Thursday 28 April 2016

Kenyataan Zionis undang kebimbangan


Anggota Majlis Keselamatan PBB menegaskan status Bukit Golan kekal tidak berubah. - Foto AFP
NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin sebulat suara menyuarakan kebimbangan berikutan kenyataan Israel berhubung tuntutan haram Bukit Golan yang terletak di sempadan negara itu dengan Syria.
Duta PBB China, Liu Jieyi, yang juga Presiden Majlis Keselamatan 15 anggota berkata, resolusi Majlis 497 pada tahun 1981 menjelaskan bahawa keputusan Israel untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbiran di Golan adalah terbatal, tidak sah serta tidak mendapat kebenaran undang-undang antarabangsa.
"Ahli Majlis menyuarakan kebimbangan berhubung kenyataan Zionis tentang Golan, dan menegaskan bahawa status Golan masih kekal tidak berubah," katanya.
Difahamkan, kenyataan Majlis turut mendapat persetujuan semua negara anggota termasuk negara sekutu Israel, AS.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan melepaskan Bukit Golan selepas dirampas dari Syria pada 1967, dan wilayah tersebut akan menjadi sebahagian daripada Tel Aviv untuk selama-lamanya.  - Reuters

Monday 25 April 2016

Israel rancang rampas lebih banyak tanah Palestin


kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok
Kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok konkrit kontroversi di atas tanah milik penduduk Palestin di pekan Beit Beit Jala dekat Baitulmaqdis pada 18 April lalu. REUTERS
BAITULMAQDIS 24 April – Israel tidak menghiraukan kecaman antarabangsa berhubung pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, apabila dilaporkan merancang untuk merampas lebih seribu ekar tanah penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat untuk dijadikan kawasan penempatan haram Yahudi.
Menurut portal PressTV, pihak berkuasa Israel telah mengedarkan notis kepada penduduk Palestin di Kampung Jalud, terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Nablus memaklumkan tentang rancangan rejim Zionis itu untuk mengambil alih tanah seluas 1,250 ekar di kampung itu.
Sumber Majlis Perbandaran Jalud memaklumkan bahawa setakat ini rejim Zionis sudah membina penempatan haram di Adei Ad, Esh Kodesh, Ahiya dan Kidah di kawasan berkenaan.
Menurut Institut Kajian Gunaan Baitulmaqdis (ARIJ), rejim Zionis telah merampas tanah yang luas dekat Kampung Qaryout terletak 28 kilometer di tenggara Nablus sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk membina sekurang-kurangnya 10 penempatan haram Yahudi dan dua pangkalan tentera.
Pada 12 April lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meluluskan resolusi mengecam tindakan Israel memperluaskan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di atas tanah penduduk Palestin.
“Majlis Keselamatan merupakan pihak yang paling berkuasa bagi menghalang aktiviti haram itu atas kedegilan Israel,” katanya.
Mahmoud juga berharap Washington sebagai sekutu rapat Israel, akan mengubah pendirian berhubung isu berkenaan dan menyokong resolusi tersebut mengutuk tindakan rejim Zionis itu.
Lebih setengah juta penduduk Israel tinggal di 230 kawasan penempatan haram yang dibina Israel sejak 1967, terutama di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sekali gus menyukarkan usaha mencapai perdamaian antara kedua-dua pihak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-rancang-rampas-lebih-banyak-tanah-palestin-1.290322#sthash.HCtiaLO9.dpuf

Israel rancang rampas lebih banyak tanah Palestin


kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok

Kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok konkrit kontroversi di atas tanah milik penduduk Palestin di pekan Beit Beit Jala dekat Baitulmaqdis pada 18 April lalu. REUTERS
BAITULMAQDIS 24 April – Israel tidak menghiraukan kecaman antarabangsa berhubung pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, apabila dilaporkan merancang untuk merampas lebih seribu ekar tanah penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat untuk dijadikan kawasan penempatan haram Yahudi.
Menurut portal PressTV, pihak berkuasa Israel telah mengedarkan notis kepada penduduk Palestin di Kampung Jalud, terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Nablus memaklumkan tentang rancangan rejim Zionis itu untuk mengambil alih tanah seluas 1,250 ekar di kampung itu.
Sumber Majlis Perbandaran Jalud memaklumkan bahawa setakat ini rejim Zionis sudah membina penempatan haram di Adei Ad, Esh Kodesh, Ahiya dan Kidah di kawasan berkenaan.
Menurut Institut Kajian Gunaan Baitulmaqdis (ARIJ), rejim Zionis telah merampas tanah yang luas dekat Kampung Qaryout terletak 28 kilometer di tenggara Nablus sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk membina sekurang-kurangnya 10 penempatan haram Yahudi dan dua pangkalan tentera.
Pada 12 April lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meluluskan resolusi mengecam tindakan Israel memperluaskan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di atas tanah penduduk Palestin.
“Majlis Keselamatan merupakan pihak yang paling berkuasa bagi menghalang aktiviti haram itu atas kedegilan Israel,” katanya.
Mahmoud juga berharap Washington sebagai sekutu rapat Israel, akan mengubah pendirian berhubung isu berkenaan dan menyokong resolusi tersebut mengutuk tindakan rejim Zionis itu.
Lebih setengah juta penduduk Israel tinggal di 230 kawasan penempatan haram yang dibina Israel sejak 1967, terutama di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sekali gus menyukarkan usaha mencapai perdamaian antara kedua-dua pihak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-rancang-rampas-lebih-banyak-tanah-palestin-1.290322#sthash.nfsu5kV6.dpuf

Sunday 24 April 2016

Abbas gesa hentikan penempatan haram


Mahmoud Abbas
RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sekali lagi menggesa pemimpin dunia untuk membantu menamatkan pendudukan rejim Zionis dan aktiviti penempatan haram Yahudi di tanah yang diduduki.
"Tolong kami akhiri pendudukan dan penempatan Israel," katanya.
Perbincangan juga sedang dijalankan mengenai draf baharu resolusi Majlis Keselamatan bagi perluasan penempatan haram yang menyalahi undang-undang di tanah Palestin.
"Kami sedang berbincang dengan pihak antarabangsa dan jawatankuasa kementerian Arab untuk mengkaji kandungan serta masa bagi mencadangkan resolusi berhubung aktiviti penempatan itu," katanya. - Press TV

Saturday 23 April 2016

Israel sekat pintu masuk sempena perayaan Yahudi


BEBERAPA penganut Yahudi ultra-Ortodox membakar barangan keagamaan sempena persediaan akhir sambutan Passover di Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS – Israel mengumumkan menutup semua pintu masuk antara Tebing Barat, Semenanjung Gaza yang didudukinya dan wilayah Israel bermula semalam sehingga hari ini sempena pe­rayaan Passover.
Ketegangan dilihat semakin memuncak di Israel berikutan satu gelombang keganasan yang menyebabkan 201 warga Palestin dan 28 penduduk Israel terbunuh sejak Oktober lalu.
Langkah sekatan itu diputuskan selepas menilai dari segi keselamatan, kata jurucakap rejim zionis kepada AFP.
Kerajaan Israel dikatakan sering menyekat penduduk Palestian yang mahu ke Israel sempena festival keagamaan penganut Yahudi itu, namun langkah pengecualian akan diambil terutamanya bagi kes-kes bantuan kemanusiaan dan perubatan.
Ribuan penganut Yahudi kini bertumpu di Baitulmuqaddis dan beberapa tempat suci lain semasa cuti selama lapan hari sambutan Passover untuk mempe­ringati penghijrahan Yahudi secara beramai-ramai dari Mesir.
“Sempena Passover, golongan pelampau akan menyebarkan fakta palsu mengenai tempat suci Yahudi, Temple Mount (masjid Al-Aqsa).
“Kami akan mengambil tindakan ke atas golongan provokasi ini dengan menggerakkan pasukan tentera tambahan ke kawasan yang terlibat,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada minggu lalu mengenai tapak sejarah yang dianggap tempat suci bagi penganut Yahudi, Kristian dan Islam. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz46emiwH00 
Hakcipta terpelihara 

Friday 22 April 2016

Ketua kongsi gelap bersalah bunuh rakyat Palestin


19 APRIL 2016

Ketua kongsi gelap bersalah bunuh rakyat Palestin

 Ketua kongsi gelap bersalah bunuh rakyat Palestin

Yosef Haim Ben David
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Seorang ketua kongsi gelap Yahudi didapati bersalah menculik, membunuh dan membakar seorang remaja Palestin pada 2014.

Laporan BBC mengatakan mahkamah Yahudi menolak permohonan rayuan Yosef Haim Ben David, 31 hari ini.

Selain Yosef, dua lagi remaja Yahudi telah dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Mohammad Abu Khdair, 16.

Hukuman terhadap Yosef bakal ditetapkan bulan depan.

Mohammad dibunuh dua hari selepas peristiwa pembunuhan tiga remaja Yahudi di Tebing Barat pada 2 Julai 2014.

Dua rakyat Palestin yang merupakan suspek utama pembunuhan Naftali Fraenkel, 16, Gilad Shaar, 16 dan Eyal Yifrach, 19 pula terbunuh selepas bertempur dengan polis Israel pada tahun sama.

Seorang lagi lelaki Palestin yang didakwa bersubahat telah dihukum penjara seumur hidup.

Wednesday 20 April 2016

Tolak tuntutan ‘haram’ Israel


Tolak tuntutan ‘haram’ Israel



20 APRIL 2016 TEHERAN - IRAN. Kerajaan Iran, Jerman, Liga Arab dan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyertai Syria menolak tuntutan haram Israel ke atas Bukit Golan, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan wilayah tersebut akan menjadi sebahagian daripada Tel Aviv untuk selama-lamanya.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar, Hossein Jaberi Ansari menegaskan perbuatan Israel itu secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan beliau menggesa masyarakat dunia supaya mengambil langkah serius untuk menghentikan tindakan provokatif tersebut.
"Ia adalah prinsip asas undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB yang menetapkan tiada negara boleh menuntut hak atau merampas wilayah lain secara begitu saja," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi juga mengecam kenyataan Netanyahu selain menyifatkan ia sebagai provokasi melampau yang mencabuli undang-undang antarabangsa.
Dalam kenyataan berasingan, sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) juga menolak tuntutan haram tersebut dan menyatakan ia tidak akan sesekali mengiktiraf wilayah itu sebagai milik Tel Aviv.
Ketika mesyuarat Kabinet, Ahad lalu, Netanyahu memaklumkan ia menolak sebarang kemungkinan untuk mengembalikan Bukit Golan kepada Damsyik.
Beliau dengan angkuh turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengiktiraf Bukit Golan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, sekali gus mencetuskan kecaman di seluruh dunia.
Susulan itu, Damsyik bertindak memberi respons segera apabila Timbalan Menteri Luarnya, Faisal Mekadad berikrar untuk 'membebaskan' Bukit Golan dari cengkaman rejim Israel.
"Kami bersedia melakukan apa sahaja untuk mengembalikan Bukit Gloan kepada Syria termasuk menggunakan tindakan ketenteraan," tegasnya. - Press TV

Doktor Israel Menipu Dalam Laporan Bedah Siasat


Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 9:39 AM
Kesan kecederaan yang dipertikai pada muka Julie Pearson akibat dipukul lelaki Israel.

KELUARGA seorang wanita Australia yang ditemui mati di Israel mempertikai laporan bedah siasat daripada doktor di negara berkenaan.
Mangsa, Julie Pearson sebelum ini ditemui mati dipercayai dipukul teman lelakinya ketika melawat suspek di Eilat, Israel.
Bagaimanapun ahli Patologi berkenaan didakwa menipu dalam laporan kematian mangsa dengan mendakwa wanita itu meninggal dunia kerana kematian mengejut.
Berikutan itu, keluarga Pearson yang berada di Australia tidak berpuas hati dengan penipuan tersebut kerana mangsa dikatakan telah dupukul dengan teruk oleh suspek.
Julie Pearson
Tidak cukup dengan itu, keluarga mangsa turut mendedahkan gambar mayat Pearson dengan keadaan cedera di muka akibat dipukul.
Keluarga mangsa turut melabelkan siasatan Israel sebagai memalukan dan bertindak kejam terhadap mangsa.
"Kecederaan pada mangsa dapat dilihat dengan jelas, Ia lebih teruk daripada laporan doktor Israel," jelas keluarga Pearson.

Tentera Israel didakwa membunuh warga Palestin

Tentera Israel bertempur dengan penduduk Palestine-GAMBAR/AFP



19 April 2016 12:42 AM JAFFA, Israel 18 April - Tentera Israel yang dirakam menembak mati seorang warga Palestin yang cedera akhirnya didakwa atas tuduhan membunuh oleh beberapa pegawai pendakwa raya di sebuah mahkamah tentera di sini.
Sebelum ditembak mati dalam kejadian pada 24 Mac yang lalu, warga Palestin tersebut dipercayai telah menikam seorang anggota tentera mereka dan mengalami kecederaan.
“Tertuduh didapati telah melanggar peraturan yang dipersetujui bersama sebelum ini iaitu jika seseorang pengganas itu cedera dan tidak boleh mendatangkan ancaman kepada tertuduh atau orang lain, maka, dia tidak boleh diadili sewenang-wenangnya,” kata pendakwaan tersebut menerusi satu salinan yang diterima.-AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-israel-didakwa-membunuh-warga-palestin-1.277434#sthash.B0MSP2bw.dpuf

Semoga menjadi ibrah bagi kita Azab begitu nyata Termasuk dosa kita


Astarghfirullah,SUNGGUH BIADAB !!! Pasukan-Pasukan Israel Mengubur anak-anak Palestina Hidup Hidup ((TOLONG BAGIKAN AGAR SEMUA MUSLIM TAHU INI))


Tidak ada yang memiliki keraguan tentang kegiatan tiran pasukan Israel di Palestina di seluruh dunia. Mereka mulai meningkatkan itu 10-20 tahun terakhir. Dalam rekaman harian Anda dapat memiliki contoh kegiatan tiran pasukan-pasukan Israel di mana mereka yang mengubur anak-anak Muslim hidup hidup .

tidak ada organisasi di sini untuk menutupi kegiatan tiran seperti yang yang pasukan Israel. Di sisi lain, organisasi internasional yang tepat manusia mendapatkan diaktifkan ketika mereka melihat sesuatu di negara-negara Muslim. Mereka diaktifkan ketika mereka melihat salah di Asia.
Organisasi-organisasi internasional yang terkait dengan hak asasi manusia juga tidak diaktifkan ketika mereka memiliki kegiatan kekejam terhadap Muslim di Birma. Mereka tetap tenang dan menikmati partai mereka di Eropa dan Amerika. Mereka hanya memiliki tanggung jawab untuk mengambil tindakan terhadap negara-negara Muslim. Mereka tidak diperbolehkan untuk mengatakan sesuatu terhadap negara-negara yang tidak Muslim.


Mereka juga diperintahkan untuk mengambil tindakan terhadap negara-negara yang tidak melibatkan kepentingan Eropa dan Amerika. Sehingga Anda bisa mengatakan organisasi internasional tidak bagi manusia mereka telah dibuat hanya untuk kepentingan mereka sendiri, bukan untuk kesejahteraan manusia.

Proses diskriminasi telah dimulai dari hari pertama ketika mereka memiliki kekuatan tetapi setelah 9/11, mendapat keras. Mereka mulai target Muslim terutama dan tidak ingin membantu mereka dalam setiap kasus. Hal yang sama terjadi di Palestina, anak-anak yang mati sangat banyak tetapi tidak ada tanggapan dari semua organisasi yang disebut.
MARI KITA DOAKAN BERSAMASEMOGA SAUDARA KITA DIPALESTINA DIBERI KESABARAN DAN KEMANANGAN ((AMIIN)
((TOLONG BAGIKAN AGAR SEMUA MUSLIM TAHU INI))
diterjemahkan dari the41news.com

Singapura puji rejim Zionis Israel


Lee-Hsien-Loong-007
JERUSALEM, Selasa – Singapura memuji identiti dan usaha yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk mendapatkan hak mereka walau dengan apa cara sekalipun.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata terdapat persamaan dan sedikit perbezaan antara Singapura dan Israel dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman.
“Israel perlu berjuang dalam peperangan untuk mempertahankan hak mereka walaupun negara Israel berusia kurang daripada 70 tahun.
“Singapura pula tidak perlu melalui peperangan seperti itu kecuali semasa konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia termasuk Singapura pada tahun 1960,” katanya.
Lee berkata, Israel merupakan sebuah negara yang mencerminkan bakat manusia yang luar biasa dan semangat waja untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
“Sama ada mengairi padang pasir untuk dijadikan kawasan pertanian, membuat kemajuan di dunia melalui teknologi tempatan atau mewujudkan kecemerlangan dalam bidang seni, muzik dan seni bina.
“Singapura mengagumi Israel yang telah mencapai banyak kejayaan dan kemajuan,” katanya.
Malah katanya Israel mempunyai Taurat dan Talmud yang boleh dikesan kembali selepas 5,000 tahun sejarah Yahudi sedangkan Singapura hanya sebuah negara moden yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Universiti Hebrew setelah menerima ijazah doktor kehormat.
Ijazah tersebut disampaikan oleh Rektor Universiti Hebrew, Asher Cohen dan Presiden Universiti Hebrew, Menahem Ben- Sasson dalam sebuah majlis sederhana tetapi bermaruah yang turut menampilkan penyanyi Israel, Nizam Eschel.
“Saya bangga anugerah ini datang daripada sebuah universiti terkenal dengan pencapaian luar biasa yang telah ditonjolkan oleh alumninya termasuk pemenang lapan Hadiah Nobel dan melahirkan Presiden dan Perdana Menteri Israel,” ujarnya.
Lee juga memberitahu bahawa beliau telah membaca dua buah buku mengenai Israel yang memberi pendekatan berbeza kepadanya mengenai negara itu.
Katanya, buku itu telah memberikan kesan yang mendalam terhadapnya dan mengubah persepsi terhadap negara rejim Zionis itu.
“Mendiang ayah saya, Lee Kuan Yew turut membaca buku itu dan beliau berkata penulis tidak terlepas walau satu maklumat mengenai kesungguhan dan semangat mereka yang terlibat mengasaskan negara Israel,” katanya.
Menurutnya, pandangan yang dikemukakan oleh mendiang bapanya itu turut dikongsi oleh bekas Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion yang bersetuju bahawa karya itu sebagai sebuah propaganda yang terbaik pernah ditulis mengenai Israel.
Lee sedang dalam rangka lawatan seminggu ke Timur Tengah, untuk melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Jordan, Israel dan wilayah Palestin. – Agensi

Sunday 10 April 2016

Sekat penempatan haram Israel


AFP - GAMBAR menunjukkan sebahagian penempatan haram Israel yang dibina di bandar Gilo di timur Baitulmuqaddis.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat – Pa­lestin akan mengemukakan draf resolusi kepada PBB bagi mengekang tindakan Israel yang semakin memperluaskan penempatan haram di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis, kata duta Palestin kelmarin.
Sebelum ini, Majlis Kese­lamatan PBB gagal meluluskan satu resolusi pada tahun 2011 apabila Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menghalang badan itu daripada melabelkan tindakan Israel berkenaan sebagai suatu yang salah dari segi undang-undang.
Duta Palestin, Riyad Mansour berkata, resolusi itu akan menjelaskan kedudukan Majlis Keselamatan dalam isu penempatan haram Israel sejajar dengan pengiktirafan PBB terhadap negara Palestin.
Beberapa duta Majlis Keselamatan PBB mengutuk penempatan Israel yang dianggap haram atau tidak sah di sisi undang-undang dan menjadi penghalang kepada perdamaian.
“Kami berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan menghentikan aktiviti pe­nempatan haram itu,” kata Riyad.
Sementara itu, Duta Israel, Danny Danon tidak bersetuju dengan cada­ngan resolusi itu sebalik­nya menganggap ia merupakan satu percubaan untuk menipu masyarakat dunia tanpa sebarang penyele­saian mengatasi konflik yang berlaku.
Bagaimanapun, run­dingan mengenai draf resolusi itu masih dilakukan dengan beberapa negara Arab dan Mesir sebagai anggota Majlis Keselamatan akan mengetuai draf itu untuk dibentang serta diundi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz45QZGBjBt 
Hakcipta terpelihara 

Israel roboh rumah 
di Tebing Barat – OCHA


124 orang Palestin hilang kediaman dalam sehari

Seorang wanita Palestin mengumpulkan barangan miliknya selepas

Seorang wanita Palestin mengumpulkan barangan miliknya selepas banyak kediaman dirobohkan tentera Israel di kawasan perkampungan Khirbet Tana berdekatan bandar Nablus, Tebing Barat baru-baru ini. REUTERS
TEBING BARAT 9 April - Seramai 124 rakyat Palestin termasuk 60 orang kanak-kanak hilang tempat tinggal di sini dalam masa sehari selepas kediaman mereka dirobohkan tentera Israel.
Menurut kenyataan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), 54 kediaman termasuk 18 dibiayai beberapa penderma, dibakar di sembilan buah perkampungan berbeza.
OCHA berkata, tindakan Israel itu melibatkan seramai 293 penduduk termasuk 98 kanak-kanak di kawasan terbabit.
Sebanyak 34 kediaman dirobohkan di perkampungan Khirbet Tana berdekatan bandar Nablus, Tebing Barat yang menyebabkan 69 rakyat Palestin termasuk 29 kanak-kanak hilang tempat tinggal.
“Kebanyakan kediaman yang dirobohkan di Khirbet Tana itu merupakan sumbangan daripada beberapa penderma selepas Israel merobohkan struktur berkenaan sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Data terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) me-nunjukkan tentera Israel meningkatkan pemusnahan struktur milik Palestin sebanyak tiga kali ganda sejak tiga bulan lalu.
PBB berkata, purata rumah dimusnahkan sejak Januari lalu me-ningkat kepada 165.
Dalam pada itu, AFP melaporkan, pihak berkuasa Palestin sedang membincangkan draf resolusi baharu PBB bersama negara-negara Arab bagi membantah tindakan Israel meluaskan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Palestin gagal dalam mengambil tindakan sama di Majlis Keselamatan PBB pada 2011 selepas Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto membatalkan resolusi terbabit.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, resolusi itu akan menjelaskan peranan yang dimainkan oleh badan keselamatan dunia tersebut dalam isu terbabit.
Duta-duta ke Majlis Keselamatan PBB mengutuk penempatan haram Yahudi khususnya di Tebing Barat sebagai tindakan melanggar undang-undang dan halangan ke arah keamanan tetapi badan dunia itu tidak pernah menyatakan keduduk­an berhubung isu itu.  AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-roboh-rumah-8232-di-tebing-barat-8211-ocha-1.231123#sthash.uEqYHeCV.dpuf

Saturday 9 April 2016

Israel bina tembok pemisah baharu di Tebing Barat


Merentasi Beit Jala, Baitulmaqdis dan halang laluan masuk ladang minyak zaitun

Tembok pemisah yang dibina oleh Israel atas alasan menjaga keselamatan

TEMBOK pemisah yang dibina oleh Israel atas alasan menjaga keselamatan penduduknya hanyalah tindakan untuk merampas kawasan tanah milik Palestin. REUTERS
BAITULMAQDIS 8 April - Israel dilihat terus cuba merampas tanah milik Palestin apabila memulakan proses pembinaan tembok pemisah baharu di kawasan jajahan dekat Tebing Barat, semalam walaupun tindakan itu mencetuskan kontroversi dan tentangan daripada penduduk Palestin.
Beberapa buah kren dilihat meng­angkat blok batu setinggi lapan meter bagi melengkapkan pembinaan tembok berdekatan kawasan Beit Jala yang terletak di selatan Baitulmaqdis dan Baitulaham.
Pembinaan tembok itu juga bakal menghalang penduduk Palestin daripada memasuki ladang minyak zaitun.
Datuk Bandar Beit Jala, Nicola Khamis dalam pada itu mengecam pembinaan tembok tersebut yang dilihat sebagai cubaan merampas tanah penduduk Palestin.
Nicola berharap kerajaan Palestin dapat menghalang aktiviti itu diteruskan walaupun beliau me­ngakui rejim Zionis tidak melayan sebarang bantahan berhubung pembinaan tembok tersebut.
“Tanah ini merupakan milik kami dan anak-anak kami,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan AFP.
Bagaimanapun Kementerian Per­­­­tahanan Israel tidak menge­luarkan sebarang komen berhu­bung pembinaan tembok itu.
Penduduk Beit Jala menyuarakan kebimbangan tembok pemisah itu akan meluaskan lagi kawasan penempatan haram Yahudi di Gilo dan Har Gilo.
Israel mula membina tembok pemisah di Tebing Barat sejak 2002 ketika intifada kedua dilancarkan oleh rakyat Palestin bagi menentang kekejaman rejim Zionis.
Tembok itu digelar sebagai “tembok aparteid” yang bertujuan me­rampas tanah penduduk Palestin, sekali gus menjejaskan kedaulatan wilayah tersebut.
Jurucakap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Xavier Abu Eid berkata, tembok itu bakal memusnahkan potensi Baitulaham untuk menjadi sebuah bandar yang maju.
“Rejim Israel terus mengamalkan dasar aparteid di Tebing Barat dengan membina tembok pemisah secara berterusan,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-bina-tembok-pemisah-baharu-di-tebing-barat-1.225017#sthash.G40G8ved.dpuf

Lagi kekejaman Zionis Lagi kekejaman Zionis


9 APRIL 2016


Lagi kekejaman Zionis

Beberapa kanak-kanak bermain di tengah-tengah sisa runtuhan sebuah rumah di kampung Umm al-Kheir, dekat selatan bandar Hebron, selepas ia dimusnahkan tentera Israel. - Foto: AFP
TEBING BARAT - PALESTIN . Angkatan tentera Israel dilapor merobohkan beberapa struktur binaan Palestin di seluruh Tebing Barat berikutan ketegangan antara pasukan keselamatan rejim Zionis dan penunjuk perasaan Palestin terus berlaku di wilayah itu.

Kelmarin, tentera Israel bertindak membakar sebuah bengkel mengecat kereta di bandar Ni'lin, terletak 17 kilometer di barat Ramallah, sekali gus menyebabkan 15 rakyat Palestin hilang pekerjaan.

Zionis turut memusnahkan rumah sembelihan di bandar sama yang menggajikan sekurang-kurangnya 72 rakyat Palestin.

Aktivis Palestin yang memantau aktiviti penempatan di bahagian utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas berkata, anggota keselamatan Israel turut merobohkan kampung Khirbet Tana berhampiran Tebing Barat Nablus serta kampung Khan al-Ahmar.

"Mereka juga menutup keseluruhan kawasan itu selepas mengisytiharkan ia sebagai zon tentera," katanya memberitahu lebih 500 struktur Palestin telah dimusnahkan sejak awal tahun ini. - Press TV

Tuesday 5 April 2016

ALLAH MURKA!! ISRAEL DIGUNCANG GEMPA SETELAH MERUSAK MASJID AL AQSA; TOLONG DI BAGIKAN AGAR BANYAK YANG MENDO'AKAN SAUDARA-SAUDARA KITA DISANA. AMIIIN



 SISKA SAPUTRI
 Facebook  




Di wilayah selatan Israel telah terjadi gempa berkekuatan 4, 2 skala Richter mengguncang. Muslim Palestina yakini, gempa itu adalah balasan dari Allah setelah pasukan negara zionis itu menyebabkan kerusakan Masjid Al Aqsa. Gempa berlangsung pada Kamis (30/7/2015) pagi, empat hari sesudah pasukan Israel menyerbu serta mengakibatkan kerusakan Masjid Al Aqsa.

Seperti ditulis surat kabar Yediot Aharonot Israel dari info Institute Seismologi di ibukota Tel Aviv, gempa dengan kemampuan 4, 2 taraf Richter itu terjadi pada jam lima pagi saat setempat. Pusat gempa ada pada di kedalaman laut mati sampai kota Ashdod.
Disamping itu, masyarakat
Palestina yang


berdekatan dengan kota Ashdod menyebutkan tak rasakan ada getaran gempa itu.

Seperti ditulis Eramuslim, Muslim Palestina yakin kalau gempa yang mengguncang lokasi selatan Israel pada Kamis pagi adalah peringatan awal dari Allah sesudah aparat keamanan Yahudi menyerang serta mengakibatkan kerusakan Masjid Al Aqsha.

Dalam press release-nya, Abdillah Onim menyampaikan kalau 100 muslim Palestina terluka akibat serbuan serta pengerusakan Masjid Al Aqsa itu. Jurnalis Indonesia yang ada di Gaza itu melaporkan sekitaran 200 Yahudi menodai Masjid Al Aqsa serta melemparinya dengan bom nada serta gas air mata.

Mudah-mudahan Allah Memberi kesabaran untuk saudara-saudara muslim kita yang tertimpa musibah Aamiin Ya Robbal Alamin..

Yuk.. bantu berbagi supaya makin banyak orang yang mendo'akan..

Tentera Israel roboh rumah penduduk Palestin


NABLUS 5 April - Tentera Israel dilaporkan merobohkan rumah milik keluarga tiga rakyat Palestin yang terbunuh selepas terlibat serangan di timur Baitulmaqdis pada dua bulan lalu, menurut sumber pasukan keselamatan Palestin dan tentera Israel.
Kesemua rumah milik Ahmed Najeh Ismaeel Naser, Muhammad Ahmed Kmail dan Ahmed Najeh Abu al-Roub yang terletak di Qabatiya, utara Tebing Barat itu berjaya dirobohkan pihak Israel dan berlaku pergaduhan ketika kerja meroboh itu dilakukan.
Sebelum ini,Israel mendakwa tiga lelaki Palestin menyerang pasukan tentera mereka berhampiran pintu masuk ke bandar lama Baitulmaqdis dengan menggunakan pisau, senapang dan bom paip. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-israel-roboh-rumah-penduduk-palestin-1.208895#sthash.BDd61pkK.dpuf

Israel penjara ratusan budak


5 APRIL 2016

Israel penjara ratusan budak

 Israel penjara ratusan budak Tentera Zionis menangkap Ahmad Abu Sbitan, 11, di hadapan sekolahnya di Baitulmaqdis.
RAMALLAH - PALESTIN . Badan hak asasi manusia Palestin memberitahu sekurang-kurangnya 241 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kini ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dalam satu laporan melaporkan, 94 budak bawah umur yang dijatuhi hukuman atas pelbagai tuduhan dipenjarakan di Penjara Ofer berhampiran bandar Beitunia di Tebing Barat.

Laporan turut menyebut, dua daripada 22 tahanan Palestin berusia di bawah 16 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas mereka ditembak dan ditangkap.

"Enam banduan bawah umur ditahan pihak berkuasa rejim Zionis di bawah tahanan pentadbiran. Beberapa yang lain juga ditahan di bawah tahanan sama selama lapan, 10 dan 11 tahun tanpa sebarang tuduhan yang dikenakan terhadap mereka," menurut laporan berkenaan.

Pertubuhan itu juga menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan denda terhadap banduan kecil di Penjara Ofer berjumlah AS22,474 (RM88,000) sepanjang bulan lalu. - Press TV