• Ahli keluarga dan teman rapat tahanan yang menyertai mogok lapar mengadakan protes di hadapan penjara Ayolan dekat Tel Aviv.Ahli keluarga dan teman rapat tahanan yang menyertai mogok lapar mengadakan protes di hadapan penjara Ayolan dekat Tel Aviv.
TEL AVIV - ISRAEL. Seramai 63 tahanan Palestin bersetuju menghentikan mogok lapar dilancarkan sejak akhir April lalu bagi menghormati ketibaan Ramadan pada akhir minggu ini.

Kelmarin, peguam mereka, Abu Snena memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kesemua tahanan mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa penjara rejim Zionis.

Menurut Al-Arabiya,  jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, tindakan nekad mogok lapar tersebut adalah paling lama pernah dilancarkan oleh tahanan Palestin.

Difahamkan, mogok lapar secara beramai-ramai tersebut adalah sebagai membantah tahanan pentadbiran yang dikenakan ke atas mereka berikutan ia didakwa tidak adil kerana mahkamah berhak memutuskan hukuman tanpa sebarang perbicaraan.