SELAMA ini, media disogokkan dengan berita kekalahan dan keganasan kumpulan pejuang di bumi Palestin. Sejak serangan berlaku, media melaporkan, kira-kira 200 nyawa penduduk Palestin melayang berbanding hanya seorang askar Israel terbunuh, kelmarin.

Hakikatnya, pada hari ketiga serang iaitu ketika Israel mengumumkan mahu melancarkan serangan darat, rejim Zionis hanya berani memasuki sebahagian kawasan kecil di Genting Gaza bertujuan untuk mengebom kawasan kubu kuat Hamas namun mereka kemudiannya berundur kerana gerun dengan kelibat tentera mujahidin.

Menurut sumber East Monitor, dalam serangan itu tujuh askar Zionis  dilaporkan antara yang parah terkena bedilan roket. Bagaimanapun, angka korban penduduk Israel dan tentera banyak tidak didedahkan media.

Namun, difahamkan seorang individu di sempadan Tel Aviv cedera selepas terkena bedilan roket dan beberapa kediaman dilaporkan musnah.

Kelmarin, seorang askar Zionis dilaporkan terbunuh dan berita itu dilaporkan ketika Israel menuduh Hamas menolak gencatan senjata dan didakwa mahu meningkatkan serangan terhadap  penduduk dan tentera Israel.

Berikut adalah beberapa  pejuang mujahidin Palestin yang selama ini mempertahankan bumi Gaza. Identiti mereka boleh dikenal pasti melalui ikatan di kepala.

Tujuan mereka menutup sebahagian besar wajah adalah bagi mengelakkan dikenali musuh dan mengelakkan daripada timbul perasaan takbur atau sombong dengan kelebihan dikurniakan ALLAH SWT sebagai pejuang, kerana kumpulan ini dianggap hero ternama dan paling digeruni di bumi Palestin. (Sumber: Agensi, blog, Facebook)