Friday 6 November 2015

Rejim Zionis curi organ


Rejim Zionis curi organ

6 NOVEMBER 2015
Rejim Zionis curi organ Kandungan surat itu turut mengutuk tindakan kekerasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. - Gambar kecil: Riyad

RAMALLAH - PALESTIN . Duta Palestin ke PBB mendakwa rejim Zionis mencuri organ penduduk Palestin yang terbunuh dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa Israel.

Perkara itu didedahkan Riyad Mansour menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, kelmarin.

Menurut Riyad, mayat mangsa dikembalikan dalam keadaan tidak sempurna yang mana sebahagian besar daripada kornea dan organ mereka telah diambil tanpa pengetahuan waris keluarga.

Difahamkan, kes curi organ oleh Israel pertama kali dibongkar oleh akhbar Sweden, Aftonbladet pada 2009.

Ogos tahun lalu, The New York Times turut melaporkan orang tengah yang mendalangi sindiket itu di Tel Aviv telah mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kegiatan penyeludupan organ terbabit sejak tahun 2000.

Selain itu, beliau turut mengutuk tindakan ganas rejim Zionis termasuk penggunaan kekerasan dan penindasan melampau terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur serta Genting Gaza sejak beberapa bulan lalu.

Konflik semakin meningkat di wilayah itu selepas pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan lebih ketat terhadap penduduk Palestin yang mahu memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa pada Ogos lalu. - Press TV