Thursday, 17 July 2014

Tempoh 'tenang' lima jam


AFP melaporkan, tempoh gencatan senjata itu bermula dari 10 pagi hingga 2 petang selepas serangan Israel membunuh empat kanak-kanak di pantai Gaza. 
Kumpulan hak asasi manusia yang beroperasi di Gaza berkata, lebih 80 peratus yang terbunuh diserang rejim Zionis terdiri daripada orang awam. 

Sejak 8 Julai lalu, tentera Al-Qassam telah melancarkan lebih 1,200 roket ke Israel.
Foto

Dalam pada itu, penduduk Israel menggunakan aplikasi 'Red Alert' dalam telefon pintar sebagai amaran awal roket yang dilancar Al-Qassam.

Bagaimanapun, seorang rakyat Israel maut manakala empat lagi parah. 

Selain aplikasi telefon pintar, Israel juga menggunakan sistem amaran siren sebagai langkah keselamatan. 

Sementara itu, AP melaporkan, serangan Israel ke atas Gaza sudah memasuki hari ke-10 dan sudah mengorbankan 233 nyawa rakyat Palestin. - Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Kiki kena tangkap


Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan. 
"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. 

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.
Foto
KIKI diiring polis. FOTO Luqman Hakim Zubir

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Sahabat gugur syahid


Gaza: Saya mengenalinya sebagai penjual kurma, namun hubungan kami amat erat, malah saya menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila rakan saya itu Ahmad Bala’wi mati ditembak tentera Israel.
Apa yang mengejutkan, hanya selepas kematiannya baru saya tahu Allahyarham sebenarnya bukan penjual kurma yang biasa-biasa, kerana dia sebenarnya anggota Briged komando Al-Qassam yang terkenal dengan kehebatan menentang rejim zionis.
“Kalau perlukan apa saja, maklumkan kepada saya.” Itu kata-kata terakhir arwah kepada saya pada pertemuan kami minggu lalu dan sehari sebelum dia syahid di medan perjuangan.

Seolah-olah masih terasa erat pelukannya sebelum kami berpisah. Sehari kemudian, saya diberitahu dia bersama dua lagi rakan terkena bedilan bom dilancarkan tentera Zionis ketika mereka melakukan kawalan sempadan.
Foto
ORANG ramai mengusung mangsa keluarga Al-Batsh yang terkorban. Gambar kecil, Ahmad Bala’wi.

Sepanjang perkenalan kami hampir lima bulan lalu, langsung saya tidak menyangka dia seorang pejuang komando Al-Qassam kerana perilaku dan tutur katanya lemah-lembut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Israel, Hamas gencat senjata selama lima jam


GAZA CITY 17 Julai - Kumpulan pejuang Hamas dan Israel mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selama lima jam hari ini atas permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan misi kemanusiaan di wilayah bergolak Palestin itu.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zukhri dalam kenyataannya berkata, gencatan senjata tersebut akan berkuat kuasa 10 pagi hingga 3 petang dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan menghentikan operasi ketenteraan di Genting Gaza sepanjang tempoh tersebut.
"Hamas juga menerima tawaran PBB itu bagi membolehkan misi kemanusiaan termasuk penyaluran ubatan, rawatan dan makanan dilaksanakan kepada penduduk Gaza," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140717/lu_14/Israel-Hamas-gencat-senjata-selama-lima-jam#ixzz37jzYtKij
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli Parlimen Israel mahu ibu-ibu Palestin dibunuh


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Seorang ahli parlimen Israel menggesa tenteranya turut membunuh ibu-ibu rakyat Palestin semasa membuat serangan berterusan ke atas semenanjung Gaza.

Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home yang melabelkan warga Palestin sebagai pengganas menegaskan semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih.

"Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas. Mereka  adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati," kata Shaked di petik PressTV.

Kenyataan shaked itu dianggap sebagai gesaan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine kerana beliau mengisytiharkan semua rakyat Palestine adalah musuh Israel dan mesti dibunuh.

Kenyataan ini muncul apabila ramai pegawai dari pelbagai negara menyelar serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Turki adalah yang terbaru mengutuk serangan itu dan menuduh Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestine.

Recep Tayyip Erdogan juga membidas Israel dan menyifatkan negara mereka sedang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestine di rantau itu, bahkan ketika bercakap di parlimen beliau mempersoalkan sikap berdiam-diri dunia terhadap kekejaman berterusan Tel Aviv.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Shaked itu, Perdana Menteri Turki berkata dasar Israel di Gaza tidak ada bezanya dengan mentaliti Hitler.

"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli parlimen Israel. Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.

Kenyataan ini muncul apabila agensi PBB bagi pelarian Palestine baru-baru ini berkata, wanita dan kanak-kanak adalah sebilangan besar angka kematian rakyat Palestine disebabkan oleh serangan Israel ke atas rantau yang dikepung itu. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Yahudi bangsa yang dilaknat Allah


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT | .
SAYA sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.

Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Justeru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran: Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18)

Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyingsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.

Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya penuh yakin Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.

Sekian, wassalam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh: 19 Ramadhan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M

Gaza

Photo from the aftermath of the bomb that killed 4 boys playing football on a beach in Gaza today.

palestin

 

Buka mata terhadap kerakusan Zionis

Wakil NGO dan artis yang hadir pada sidang media Pray 4 Gaza Himpunan
Peduli Ummah, semalam.
Wakil NGO dan artis yang hadir pada sidang media Pray 4 Gaza Himpunan Peduli Ummah, semalam.
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mahu masyarakat dunia buka mata terhadap kerakusan rejim Zionis yang menyerang dan membunuh penduduk Gaza yang tidak berdosa.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan semasa di Gaza pada ketika ini tidak ubah seperti kawasan penyembelihan tentera Israel terhadap umat Islam Palestin.

“Ini bukan sekadar perang. Ini adalah penyembelihan yang nyata kerana rejim Zionis bebas menembak dan mengebom sesiapa sahaja di bumi Gaza.

“Penduduk Gaza tidak dapat melarikan diri ke mana-mana kerana negara itu dikepung oleh sempadan Rafah (di Mesir),” katanya pada sidang media Himpunan Peduli Ummah, di sini, semalam.

Menurutnya, kelebihan teknologi perang yang ada pada rejim Zionis itu juga menyebabkan setiap inci bumi Gaza berisiko dimusnahkan Israel, sekali gus menyebabkan nyawa penduduk Palestin dalam bahaya.

Katanya, keengganan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan pertubuhan dunia menghukum Israel harus ditegur masyarakat dunia.

“Masyarakat seluruh dunia perlu bersuara kerana ini bukan isu agama semata-mata, tetapi turut melibatkan isu kemanusiaan sejagat.

“Apa yang mereka boleh lakukan ialah mendesak AS serta Mesir membuka pintu sempadan Rafah yang menjadi nadi bagi penduduk Gaza selain memaksa Israel untuk berundur,” katanya.

Azmi berkata, keadaan di Gaza yang semakin meruncing seharusnya menyentuh hati rakyat Malaysia membantu menyalurkan sumbangan dan menyatakan sokongan kepada Gaza.

Satu program dinamakan Pray 4 Gaza Himpunan Peduli Ummah anjuran pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan barisan artis akan diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke dalam tabung Dana Kemanusiaan Selangor.

Program itu akan berlangsung pada 18 Julai bermula jam 3 petang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Pejuang syuhada

Al-Qassam antara kumpulan pejuang yang paling digeruni Zionis.
Al-Qassam antara kumpulan pejuang yang paling digeruni Zionis.
SELAMA ini, media disogokkan dengan berita kekalahan dan keganasan kumpulan pejuang di bumi Palestin. Sejak serangan berlaku, media melaporkan, kira-kira 200 nyawa penduduk Palestin melayang berbanding hanya seorang askar Israel terbunuh, kelmarin.

Hakikatnya, pada hari ketiga serang iaitu ketika Israel mengumumkan mahu melancarkan serangan darat, rejim Zionis hanya berani memasuki sebahagian kawasan kecil di Genting Gaza bertujuan untuk mengebom kawasan kubu kuat Hamas namun mereka kemudiannya berundur kerana gerun dengan kelibat tentera mujahidin.

Menurut sumber East Monitor, dalam serangan itu tujuh askar Zionis  dilaporkan antara yang parah terkena bedilan roket. Bagaimanapun, angka korban penduduk Israel dan tentera banyak tidak didedahkan media.

Namun, difahamkan seorang individu di sempadan Tel Aviv cedera selepas terkena bedilan roket dan beberapa kediaman dilaporkan musnah.

Kelmarin, seorang askar Zionis dilaporkan terbunuh dan berita itu dilaporkan ketika Israel menuduh Hamas menolak gencatan senjata dan didakwa mahu meningkatkan serangan terhadap  penduduk dan tentera Israel.

Berikut adalah beberapa  pejuang mujahidin Palestin yang selama ini mempertahankan bumi Gaza. Identiti mereka boleh dikenal pasti melalui ikatan di kepala.

Tujuan mereka menutup sebahagian besar wajah adalah bagi mengelakkan dikenali musuh dan mengelakkan daripada timbul perasaan takbur atau sombong dengan kelebihan dikurniakan ALLAH SWT sebagai pejuang, kerana kumpulan ini dianggap hero ternama dan paling digeruni di bumi Palestin. (Sumber: Agensi, blog, Facebook)

Angka korban 204 hari kesembilan

Keluarga tiga berana antara yang maut pada hari kesembilan. Foto: AFP
Keluarga tiga berana antara yang maut pada hari kesembilan. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Angka korban bedilan Zionis terhadap penduduk Palestin yang memasuki hari ke sembilan meningkat kepada 204 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, kedua-dua serangan itu berlaku hanya beberapa minit selepas serangan di Rafah.

"Selang sejam, kereta kebal melepaskan tembakan dari dalam Israel ke timur Khan Yunis," katanya.

Media melaporkan, serangan dilancarkan Israel kini disasarkan ke rumah milik para pegawai kanan Hamas termasuk Mahmud al-Azhar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Semalam, Israel terus meningkatkan melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan didakwa untuk memintas roket yang dilancarkan oleh Hamas.

"Israel melancarkan sekitar 1,500 roket ke Genting Gaza sejak serangan 8 Julai lalu. Sepanjang operasi itu juga, Israel mencatatkan kematian pertama penduduknya berhampiran jejambat Erez, iaitu lokasi tentera Israel ditempatkan," menurut laporan AFP.

Bayi tiga hari mangsa bedilan

Ibu dan bayi ini terselamat sungguhpun berada di bawah runtuhan.
Ibu dan bayi ini terselamat sungguhpun berada di bawah runtuhan.
GAZA - PALESTIN. Serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarga Issa mengakibatkan ibu dan bayi berusia tiga hari cedera di Genting Gaza.

Nada yang baru melahirkan Nour tiga hari lalu hanya mengalami cedera dan bayinya dilaporkan stabil.

“Syukur kepada ALLAH SWT, saya tidak kehilangan Nour. Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpa bayi pertama kami kerana kelahiran ini amat dinantikan sejak sekian lama,” katanya.

Sumainya, Hayel Issa berkata, pada mulanya dia tidak percaya bahawa bayi dan isterinya masih hidup selepas melihatnya keadaan mereka yang berlumuran darah di bawah runtuhan.

“Saya tidak menyangka bayi ini tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya sangka mereka akan meninggal dunia kerana bedilan itu sangat kuat,” katanya dalam laporan Al-Arabiya.

Sepanjang serangan sembilan hari itu, seramai 33 kanak-kanak maut dengan kematian paling muda adalah berumur setahun.

Israel tingkat keganasan


2014/07/17

Israel tingkat keganasan
Asap kelihatan di Gaza selepas dibom pesawat tentera Israel semalam. Gambar kecil atas; Penduduk Palestin tidur di halaman sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Beit Lahiya semalam selepas meninggalkan kediaman mereka berikutan amaran tentera Israel. Gambar kecil bawah; Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera menangis ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza semalam.
Beri amaran kepada 100,000 penduduk Gaza tinggalkan kediaman, sasar lebih banyak serangan

BANDARAYA GAZA: Israel meningkatkan keganasannya di Gaza semalam dengan melancarkan lebih banyak serangan udara selepas cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir, gagal.

Rejim Zionis juga menggugurkan risalah memberi amaran kepada 100,000 penduduk Gaza supaya meninggalkan rumah mereka berikutan rancangannya untuk melancarkan serangan udara besar-besaran di wilayah itu.

Angka kematian meningkat kepada 209 orang pada hari kesembilan serangan, manakala 1,450 lagi cedera.

Ribuan di Paris berarak bantah serangan Israel di Gaza


2014/07/14

PARIS: Pertempuran meletus di Paris semalam apabila beribu-ribu orang membantah terhadap Israel dan menyokong penduduk di Semenanjung Gaza, di mana konflik tujuh hari itu meragut nyawa lebih 170 orang.

Beberapa ribu penunjuk perasaan berarak dengan aman melalui jalan raya di Paris dengan membawa sepanduk ‘Sokongan Penuh Terhadap perjuangan Rakyat Palestin’.
Pertempuran meletus apabila perarakan itu tamat di Dataran Bastille, dengan orang ramai melemparkan pelbagai objek ke arah polis yang kemudiannya melepaskan gas pemedih mata.


Kekacauan terus berlaku petang semalam ketika polis menyatakan enam orang ditahan. Sekumpulan kecil penunjuk perasaan pula cuba merempuh masuk ke dua gereja Yahudi di pusat bandar Paris.

Polis antirusuhan meleraikan mereka. - AFP 

Israel-Hamas setuju gencatan senjata 5 jam


2014/07/17
GAZA CITY: Israel dan Hamas setuju terima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi bolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza. - CNN 

Israel teruskan kekejaman


Serangan yang dilancarkan semalam mensasarkan kediaman empat pemimpin kanan Hamas. 
Rejim Zionis itu turut memberi amaran kepada puluhan ribu penduduk supaya meninggalkan kawasan sempadan wilayah Palestin itu dengan alasan lebih banyak serangan akan dilancarkan. 

Serangan terbaru itu juga menyaksikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sepanjang kempen keganasan Israel selama sembilan hari itu meningkat kepada 204 orang sementara lebih 1,450 lagi cedera.
Foto
ASAP dan debu menyelubungi ruang udara Gaza selepas tentera Israel melancarkan serangan terbaru, semalam.
Foto
SEORANG lelaki yang cedera akibat serangan udara tentera Yahudi dibawa ke Hospital al-Shifa di Gaza.
Foto
SEORANG kanak-kanak tidak berdosa dirawat di sebuah hospital di Khan Younis selepas cedera dalam serangan Israel.

Di pihak Israel pula, seorang terbunuh dan beberapa orang cedera sejak pertempuran tercetus 8 Julai lalu.

Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas Israel menerima pelan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir. 

Hamas bagaimanapun menolak pelan berkenaan kerana sudah jemu dengan janji rejim Zionis untuk mengendurkan sekatan yang kerap kali dilakukan tetapi kemudiannya dimungkiri, seperti yang pernah berlaku pada 2012. 

Dengan usaha yang dilakukan Mesir menemui jalan buntu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar memperhebatkan keganasan rejimnya. 

Laman sesawang Kementerian Dalam Negeri Palestin menyatakan pesawat Zionis Yahudi melakukan puluhan pengeboman semalam dengan menyasarkan 30 kediaman termasuk milik pemimpin kanan Hamas, Mahmoud Zahar, Jamila Shanti, Fathi Hamas dan Ismail Ashkar. 

Mahmoud adalah antara watak penting ketika Hamas mengambil alih pentadbiran Gaza pada 2007 sementara tiga pemimpin lain ialah ahli Parlimen yang dilantik pada 2006. 

Israel, dalam risalah yang digugurkan kepada rakyat Palestin, memberi amaran kepada mereka supaya meninggalkan wilayah di sempadan Gaza kerana tenteranya akan menjalankan pengeboman secara besar-besaran di kawasan itu. 

Namun, ia tidak dipedulikan sebahagian besar penduduk. 

“Kemana kami harus pergi? Saya tidak akan meninggalkan kediaman ini walau apapun terjadi. 

“Kami akan terus berada di sini di bawah perlindungan Allah,” kata seorang penduduk di Zeitun, Faisal Hussein. 

Pusat pemulihan Wafa di Shijaiyah yang menjaga 15 pesakit kurang upaya dan warga emas menerima beberapa panggilan daripada tentera Israel supaya memindahkan penghuninya. 

Seperti rakyat Palestin lain, pengarah pusat itu, Basman Ashi berkata, mereka tidak akan berganjak. 

Menurutnya, kawasan berhampiran pusat itu dibom baru-baru ini, menyebabkan bangunannya rosak tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan. 

Dalam pada itu, empat sukarelawan asing - dari England, Amerika Syarikat, Perancis dan Sweden - mendirikan khemah di pusat pemulihan itu bagi mengelak tentera Yahudi mengebom tempat berkenaan. 

Sukarelawan England, Rina Andolini, 32, berkata pesakit dalam lingkungan usia 12 hingga 70 tahun berada di situ dan tiada sesiapa yang boleh berjalan tanpa bantuan. 

Ketika ditanya mengenai pusat pemulihan itu, jurucakap tentera Yahudi mendakwa kawasan berkenaan digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan roket.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

palestin

 Gaza City, Palestine (11 July 2014)

Sahabat gugur syahid


Gaza: Saya mengenalinya sebagai penjual kurma, namun hubungan kami amat erat, malah saya menganggapnya seperti adik sendiri. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila rakan saya itu Ahmad Bala’wi mati ditembak tentera Israel.
Apa yang mengejutkan, hanya selepas kematiannya baru saya tahu Allahyarham sebenarnya bukan penjual kurma yang biasa-biasa, kerana dia sebenarnya anggota Briged komando Al-Qassam yang terkenal dengan kehebatan menentang rejim zionis.
“Kalau perlukan apa saja, maklumkan kepada saya.” Itu kata-kata terakhir arwah kepada saya pada pertemuan kami minggu lalu dan sehari sebelum dia syahid di medan perjuangan.

Seolah-olah masih terasa erat pelukannya sebelum kami berpisah. Sehari kemudian, saya diberitahu dia bersama dua lagi rakan terkena bedilan bom dilancarkan tentera Zionis ketika mereka melakukan kawalan sempadan.
Foto
ORANG ramai mengusung mangsa keluarga Al-Batsh yang terkorban. Gambar kecil, Ahmad Bala’wi.

Sepanjang perkenalan kami hampir lima bulan lalu, langsung saya tidak menyangka dia seorang pejuang komando Al-Qassam kerana perilaku dan tutur katanya lemah-lembut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/17

Israel halau 100,000 penduduk Gaza


KEPULAN asap ekoran serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, Palestin semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel memberi amaran kepada kira-kira 100,000 penduduk Palestin yang tinggal di timur Semenanjung Gaza supaya meninggalkan rumah mereka, menurut sumber tentera semalam.
Koresponden agensi berita AFP menemui risalah amaran itu yang disebarkan di kawasan kejiranan Zeitun di selatan Bandar Gaza.
Penduduk tempatan turut melaporkan mereka menerima panggilan melalui rakaman telefon dan teks mesej yang menggesa supaya berpindah pada pukul 5 pagi waktu tempatan.
Risalah itu antara lain memberitahu, tentera rejim Zionis akan melancarkan serangan udara ke atas pusat operasi pejuang-pejuang Palestin di Zeitun dan Shujaiya.
Kedua-dua kawasan itu mencatatkan jumlah bilangan roket paling banyak dilancarkan ke atas Israel.
Mesej amaran yang sama juga diterima oleh penduduk Beit Lahiya di selatan Gaza.
"Pemindahan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan diri anda sendiri," menurut risalah itu yang turut memberi amaran kepada penduduk supaya tidak pulang ke rumah mereka sehingga menerima notis terbaharu.
Mesej itu yang sebelum ini dihantar kepada penduduk di Beit Lahiya supaya berpindah pada Ahad lalu menyebabkan lebih 17,000 penduduk berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Amaran itu dikeluarkan pada hari kesembilan Operasi Perlindungan Sempadan Israel yang didakwa bagi membendung serangan roket yang dilancarkan oleh para pejuang Gaza.
Sejak 8 Julai lalu, para pejuang Palestin melancarkan hampir 1,000 serangan roket dan mortar ke atas kawasan rejim Zionis manakala Israel membalas dengan melakukan lebih 1,500 serangan ke atas Semenanjung Gaza.
Sumber pasukan perubatan Palestin memberitahu, sebanyak 205 penduduk Palestin terbunuh sejak serangan Israel dilancarkan pada minggu lalu.
Kelmarin, seorang rakyat Israel terbunuh apabila terkena serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke kawasan lintasan sempadan Erez. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37ft4eM4N 
Hakcipta terpelihara 

Israel sasar pemimpin Hamas dalam serangan baharu


GAZA CITY 16 Julai - Serangan terbaharu Israel yang memasuki hari kesembilan awal pagi ini, menjadikan tempat tinggal pemimpin Hamas di Gaza sebagai sasaran tanpa sebarang tanda akan berakhirnya pertumpahan darah itu.
Dalam pada itu, dua serangan berasingan di Rafah awal pagi ini menyaksikan tiga orang terbunuh, meningkatkan jumlah kematian kepada 203 orang.
Serangan di sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza itu meragut dua nyawa manakala seorang remaja lelaki terbunuh dalam serangan berasingan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140716/lu_12/Israel-sasar-pemimpin-Hamas-dalam-serangan-baharu#ixzz37fqDaIfp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bedilan Israel diperhebat


Sebahagian penduduk, meratapi kematian kanak-kanak perempuan bernama Sarah Sheik al-Eid, 4, bersama bapa serta bapa saudaranya ketika majlis pengebumian mereka di Rafah, selatan Genting Gaza, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 16 Julai - Israel hari ini dijangka melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza selepas tentera rejim Zionis tersebut mengeluarkan amaran kepada 100,000 penduduk Palestin di Genting Gaza untuk berpindah, ketika angka kematian serangan udara Israel meningkat kepada 216 orang.
Koresponden AFP melihat risalah amaran tersebut digugurkan dari udara di kawasan perumahan Zeitun, timur Gaza City dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan dilaporkan menerima panggilan telefon dan mesej teks menggesa meninggalkan rumah mereka menjelang pukul 8 pagi waktu tempatan (1 petang waktu Malaysia).
Risalah itu menyatakan tentera rejim Zionis akan melancarkan serangan udara ke atas kawasan pergerakan Hamas di Zeitun dan Shujaiya ekoran jumlah tinggi serangan roket dilancarkan dari sana.
Selain kawasan perumahan, Israel turut mengarahkan Hospital al-Wafa di Gaza City dikosongkan, satu tindakan tidak masuk akal memandangkan kemudahan tersebut menempatkan penduduk yang cedera termasuk kritikal.
Pengarah hospital itu, Basman Alashi berkata, sebanyak 14 pesakit di hospital itu tidak boleh dipindahkan kerana berada dalam keadaan koma dan lumpuh.
"Tiada tempat yang selamat di Gaza. Jika hospital turut diserang, di mana pesakit hendak berlindung? Kami juga tidak boleh meninggalkan pesakit kerana mereka tidak berdaya," katanya.
Dalam pada itu, serangan roket sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam ke atas Israel berdekatan pintu sempadan Erez dengan Gaza menyaksikan seorang lelaki Israel maut, kematian pertama melibatkan penduduk Yahudi.
Beberapa siri serangan Israel ke atas Genting Gaza pada awal pagi ini menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin maut dan memusnahkan sebuah rumah milik pemimpin utama Hamas, Mahmoud Zahar.
Di selatan Gaza, bedilan Israel meragut dua nyawa, manakala seorang remaja lelaki terbunuh dalam serangan berasingan.
Di Khan Younis, selatan Genting Gaza, tiga orang termasuk seorang nenek berumur 65 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun turut menjadi korban kekejaman Israel selepas rumah mereka dibedil.
Israel meningkatkan serangan udara hari ini, sehari selepas menangguhkan serangan apabila cadangan gencatan senjata anjuran Mesir gagal dicapai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140717/lu_03/Bedilan-Israel-diperhebat#ixzz37fpKJU5T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat kanak-kanak maut serangan Israel


KAHERAH 17 Julai - Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak Palestin menjadi mangsa terbaharu manakala seorang lagi berada dalam kritikal, dalam serangan terbaharu Israel, semalam.
Jurucakap tentera Tel Aviv, Ahmed Abu Hassera berkata, kejadian itu berlaku di pantai Gaza ketika kanak-kanak itu sedang bermain bola sepak di pantai, kesemua mangsa berusia 15 tahun ke bawah.
“Ketika letupan pertama, kesemua mereka lari untuk menyelamat diri masing-masing bagaimanapun letupan kedua menyebabkan kesemua mereka terkorban dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal," kata Ahmed Abu Hassera - REUTERS.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140717/lu_01/Empat-kanak-kanak-maut-serangan-Israel#ixzz37fp8FFca
© Utusan Melayu (M) Bhd