BAITULMAQDIS - ISRAEL. Israel memberi amaran awal sebarang perjanjian gencatan senjata jangka panjang akan ditolak jika delegasi Israel tidak diberi jaminan keselamatan tahap tertinggi sepanjang berada di Kaherah.

Rundingan gencatan senjata di Mesir sebelum ini dihentikan seketika kerana berada dalam tempoh gencatan senjata lima hari.

Perdana Menteri  Israel Benjamin Netanyahu berkata, delegasi beliau di Kaherah perlu diberi jaminan keselamatan termasuk kandungan perjanjian yang perlu memenuhi segala permintaan Israel terutama jaminan keselamatan penduduk di Tel Aviv.

“Kami hanya akan bersetuju jika ada jawapan yang jelas berhubung keperluan dan jaminan keselamatan di Israel," katanya dalam laporan Time of Israel.

Sementara itu, Israel membangunkan satu sistem sokongan baharu Iron Spade yang boleh mengesan kewujudan terowong milik Hamas.

Jurucakap tentera berkata, sistem ini dibangunkan oleh konsortium Elbit Systems iaitu pemaju aset ketenteraan terbesar milik Israel.

"Kami lakukan persediaan awal dan teliti untuk memusnahkan terowong binaan Brided Al-Qassam jika serangan perlu diteruskan selepas mendapat persetujuan perdana menteri," katanya.