Monday 3 November 2014

Israel tutup sempadan


Sempadan Erez hanya dibuka untuk bantuan kemanusiaan kecemasan ke Genting Gaza.
Sempadan Erez hanya dibuka untuk bantuan kemanusiaan kecemasan ke Genting Gaza.
TEL AVIV - ISRAEL. Israel mengambil langkah drastik menutup dua laluan sempadan yang menghubungkan Genting Gaza dipercayai sebagai tindak balas terhadap roket yang didakwa telah dibedil ke selatan negara itu.

Akhbar Haaretz melaporkan penutupan itu berkuat kuasa bermula semalam sehingga notis lanjut dikeluarkan dan hanya bantuan kemanusiaan kecemasan dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui sempadan Erez.

Langkah tersebut bakal memberi kesan besar kepada penduduk di wilayah Gaza yang menggunakan lintasan Kerem Shalom dan Erez sebagai laluan utama mereka.

Difahamkan, tiga lagi lintasan sempadan masih tidak beroperasi dan laluan sempadan Rafah terus ditutup sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, Mesir didakwa akan meneruskan rancangan mereka untuk mewujudkan zon penampan di sempadan Genting Gaza selepas kerajaan mengambil langkah menutup sempadan Rafah susulan daripada insiden keganasan di Semenanjung Sinai.

Tindakan itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza selain menjejaskan usaha pembangunan semula wilayah terbabit yang musnah teruk akibat tindakan ketenteraan Israel pada 8 Julai lalu.

Israel tutup semula sempadan Gaza


PEMUDA dan remaja Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Gaza ekoran tindakan Israel menghalang umat Islam daripada masuk ke kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP


GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang dilancarkan dari Palestin meletup di wilayah yang dikuasai oleh rejim Zionis berkenaan semalam, kata pegawai tentera.
“Pintu sempadan Erez dan Kerem Shalom yang merupakan pintu masuk kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan kini ditutup sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.
“Bagaimanapun, penutupan itu dikecualikan kepada urusan bantuan kemanusiaan,” kata seorang jurucakap tentera.
Katanya, tindakan itu diambil selepas satu roket ditembak dari arah Gaza dan mengenai kawasan Eshkol di selatan Israel pada Jumaat lalu. Tembakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Kejadian tembakan itu merupakan serangan pertama yang dilakukan ke atas wilayah Israel sejak gencatan senjata dicapai pada 16 September lalu, sekali gus menamatkan perang selama 50 hari antara Israel dan pejuang Palestin.
Perang tersebut menyebabkan 2,140 penduduk Palestin terbunuh dan 73 lagi di pihak Israel.
Baru-baru ini ketegangan semakin memuncak apabila Israel menutup kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada dimasuki umat Islam yang dipercayai sebagai cubaan untuk menguasai kawasan masjid berkenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Hx3HXKwG 
Hakcipta terpelihara 

Israel digesa hentikan pendudukan di Baitulmaqdis


MEKAH 3 Nov. – Liga Arab hari ini memberi amaran, Israel sudah bertindak melampau batas selepas berlakunya pertempuran terbaharu di Baitulmaqdis dan menggesa badan antarabangsa memberi tekanan untuk menghentikan `keganasan’ di bandar suci itu.
Timbalan Ketuanya, Ahmed Ben Hilli berkata, Israel sudah bertindak keterlaluan melepasi `garis merah’ dan pendudukan di Baitulmaqdis harus dihentikan segera bagi menggelak sebarang perkara tidak diingini.
“Menyentuh Baitulmaqdis akan membawa kepada kesan yang tidak dapat digambarkan, pihak antarabangsa perlu segera menyelesaikan masalah ini,” jelas Ahmed. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-digesa-hentikan-pendudukan-di-baitulmaqdis-1.19979#sthash.NUo5B2LC.dpuf

Status quo Masjid Al-Aqsa kekal

Seorang pegawai perubatan mengangkat seorang penduduk Palestin
Seorang pegawai perubatan mengangkat seorang penduduk Palestin yang cedera ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Israeli semasa mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan pihak berkuasa Israel menutup Masjid Al-Aqsa di pusat pemeriksaan di Qalandia, Ramallah, Tebing Barat, semalam . – REUTERS
BAITULMAQDIS 2 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menukar status quo kawasan suci di Baitulmaqdis, walaupun berhadapan tekanan daripada aktivis Yahudi berhaluan kanan, yang mahu tapak itu dijadikan milik Yahudi.
Selain itu, Netanyahu turut menggesa anggota Parlimen Israel mengawal kemarahan berhubung isu perebutan Masjid Al-Aqsa yang menjadi punca ketegangan antara penduduk Palestin dan puak Yahudi sejak beberapa minggu lalu.
Dalam kenyataannya, Netanyahu juga mahu semua anggota Knesset (Parlimen Israel) meredakan ketegangan dan mengambil tanggungjawab bagi mengelakkan berlaku pergolakan yang lebih besar.
Kenyataan Netanyahu itu dilihat sebagai cubaannya untuk meredakan kebimbangan penduduk Palestin terhadap rancangan rejim Zionis Israel yang mahu menukar status quo Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tapak ketika paling suci bagi umat Islam.
Di bawah peraturan yang ditetapkan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, yang ditadbir oleh pihak berkuasa Jordan, penganut Yahudi dibenarkan masuk ke kawasan suci itu tetapi dilarang untuk bersembahyang.
Bagaimanapun, sebaik-baik Netanyahu menyentuh isu tersebut, ketua kumpulan Yahudi yang berkempen mahu menukar status Masjid Al-Aqsa, Moshe Feiglin, yang juga anggota Parlimen daripada Parti Likud, mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dalam laman sosial Twitter untuk menyatakan hasrat beliau mengunjungi kawasan suci berkenaan, hari ini.
Kemelut di Baitulmaqdis yang semakin meningkat setiap hari turut mengundang kebimbangan Israel tentang kebangkitan (intifada) terbaharu penduduk Palestin selepas hak mereka sering digugat oleh pihak keselamatan rejim Zionis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak keselamatan Israel di Baitulmaqdis Timur dan kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak kebelakangan ini secara jelas menunjukkan kerapuhan status quo yang ditetapkan sebelum ini, ekoran provokasi terbaharu rejim Zionis Israel. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/status-quo-masjid-al-aqsa-kekal-1.19924#sthash.kEzVVuuO.dpuf