Kejadian itu menimbulkan persoalan dan kemarahan daripada pelbagai pihak yang mahu melihat krisis tersebut dapat diselesaikan dengan segera berikutan rakyat terpaksa hidup ‘bergelap’ selama 18 jam setiap hari di bandar tersebut.
Dalam pada itu, pemimpin pejuang Hamas mendakwa pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat menjadi dalang kepada krisis tersebut kerana mengenakan cukai bahan api terhadap satu-satunya loji kuasa di Gaza.
Namun, pihak berkuasa Palestin menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menuduh kumpulan pejuang tersebut yang mengenakan sekatan supaya bekalan elektrik tidak dapat digunakan di bandar itu. - AP