Thursday, 28 May 2015

Batal kahwin kerana dikepung

Gaza: Seorang lelaki Palestin dan tunangnya mengambil keputusan membatalkan rancangan mereka untuk berkahwin selepas rejim Zionis enggan membenarkan wanita itu meninggalkan Gaza untuk ke Tebing Barat.
Menurut laporan akhbar Palestin, Rashid Feddah yang menetap di Nablus, Tebing Barat dan Dalia Sharab, 32, bertunang pada 2012 dan merancang berkahwin tidak lama selepas itu.
Tetapi, selepas tiga setengah tahun, mereka masih belum dapat melangsungkannya kerana keengganan Israel membenarkan Dalia berlepas ke Tebing Barat dari Khan Yunis di Semenanjung Gaza, yang dikepung rejim itu sejak beberapa tahun lalu.
“Ini nasib kami. Harapan kami hancur. Rancangan untuk berumah tangga musnah kerana kepungan Israel terhadap Gaza.
“Kami bersetuju untuk memutuskan pertunangan, sekali gus membatalkan rancangan menjadi suami isteri. Saya ingin memaklumkan, kempen menerusi online untuk mendesak Israel membenarkan kami berkahwin gagal membuahkan hasil,” lapor akhbar itu, memetik kata-kata Dalia dalam Facebooknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 6:59 AM


Rashid dan Dalia ketika selepas bertunang tiga setengah tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53895#sthash.W5l4MDoC.dpuf