Sunday, 27 September 2015

Israel Tidak Boleh Dibiarkan Bebas Tanpa Hukuman


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:02 PM

NEW YORK: Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan melakukan serangan dan pencerobohan di Al-Quds Al-Sharif, termasuk serangan baru-baru ini ke atas Masjid Al-Aqsa yang menyedihkan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Menegaskan tindakan pelanggaran hak secara provokotif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan itu jelas melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Namun, pihak Israel terus melakukannya dan bebas daripada hukuman. Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.
Anifah berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat kedua Peringkat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif di sini pada Sabtu.
Malaysia, katanya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh Israel ke atas  masjid itu dan serangan terhadap umat Islam.

Bersatu hentikan pencerobohan Israel


MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
Bersatu hentikan pencerobohan Israel
Bersatu hentikan pencerobohan Israel Wan Sharafi ketika mengetuai misi ke Gaza pada 2012.
27 SEPTEMBER 2015


KOTA BHARU - Semua pihak khususnya negara-negara Arab digesa untuk bersatu dan mencari kaedah untuk menghentikan pencerobohan Israel  ke atas Masjid Al-Aqsa dengan menindas penduduk Palestin.

Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, pencerobohan tentera Isreal terhadap Masjidil Aqsa sejak kebelakangan ini sepatutnya membuka mata umat Islam seluruh dunia.

“Adalah jelas Zionis itu menghadkan sempadan masa dan zon Masjidi Al-Aqsa konon untuk kegunaan bersama antara umat Islam dan Yahudi adalah alasan yang tidak munasabah bagi membenarkan kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai usaha dan langkah yang  diambil oleh pelbagai Badan Bukan Kerajaan ( NGO) seluruh negara untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan Zionis yang menzalimi jemaah dalam Masjidil Al-Aqsa semenjak 13 September yang lalu.

Rentetan serangan itu juga katanya, satu mesyuarat tergempar antara NGO  yang ada atas slogan “Kempen Global Selamatkan Al-Quds” yang  diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membela Masjidil Al-Aqsa yang sedang terancam.

“Lebih 40 delegasi dari pelbagai NGO dalam dan luar negara hadir untuk berkongsi idea dalam pertemuan ini. Antara yang dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah untuk menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 2 Oktober ini selepas solat Jumaat di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap perbuatan biadap Israel, sekutu kuat Amerika.

“Masjid-masjid utama di seluruh negara juga akan diseru untuk mengadakan perhimpunan serentak sebagai tanda solidariti terhadap kempen ini.

"Selain itu, mesyuarat bersetuju untuk menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah lebih proaktif dan berani dalam menyatakan pendirian Malaysia dalam hal ini sama ada di peringkat serantau mahu pun antarabangsa dengan memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean, ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan anggota OIC,” katanya.

Wan Sharafi berkata, pada tahun ini, pihaknya menyalurkan RM40,000 dengan agihan 20 biri-biri dan seekor lembu serta sumbangan kepada anak anak yatim melalui badan-badan bukan kerajaan di Gaza.

Amnesty kecam Israel


27 SEPTEMBER 2015Amnesty kecam Israel
Amnesty kecam Israel Pihak berkuasa Israel mendakwa mereka telah membuka siasatan berhubung insiden pembunuhan ke atas Hadil. - Foto AFP

LONDON - BRITAIN. Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mengecam pembunuhan tidak berperikemanusiaan ke atas remaja Palestin yang ditembak mati tentera rejim Zionis dalam satu kejadian menggemparkan pada Selasa lalu.

Amnesty turut menyifatkan kejadian yang menimpa Hadil Salah Hashlamoun, 18, adalah satu 'hukuman di luar bidang kuasa undang-undang' dan merupakan perbuatan jenayah di bawah undang-undang antarabangsa.

Rakaman video dikeluarkan PalMedia menunjukkan tentera Israel dan sekumpulan pendatang Yahudi hanya ketawa melihat Hadil yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas mangsa ditembak di pusat pemeriksaan di Hebron.

Tentera rejim Zionis mendakwa kononnya mereka bertindak demikian kerana Hadil dipercayai memiliki pisau dan turut mengancam keselamatan anggota yang bertugas di pusat pemeriksaan tersebut.  

"Dakwaan itu bertentangan dengan kenyataan dua saksi dan bukti bergambar yang diberikan kepada kami. Tentera rejim Zionis juga sengaja tidak memberikan bantuan perubatan segera kepada mangsa.

"Hadil akhirnya meninggal dunia di hospital kerana kegagalan organ akibat ditembak beberapa kali," kata jurucakapnya.

Insiden kekejaman terbaharu rejim Zionis itu dilaporkan beberapa jam selepas penduduk Palestin, Diyaa Abdulhalim Talahmah, 21, ditembak mati dalam serbuan di kawasan sama. - Press TV