Saturday 9 April 2016

Lagi kekejaman Zionis Lagi kekejaman Zionis


9 APRIL 2016


Lagi kekejaman Zionis

Beberapa kanak-kanak bermain di tengah-tengah sisa runtuhan sebuah rumah di kampung Umm al-Kheir, dekat selatan bandar Hebron, selepas ia dimusnahkan tentera Israel. - Foto: AFP
TEBING BARAT - PALESTIN . Angkatan tentera Israel dilapor merobohkan beberapa struktur binaan Palestin di seluruh Tebing Barat berikutan ketegangan antara pasukan keselamatan rejim Zionis dan penunjuk perasaan Palestin terus berlaku di wilayah itu.

Kelmarin, tentera Israel bertindak membakar sebuah bengkel mengecat kereta di bandar Ni'lin, terletak 17 kilometer di barat Ramallah, sekali gus menyebabkan 15 rakyat Palestin hilang pekerjaan.

Zionis turut memusnahkan rumah sembelihan di bandar sama yang menggajikan sekurang-kurangnya 72 rakyat Palestin.

Aktivis Palestin yang memantau aktiviti penempatan di bahagian utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas berkata, anggota keselamatan Israel turut merobohkan kampung Khirbet Tana berhampiran Tebing Barat Nablus serta kampung Khan al-Ahmar.

"Mereka juga menutup keseluruhan kawasan itu selepas mengisytiharkan ia sebagai zon tentera," katanya memberitahu lebih 500 struktur Palestin telah dimusnahkan sejak awal tahun ini. - Press TV

No comments:

Post a Comment