Monday, 25 August 2014

Netanyahu: Kami takkan berhenti


Tel Aviv: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata, serangan ke atas Gaza akan diteruskan selagi ia dirasakan perlu.

“Operasi ini akan disambung sehingga matlamatnya tercapai.


“Ia mungkin mengambil masa,” katanya. Dalam serangan udara tentera Israel semalam, dua pemuda Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis ketika pejuang terus melancarkan roket ke negara Yahudi itu.

Kekerapan serangan Israel semalam agak menurun berbanding kelmarin apabila 60 bom menggegarkan Gaza dan mengorbankan 10 penduduk awam, Sebuah bangunan 12 tingkat juga runtuh.


Namun tiada tanda menunjukkan serangan akan dihentikan. Tentera berkata, 20 “sasaran pengganas” di Gaza dibom pagi semalam (waktu tempatan) manakala pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 20 roket atau mortar ke Israel. Netanyahu berkata, Hamas perlu menanggung akibat daripada perjuangan mereka. “Saya menyeru semua orang awam meningalkan sebarnag struktur yang menjadi tempat Hamas melakukan aktiviti ke atas kami. Semuanya menjadi sasaran kami,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/25

No comments:

Post a Comment