFP |
GAZA - PALESTIN . Situasi di Genting Gaza saban hari kian meruncing dengan 12 lagi kematian dicatatkan sepanjang 90 serangan udara dilancarkan semalam.
Sepanjang 48 hari Operasi Perlindungan Sempadan dilakukan oleh Israel, seramai 2,102 maut dengan lebih 10,000 penduduk cedera.
Semalam, Israel mengebom menara pangsapuri di pinggir Gaza menyebabkan bangunan 14 tingkat itu ranap dalam satu serangan udara tanpa henti sekali gus menyebabkan Hamas terus menggandakan tembakan roket ke sempadan Gaza.
Di bandar Gaza pula, bebola api jelas kelihatan di ruang udara disusuli asap hitam tebal menjulang apabila dua peluru berpandu Israel mengenai tepat pangsapuri Zafer Tower.
Difahamkan, pangsapuri itu adalah salah satu daripada beberapa bangunan tertinggi di Tel al-Hawa.
Jurucakap tentera Israel berkata, serangan peluru berpandu itu sebenarnya menyasarkan bilik operasi Hamas di bangunan berkenaan namun tidak menyatakan mengapa seluruh menara yang menempatkan 44 unit rumah itu dimusnahkan.
Polis Gaza pula berkata, sebelum serangan itu, amaran mengenai serangan peluru berpandu sudah diberikan lima minit sebelum ia berlaku.
"Siren serangan diaktifkan bagi membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Bagaimanapun, serangan itu menyebabkan 22 orang cedera termasuk 11 kanak-kanak dan lima wanita," katanya, menurut laporan Agensi.
Keganasan di Gaza dilaporkan terus meningkat sejak gencatan senjata berakhir minggu lalu kerana kegagalan rundingan Palestin-Israel.
Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 100,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal dengan lebih 17,000 rumah hancur atau rosak akibat serangan bom Israel.

No comments:
Post a Comment