Wednesday 14 May 2014

palestin

Ed Miliband, pemimpin Parti Buruh UK dan merupakan adik kepada mantan Setiausaha Luar Negara British, David Miliband, baru selesai mengunjungi Israel dan Palestin yang terjajah. Ed, yang merupakan seorang Yahudi, bercita-cita merebut jawatan Perdana Menteri Britain.

palestin

Nada kecewa dan pasrah yang tersirat dalam ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, beliau mengakui bahawa dialog di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menemui jalan buntu.

Palestinian Authority (PA) bingung, kecewa, korup

Palestinian Authority (PA) bingung, kecewa, korup

Satu persoalan yang sering berlegar di fikiran kita, adakah sebuat entiti kuku besi dan tidak beretika akan mampu membebaskan Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis dan seluruh Palestin dari cengkaman Zionis?

Tidak dapat dibayangkan krisis dalaman pada tahap maksimum yang sedang dihadapi oleh PA yang dipimpin Mahmud Abbad pada hari ini.

Selama lebih 20 tahun, beribu-ribu dialog demi dialog dan perjanjian demi perjanjian damai yang diadakan di antara pihak PA dengan kerajaan Israel tiada memberi erti mahupun nilai langsung kepada rakyat Palestin dalam menghentikan kemelut panjang yang melanda.

Entah apakah punca yang membenarkan PA membiarkan seluruh bangsanya dihina oleh Israel saban hari.

Palestin desak kumpulan militan Yahudi dilabel sebagai pengganas


Seorang wanita Palestin memerhati sebuah kenderaan yang rosak akibat dibakar kumpulan pendatang haram Yahudi di khemah pelarian Jalazoun di utara Ramallah pada 31 Disember 2013. - AGENSI
RAMALLAH 13 Mei - Palestin dilapor meminta negara-negara kuasa dunia supaya melabelkan kumpulan-kumpulan pendatang haram Yahudi yang dikenali sebagai ‘Hilltop Youth’ dan sering menyerang masyarakat Palestin dan kawasan suci di wilayah Palestin sebagai pertubuhan pengganas.
Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, kumpulan militan pendatang Yahudi itu dan aktivis-aktivis yang menggunakan slogan ‘price tag’ ‘melakukan keganasan berterusan terhadap penduduk Palestin, menceroboh tanah, kawasan suci dan harta benda penduduk Palestin’.
Slogan ‘price tag’ merujuk kepada hukuman yang dituntut kumpulan pendatang haram Yahudi itu atas sebarang cubaan oleh kerajaan Israel mengawal penempatan di Tebing Barat, sebuah kawasan yang dituntut Palestin sebagai sebahagian negara mereka.
“Kumpulan-kumpulan ini memainkan peranan dengan membunuh, menghasut keganasan dan menyebarkan budaya kebencian dan perkauman," kata Riad dalam satu surat kepada Rusia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), semalam.
Langkah itu dibuat sebagai usaha Palestin untuk merujuk tuntutan mereka bagi menubuhkan sebuah negara bebas di wilayah yang diduduki Israel kepada lebih banyak pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sejak kegagalan rundingan damai tajaan AS pada bulan lalu.
Kemarahan penduduk Palestin semakin memuncak ekoran tindakan militan pendatang haram Yahudi itu yang menyerang perkampungan Palestin dengan membakar bangunan, menulis slogan kebencian dan menyerang penduduk.
EU dan negara-negara Eropah sejak berdekad-dekad lalu merujuk beberapa kumpulan bersenjata Palestin sebagai pertubuhan pengganas dan baru-baru ini turut menyenaraikan kumpulan militan Israel, Kahane Chai dalam senarai tersebut.
Jabatan Negara AS dalam laporan keganasan yang diterbitkan pada bulan lalu turut menyentuh tentang serangan oleh militan pendatang Yahudi itu, namun tidak menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas.
Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB pada 2013 melaporkan sebanyak 399 serangan oleh pendatang haram Yahudi terhadap penduduk Palestin yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda.
Pegawai Israel tidak mengulas berhubung kenyataan Palestin itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140514/lu_02/Palestin-desak-kumpulan-militan-Yahudi-dilabel-sebagai-pengganas#ixzz31dQ8XEen
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas PM Israel dijel enam tahun



OLMERT (kanan) meninggalkan Mahkamah Daerah Tel Aviv di Tel Aviv semalam.


TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam dihukum penjara selama enam tahun atas kesalahan menerima rasuah.
Ia merupakan hukuman pertama yang melibatkan sabitan jenayah ke atas seorang bekas ketua kerajaan di Israel.
Ketika perbicaraan sebelum ini, Olmert yang terkenal dengan usaha ke arah penyelesaian damai dengan Palestin menafikan menerima rasuah.
Dia didapati menerima rasuah semasa memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Baitulmuqaddis.
Seorang peguam bela yang mewakili Olmert telah memohon kepada Mahkamah Daerah Tel Aviv di sini yang menjatuhkan hukuman ke atasnya dibebaskan buat sementara waktu.
Peguam bela itu meminta Olmert, 68, dibebaskan sehingga Mahkamah Agung memutuskan kes rayuannya yang diangka mengambil masa selama enam bulan.
Olmert didapati bersalah pada 31 Mac lalu.
Namun, hukumannya hanya diputuskan hakim semalam.
Dua tahun lalu, ahli politik veteran itu telah dibebaskan atas beberapa tuduhan rasuah lain dengan seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS).
Kes rasuah tersebut telah membuatkan Olmert meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2008.
Hakim David Rozen mendapati Olmert terlibat dengan dua kesalahan rasuah.
Olmert didapati menerima rasuah sebanyak AS$144,000 (RM466,344) daripada pemaju pembinaan apartmen di Baitulmuqaddis.
Dia juga didapati bersalah menerima rasuah sebanyak AS$17,000 (RM54,926) dalam satu lagi kes hartanah lain. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz31dPyjOjH 
Hakcipta terpelihara