Monday 18 August 2014

541 kanak-kanak antara lebih 2,000 terkorban di Gaza


Seorang kanak-kanak Palestin mengangkat barangan keluarganya yang dijumpai di dalam kesan runtuhan berikutan serangan udara Israel di Beit Hanun semalam.
 
BANDARAYA GAZA: Jumlah kematian dalam peperangan di Semenanjung Gaza kini meningkat melebihi 2,000 orang, kata Kementerian Kesihatan.

Sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 cedera. Dalam kalangan mereka yang terkorban, 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 orang tua, katanya. - AFP

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi





1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, menga
malkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

-AKA-
 

Israel beri amaran

Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
BAITULMAQDIS - ISRAEL. Israel memberi amaran awal sebarang perjanjian gencatan senjata jangka panjang akan ditolak jika delegasi Israel tidak diberi jaminan keselamatan tahap tertinggi sepanjang berada di Kaherah.

Rundingan gencatan senjata di Mesir sebelum ini dihentikan seketika kerana berada dalam tempoh gencatan senjata lima hari.

Perdana Menteri  Israel Benjamin Netanyahu berkata, delegasi beliau di Kaherah perlu diberi jaminan keselamatan termasuk kandungan perjanjian yang perlu memenuhi segala permintaan Israel terutama jaminan keselamatan penduduk di Tel Aviv.

“Kami hanya akan bersetuju jika ada jawapan yang jelas berhubung keperluan dan jaminan keselamatan di Israel," katanya dalam laporan Time of Israel.

Sementara itu, Israel membangunkan satu sistem sokongan baharu Iron Spade yang boleh mengesan kewujudan terowong milik Hamas.

Jurucakap tentera berkata, sistem ini dibangunkan oleh konsortium Elbit Systems iaitu pemaju aset ketenteraan terbesar milik Israel.

"Kami lakukan persediaan awal dan teliti untuk memusnahkan terowong binaan Brided Al-Qassam jika serangan perlu diteruskan selepas mendapat persetujuan perdana menteri," katanya.

Palestin, Israel sambung semula rundingan

Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi mendapat kesepakatan sebelum tamat senjata lima hari di Gaza pada tengah malam ini.

Mesir selaku perantaraan mengesyorkan kepada kedua-dua pihak supaya menerima gencatan senjata lima hari, iaitu lanjutan kepada tiga hari yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa untuk perbincangan.

Difahamkan, rundingan itu juga berkaitan dengan tuntutan negara antarabangsa supaya kedua-dua kumpulan bertelagah  itu menerima usul gencatan senjata kekal.

Sebelum ini, rundingan antara Israel dan Palestin gagal selepas beberapa permintaan ditolak antaranya permintaan membuka semula Lapangan Terbang Gaza dan pelabuhan serta tuntutan membebaskan tahanan sebagai pertukaran kepada mayat tentera Israel yang kini berada di Gaza.
Sementara itu, Israel masih belum mencapai keputusan mengenai inisiatif gencatan senjata kekal seperti dicadangkan.

Amerika Syarikat terdahulu dilaporkan bersetuju untuk berkhidmat sebagai penjamin bagi Israel.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Israel Gilad Erdan berkata, sejak rundingan berlangsung beberapa kali sebelum ini tiada perjanjian dapat dicapai dengan Hamas.

"Jika rundingan kali ini juga gagal adalah lebih baik tiada rundingan lanjutan selepas ini. Israel tidak akan menerima sebarang tuntutan yang boleh mengancam nyawa penduduk Israel," katanya.

Sementara itu, seorang delegasi Palestinm Azzam al-Ahmed berkata, Israel perlu menerima tuntutan Hamas kerana peperangan ini sudah terlalu lama buat rakyat Palestin hingga ribuan terbunuh dan banyak harta benda musnah.

"Palestin harus bangkit membina semula penempatan dan pusat komersial. Sekatan dan kepungan ini harus ditamatkan segera bagi membebaskan rakyat Palestin," katanya dalam laporan Agensi.

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza,

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza, pada 18 Julai 2014. Israel meningkatkan serangan tanahnya di Gaza dengan meriam, kereta kebal dan bot-bot tentera pada hari Jumaat dan mengisytiharkan ia boleh "ketara memperluaskan" satu Palest operasi .. pegawai .inian tersebut telah membunuh nombor yang pernah lebih besar daripada orang awam. Bot-bot tentera Israel menerangi langit dengan api mereka sebelum subuh manakala helikopter ditembak ke Gaza itu. 
الازهار تحتضر. . .... 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

palestin

Beberapa remaja di Khan Younis, Gaza sedang menunaikan solat Asar



Beberapa remaja di Khan Younis, Gaza sedang menunaikan solat Asar di sebuah masjid yang telah dimusnahkan oleh tentera Israel.

#OperasiBadar 
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel

Sumber: Team Palestina

[AKA]
 —

MH17: Sebulan berlalu, ingatan masih segar


  • MH17
 1 / 1 
AMSTERDAM - Suasana sepi menyelubungi galeri khas 'Reflection MH17' di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, Ahad walaupun ramai pelancong asing dan rakyat tempatan memenuhi ruang itu bagi memberi penghormatan sempena genap sebulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 hari ini.

Hujan renyai di sekitar Amsterdam sejak awal pagi seolah-olah turut menangisi pemergian kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas itu pada 17 Julai lepas, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama di galeri itu mendapati ada pelawat yang meletakkan kuntuman bunga, surat, mesej, gambar, lilin, bendera dan pelbagai barangan sebagai tanda takziah dan kenangan buat mangsa.

Ada yang bertafakur, ada yang memeluk anggota keluarga sambil menangis ketika mendekati sudut yang memaparkan gambar dan maklumat mengenai kesemua penumpang dan anak kapal MH17.

Kesan titisan air mata juga menjadi sebahagian daripada kandungan di dalam buku takziah di galeri itu, yang menurut petugas galeri berkenaan yang enggan dikenali, berpuluh-puluh buku takziah telah disediakan di ruang itu sejak bulan lepas.

Seorang pelancong kanak-kanak dari Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Leonardo, 10, berkata beliau menulis "Kami akan sentiasa bersama anda" di dalam buku takziah itu.

Seorang gadis tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Maaike, 20, percaya kesemua mangsa nahas itu pasti dikenangi selama-lamanya terutamanya dalam kalangan rakyat Belanda.

Seorang petugas di lapangan terbang itu pula berkata hatinya sentiasa sedih dan sayu setiap kali melalui galeri itu dan berharap roh kesemua mangsa tenang.

Para pengunjung galeri itu tidak ketinggalan merakamkan takziah khusus buat juruterbang dan anak kapal MAS yang terkorban.

Penjaga parkir, Bashah dari Surinam berkata: "Saya amat sedih dengan tragedi ini, dan saya bersimpati dengan negara anda yang terpaksa berdepan dengan tragedi dua pesawat."

Selain pesawat MH17 yang ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab di Donestk, timur Ukraine bulan lepas, Malaysia masih lagi kesedihan dengan kehilangan Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Gerakan mencari MH370, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Boikot produk kaitan Israel perlu agresif

JUMAAT, 15 OGOS 2014 @ 4:59 AM

Oleh Mior Kamarul Shahid

 
Sebarang gerakan untuk bertindak drastik terhadap Israel sering menghadapi rintangan. Ia akan cuba dipatahkan, sekali gus menggambarkan bahawa ada pihak cuba bertindak membela kezaliman, keganasan dan jenayah rejim Zionis itu.

Kumpulan ini sama ada negara berkuasa, organisasi, syarikat berkepentingan atau individu yang memberi pendapat masing-masing untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dengan motif membela Israel. Amerika Syarikat (AS), umpamanya, secara terang-terang menyokong apa jua tindakan Israel terhadap Palestin dan menolak apa juga pandangan yang bertentangan dengan sikap negara itu.

Pendirian AS menyebabkan ada negara yang bertukar haluan daripada mengutuk kepada menyokong perjuangan Israel di Palestin. AS tidak boleh menyalahkan pandangan negara lain di dunia yang mengatakan ia adalah sekutu Israel paling intim. AS juga tidak boleh menyalahkan pandangan bahawa negara kuasa besar dunia itu mengambil sikap memihak, berat sebelah dan mengabaikan kepentingan hak asasi manusia.

Israel mencemari undang-undang sejagat, undang-undang antarabangsa, malah perjanjian yang dipersetujuinya sendiri dengan melanggar gencatan senjata di Gaza dan menjadikan orang awam sebagai mangsa. Ia berani melakukan semua itu kerana tahu banyak negara berbelah bahagi dan tidak bersatu terhadap isu pendudukannya di Palestin. Walaupun tahu banyak negara menentang tindakan buasnya, Israel juga tahu AS dan negara sekutunya memihak kepada Israel.

Tindakan perlu selari, sekata

Akibat marah dengan perbuatan Israel dan sedar tiada jalan lain yang boleh mengajar rejim Zionis itu, rakyat Malaysia bertindak mengadakan kempen memboikot barang yang dikatakan ada kaitan dengan Israel. Setakat ini, produk paling ketara yang dijadikan sasaran ialah restoran McDonald's.

Ada yang berpendapat, mengapa harus memboikot satu produk saja sedangkan ia tidak boleh pun melumpuhkan ekonomi Israel. Yang lumpuh ialah pengusaha francais McDonald's, rakyat tempatan yang membekalkan bahan mentah seperti ayam dan sebagainya, selain pekerja McDonald's.

Sebaliknya, jika tidak dimulakan dengan satu produk, bagaimana boleh melaksanakan kempen yang lain. Apabila minyak sawit Malaysia disabotaj dan diboikot, kerajaan memberi tindak balas. Begitu juga mereka harapkan tindak balas segera dari Israel. Kempen memboikot keluaran Israel perlu dilaksanakan di seluruh dunia.

Setiap negara yang membenci keganasan dan jenayah dilakukan Israel sepatutnya berhenti mengimport barang keluarannya. Tindakan seperti ini perlu dilakukan selari dan sekata. Jika ada negara memberi pandangan berbeza, ia membantutkan usaha berkenaan. Selagi ada negara mengatakan ekonomi mereka juga akan terjejas jika Israel memboikot keluaran negara mereka pula, semua perkara tidak boleh dilakukan.

Jika rakyat Malaysia mahu memboikot McDonald's, mereka juga perlu memboikot semua keluaran Israel yang ada di negara ini. Seperti yang dijelaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tindakan memboikot dengan menyasarkan satu produk tertentu bukan tindakan bijak. Ia menunjukkan kurang pengetahuan, selain memburukkan imej negara.

Kenyataan Shabery ini boleh disanggah jika alasannya McDonald's adalah langkah permulaan sebelum bertindak terhadap produk lain. Shabery terpaksa bercakap soal ini kerana beliau mewakili kerajaan yang mempunyai unsur diplomatik itu. Di mata dunia, tindakan rakyat Malaysia itu dilihat sebagai menggambarkan sikap Kerajaan Malaysia.

Kerajaan tidak perlu bimbang persepsi negara luar kerana Malaysia adalah negara menentang keganasan. Sokongan Malaysia terhadap isu Palestin adalah jelas. Disebabkan gerakan memboikot produk Israel datangnya daripada rakyat, maka rakyat perlu memikirkan cara terbaik melakukannya dengan berkesan.

Kerajaan tak perlu gusar

Jika Shabery berasakan tidak wajar memboikot hanya satu produk, bermakna apa juga produk Israel perlu diberi tindakan sama. Tetapi, ini tidak bermakna rakyat perlu mengumpul semua senarai barang keluaran negara itu baharu mahu bertindak. Dalam soal ini, isu marahkan nyamuk, kelambu dibakar tidak timbul kerana Israel perlu diajar. Malaysia mengambil inisiatif awal untuk mengajar Israel dan diharapkan banyak negara lain melakukan tindakan sama. Ini antara satu bentuk perjuangan - jangka pendek, sederhana dan panjang.

Kerajaan tidak perlu gusar kerana inisiatif itu datangnya daripada rakyat. Malaysia adalah negara yang mengamalkan sikap kesederhanaan. Justeru, setiap tindakan perlu berasaskan kepada wasatiyah. Tetapi, sikap ini hanya terpakai pada tahap tertentu. Jika Israel melakukan perbuatan melampaui batas kemanusiaan dan agama, sikap kesederhanaan sudah tidak relevan lagi.

Shabery juga berkata, jika benar mahu memboikot produk Israel atau AS, ia perlu dilaksanakan secara konsisten, bukan produk tertentu dan hari tertentu saja. Rakyat perlu menyambut teguran Shabery ini sebagai satu cabaran besar. Ini adalah satu lagi jihad yang perlu dilaksana, selain bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada rakyat Palestin.

Palestin, Israel sedia sambung semula rundingan gencatan senjata

AHAD, 17 OGOS 2014 @ 1:13 PM
Penunjuk perasaan Palestin berhadapan askar Israel dalam demonstrasi bagi menyokong rakyat Gaza dan perunding Palestin di Kaherah kelmarin.
 
BANDARAYA GAZA: Israel dan Palestin bersedia menyambung semula rundingan gencatan senjata hari ini bagi menentukan tindakan seterusnya apabila tempoh yang dipersetujui sebelum ini tamat pada tengah malam esok.

Kerajaan Mesir selaku orang tengah, mengesyorkan kepada kedua-dua pihak supaya menerima gencatan senjata baru lima hari, iaitu lanjutan kepada tiga hari yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa kepada perbincangan berkenaan.

Semalam tidak berlaku apa-apa serangan lagi berikutan pertempuran selama sebulan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,980 rakyat Palestin dan 67 rakyat Israel.

Perunding Israel dan Palestin dijangka kembali ke Kaherah hari ini bagi mengadakan rundingan baharu, selepas merujuk kepada pemimpin politik mereka hujung minggu ini.

Rundingan itu dijangka menyentuh mengenai gencatan senjata lebih lama selepas tengah malam esok dan beberapa perkara penting seperti permintaan pihak Palestin untuk membuka pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. - AFP

Gaza: Tiga anggota misi bantuan negara terpaksa bermalam di Al Arish

ANGGOTA misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO merangkap ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari (kiri).

QANTARA: Tiga anggota Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza terpaksa bermalam di Al Arish selepas berlaku insiden tembakan di sempadan Rafah sebentar tadi.

Al Arish terletak 40 kilometer dari sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir.
Tiga anggota misi itu ialah Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO merangkap ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.
Terdahulu, pihak tentera Mesir hanya membenarkan mereka bertiga meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah.
Manakala 78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan wakil media tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Ketiga-tiga mereka dibawa menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).
Misi itu merancang untuk mengagihkan bekalan makanan, ubat dan peralatan kepada rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa serangan sejak 8 Julai lalu yang meragut hampir 2,000 nyawa.

Tergendala masuk Rafah

Oleh Gaddafi Musli dan Miorazlan Mior Kamarulbaid

Ismailia (Mesir): Selepas hanya tiga anggota konvoi dibenarkan memasuki Gaza atas faktor keselamatan, misi menghantar bantuan itu tergendala lagi selepas mereka diarah bermalam di Arish, kira-kira 45 minit perjalanan dari Rafah.
Konvoi misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang membawa 12 tan barang bantuan dianggotai Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Besar Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha terpaksa bermalam di Arish, berikutan pertempuran di sempadan berhampiran. 
Mereka yang menaiki kereta perisai tentera Mesir bersama lori kontena membawa barangan itu tiba di Arish kira-kira jam 5 petang semalam (10 malam waktu Malaysia) sebelum dimaklumkan pihak tentera bahawa berlaku insiden tembak menembak di sempadan. 

"Atas sebab keselamatan, mereka bermalam di Arish dan akan cuba masuk sekali lagi pagi esok," kata Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan.
Foto
AZEEZ dan dua wakil misi menaiki kereta perisai untuk iringi barang bantuan ke Rafah.

Sebelum itu tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 sukarelawan dengan membawa 12 tan bantuan melalui Utara Sinai untuk ke Rafah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Rundingan tak penuhi aspirasi warga Gaza


KAHERAH 17 Ogos - Pergerakan Hamas menyifatkan tawaran yang dibuat oleh delegasi Palestin dalam rundingan damai dengan Israel di Kaherah, Mesir tidak memenuhi aspirasi penduduk Palestin di Gaza.
Ketua hal ehwal luar Hamas, Osama Hamdan semalam berkata, sehubungan itu beliau meragui peluang untuk mencapai penyelesaian damai dengan Israel dalam rundingan tersebut.
Osama berkata, Israel perlu menerima syarat-syarat Palestin (jika mahu berdamai) atau menghadapi perang yang berpanjangan.
Kedua-dua pihak yang bertelagah, dijangka menyambung semula rundingan damai tersebut di Kaherah, hari ini dengan Mesir bertindak sebagai orang tengah.
Pertemuan tersebut, bagaimanapun menyaksikan kedua-dua pihak tidak bertemu secara bersemuka, sebaliknya menggunakan wakil Mesir sebagai pengantara.
Gencatan senjata selama lima hari dijangka berakhir esok dan rundingan damai yang berlangsung selama beberapa minggu, masih gagal mencapai sebarang penyelesaian.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 2,000 orang penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam perang di Gaza dan lebih 10,000 orang lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 8 Julai lalu.
Seorang anggota delegasi Palestin, hari ini berkata, jurang perbezaan antara kedua-dua pihak masih besar dan tiada penyelesaian akan dapat dicapai sebelum tempoh gencatan senjata itu berakhir.
"Kami kurang bersifat optimistik ketika ini berbanding permulaan rundingan,'' ujarnya.
Beliau berkata, perkara utama yang masih belum dapat diselesaikan adalah Israel perlu memberi jaminan sekatan ke atas Gaza dibatalkan sebelum rundingan damai itu berakhir.
Di Baitulmaqdis, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya tidak akan bersetuju dalam sebarang gencatan senjata jangka panjang jika keperluan berhubung keselamatan Israel tidak dipenuhi. - Reuters/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_05/Rundingan-tak-penuhi-aspirasi-warga-Gaza#ixzz3Ah24zv7K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk Israel anjur bantahan


Seorang wanita mengangkat sepanduk menyeru konflik di Gaza ditamatkan ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Rabin , Tel Aviv, kelmarin. - REUTERS
TEL AVIV 17 Ogos - Beribu-ribu penduduk Israel yang menyokong rundingan damai antara rejim Zionis itu dengan Palestin bagi menamatkan konflik di Gaza mengadakan tunjuk perasaan secara aman di sini, semalam bagi menyokong perdamaian di Gaza.
Bantahan pro-keamanan itu adalah yang terbesar di Israel sejak rejim Zionis itu melancarkan operasi Protective Edge ke atas Gaza pada 8 Julai lalu, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 1,980 penduduk Palestin dan 67 penduduk Israel terkorban.
Demonstrasi itu dianjurkan parti pembangkang berhaluan kiri, Parti Meretz dan Peace Now, sebuah kumpulan yang menentang pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang turut disertai parti komunis, Hadash.
Polis terpaksa dikerahkan berkawal di Dataran Yitzhak Rabin, di sini malam tadi bagi mengelak timbul kekecohan dengan penyokong parti berhaluan kanan, selepas lokasi sama menjadi medan bagi 10,000 penduduk Israel yang menyokong operasi ketenteraan bagi mendesak kerajaan dan tentera menamatkan serangan Hamas dari Gaza.
Delegasi rundingan Palestin dan Israel, semalam meneruskan rundingan secara tidak langsung dengan pengantara, Mesir dalam usaha mencapai gencatan senjata tetap sebelum gencatan senjata selama lima hari tamat tengah malam Isnin.
Penunjuk perasaan mengecam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan menuduhnya enggan berunding dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
"Apa yang dilakukan kerajaan Netanyahu adalah hanya melemahkan Abbas dan menguatkan Hamas,'' kata anggota Parlimen Parti Meretz, Nitzan Horowitz merujuk kepada operasi rejim Zionis itu dalam usaha menghentikan pelancaran roket Hamas dari Gaza.
Ketua Parti Meretz, Zehava Galon menggesa Netanyahu supaya meletak jawatan dengan menyifatkan Perdana Menteri Israel itu telah gagal atas faktor keselamatan dan keamanan.
Penulis Israel, David Grossman dalam perkembangan berasingan berkata, Israel perlu 'berdamai dengan Pihak Berkuasa Palestin dan berunding dengan kerajaan perpaduan Palestin'.
Beliau merujuk kepada kerajaan Palestin yang dibentuk awal Jun lalu ekoran perjanjian damai antara pergerakan Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai Abbas.
Netanyahu dilaporkan enggan terlibat dalam sebarang rundingan dengan kerajaan perpaduan Palestin itu dengan menuduhnya mempunyai kaitan dengan Hamas yang digelar Israel sebagai pertubuhan pengganas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_04/Penduduk-Israel-anjur-bantahan#ixzz3Ah1oJisD
© Utusan Melayu (M) Bhd