Sunday 8 May 2016

Pejuang Palestin balas serangan Israel


REUTERS - MAYAT Zeina disolatkan selepas dia terbunuh dalam serangan kereta kebal oleh Israel di selatan Genting Gaza kelmarin.


BAITULMUQADDIS – Kumpulan pejuang Palestin di Genting Gaza membedil bom mortar ke arah Israel pagi semalam, kata tentera Zionis sekali gus meningkatkan ketegangan antara sempadan untuk hari ketiga.
“Mortar dibedil ke arah tentera berhampiran sempadan Gaza. Tiada kece­deraan dilaporkan,” kata satu kenyataan tentera semalam.
Seorang jurucakap tentera membe­ritahu AFP bahawa tiada serangan balas segera daripada pihak Israel.
Kelmarin, kereta kebal Israel yang membedil sasaran pejuang Hamas membunuh seorang wanita Palestin di rumahnya di Gaza ketika pertempuran terburuk antara tentera Israel dan Hamas selepas perang pada 2014.
Sejak pertempuran yang bermula Rabu lalu, Hamas dan beberapa kumpulan pejuang lain telah membedil sekurang-kurangnya 10 mortar melepasi sempadan, manakala tentera udara Israel melakukan sekurang-kurangnya tiga serangan udara terhadap Gaza.
Kereta kebal Israel yang ditempatkan di sempadan juga membedil berulang kali ke arah kawasan sasaran Hamas.
Pada petang kelmarin, bedilan kereta kebal yang diikuti dengan serangan mortar dari kawasan Khan Yunis di selatan Gaza membunuh Zeina Al-Amour, 54, menurut hospital Nasser yang mengesahkan kematiannya.
Seorang penduduk berusia 21 tahun turut tercedera dalam serangan terbabit.
Serangan oleh Palestin pula menyasarkan tentera Israel yang berkawal di sepanjang sempadan dan berada pada jarak 100 meter di dalam kawasan Gaza.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang telah dilaksanakan sejak peperangan selama 50 hari itu menyebabkan 2,251 penduduk Palestin dan 73 warga Israel terbunuh. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4826mxafi 
Hakcipta terpelihara 

Israel serang lagi Gaza

Gaza: Pesawat rejim Zionis meneruskan serangan terhadap wilayah Palestin ini awal semalam, sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwanya serangan roket dari kumpulan pejuang.
Keganasan yang masuk hari keempat itu adalah yang terburuk sejak perang 50 hari pada 2014.
Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket itu. Bagaimanapun, Israel menyalahkan Hamas.
“Awal hari ini (semalam) satu roket ditembak dari Semenanjung Gaza, menyasarkan selatan Israel. Sebagai tindak balas, pesawat kami menyerang dua infrastruktur Hamas di selatan Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan tentera Israel.
Sumber keselamatan Hamas berkata, dua kilang batu di Khan Yunis menjadi sasaran serangan terbaru Israel itu. Ia menyebabkan kerosakan, tetapi tiada kemalangan jiwa.
Ia serangan hari keempat dalam keganasan rentas sempadan paling buruk sejak Perang 50 hari antara Israel dan Hamas yang menyebabkan 2,251 penduduk Palestin dan 73 Israel terbunuh pada 2014.
Khamis lalu, seorang wanita Palestin terbunuh apabila rumahnya terkena bedilan tembakan sebuah kereta kebal Israel.
Israel mendakwa Hamas dan kumpulan pejuang Palestin menembak sekurang-kurangnya 12 mortar, menyasarkan tentera Israel yang mencari terowong di sepanjang sempadan Gaza.
Terowong seumpama itu menjadi senjata Hamas paling ditakuti oleh Israel pada konflik 2014.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:04 AM


GAMBAR menunjukkan sebuah menara tinjau milik Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, di Rafah yang bersempadan dengan Israel, musnah dalam serangan udara rejim Zionis, semalam.

Israel gempur kedudukan Hamas


Gambar bertarikh 5 Mei lalu memaparkan kepulan asap susulan serangan

Gambar bertarikh 5 Mei lalu memaparkan kepulan asap susulan serangan tentera Israel ke kedudukan Hamas di Rafah, selatan Genting Gaza. AFP
GAZA CITY 7 Mei – Wilayah Gaza terus digempur tentera Israel apabila dua lagi bangunan pergerakan Hamas dimusnahkan dalam serangan udara awal hari ini, sekali gus membangkitkan kebimbangan tercetusnya konflik yang lebih besar antara kedua-dua pihak.
Rejim Zionis memberi alasan serangan tersebut dilancarkan sebagai membalas serangan roket dari wilayah Gaza ke kawasan jajahan Israel walaupun tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.
“Awal hari ini, satu serangan roket dilancarkan dari Genting Gaza ke selatan Israel.
“Sebagai tindak balas, pesawat tentera mengebom dua bangunan milik Hamas di selatan wilayah tersebut,” jelas kenyataan tentera Zionis.
Susulan serangan udara itu, Hamas melaporkan dua bangunan musnah tetapi tiada kematian berlaku.
Konflik antara Hamas dan Israel berterusan sejak empat hari lalu, sekali gus membayangkan krisis yang lebih serius tercetus seperti pada Julai 2014 yang menyaksikan lebih 2,251 penduduk Palestin maut akibat pertempuran dua pihak itu.
Tentera Israel dilaporkan sebagai punca ketegangan terbaharu kerana menceroboh wilayah Gaza untuk mencari terowong milik Hamas, menyebabkan beberapa kumpulan sayap pergerakan Palestin itu melancarkan serangan mortar ke arah tentera Zionis.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya berkata, pihaknya tidak mahu terlibat dalam perang baharu tetapi tidak akan mendiamkan diri dengan tindakan rejim Israel menceroboh wilayah Palestin. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-gempur-kedudukan-hamas-1.319608#sthash.2TBxi4Jn.dpuf

Krisis bekalan elektrik Gaza


Tiga kanak-kanak mati dalam kebakaran

A Palestinian man chants angry slogans during the funeral of three

Seorang lelaki Palestin melaungkan kemarahannya sewaktu upacara pengkebumian kanak-kanak yang maut akibat kebakaran yang berpunca daripada api lilin. - AP
BAITULMAQDIS 8 Mei - Rentetan krisis bekalan elektrik yang tidak berkesudahan di Gaza, tiga kanak-kanak Palestin yang tidak didedahkan identiti dilaporkan mati dalam satu kebakaran di bandar tersebut berpunca daripada api lilin.
Kejadian itu menimbulkan persoalan dan kemarahan daripada pelbagai pihak yang mahu melihat krisis tersebut dapat diselesaikan dengan segera berikutan rakyat terpaksa hidup ‘bergelap’ selama 18 jam setiap hari di bandar tersebut.
Dalam pada itu, pemimpin pejuang Hamas mendakwa pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat menjadi dalang kepada krisis tersebut kerana mengenakan cukai bahan api terhadap satu-satunya loji kuasa di Gaza.
Namun, pihak berkuasa Palestin menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menuduh kumpulan pejuang tersebut yang mengenakan sekatan supaya bekalan elektrik tidak dapat digunakan di bandar itu. - AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/krisis-bekalan-elektrik-gaza-1.319691#sthash.51l6Lh4Q.dpuf