Monday 3 November 2014

Israel tutup semula sempadan Gaza


PEMUDA dan remaja Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Gaza ekoran tindakan Israel menghalang umat Islam daripada masuk ke kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP


GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang dilancarkan dari Palestin meletup di wilayah yang dikuasai oleh rejim Zionis berkenaan semalam, kata pegawai tentera.
“Pintu sempadan Erez dan Kerem Shalom yang merupakan pintu masuk kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan kini ditutup sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.
“Bagaimanapun, penutupan itu dikecualikan kepada urusan bantuan kemanusiaan,” kata seorang jurucakap tentera.
Katanya, tindakan itu diambil selepas satu roket ditembak dari arah Gaza dan mengenai kawasan Eshkol di selatan Israel pada Jumaat lalu. Tembakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Kejadian tembakan itu merupakan serangan pertama yang dilakukan ke atas wilayah Israel sejak gencatan senjata dicapai pada 16 September lalu, sekali gus menamatkan perang selama 50 hari antara Israel dan pejuang Palestin.
Perang tersebut menyebabkan 2,140 penduduk Palestin terbunuh dan 73 lagi di pihak Israel.
Baru-baru ini ketegangan semakin memuncak apabila Israel menutup kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada dimasuki umat Islam yang dipercayai sebagai cubaan untuk menguasai kawasan masjid berkenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Hx3HXKwG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment