Friday, 27 November 2015

Dua Palestin maut di Tebing Barat

Baitulmaqdis: Dua orang Palestin mati termasuk seorang ditembak dalam dua kejadian berasingan semalam di Tebing Barat, dalam pada Israel mengumumkan perancangannya membina pagar baru berhampiran Hebron dalam usaha meredakan keganasan sejak dua bulan lalu.
Dalam kejadian pertama, rusuhan ganas tercetus ketika tentera Israel menyerbu pekan Qattana pada malam sebelumnya untuk mencari peluru dan senjata serta menahan beberapa orang disyaki penyerang.
Penduduk membalas dengan membaling bom api dan batu. Yehya Taha, 21, terkena tembakan di kepala sebelum meninggal dunia di hospital di Ramallah, kata jurucakap kementerian kesihatan Palestin, Mohammed Awawdeh.
Petang semalam, pengawal sempadan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin membawa pisau berhampiran Nablus.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, lelaki itu keluar dari teksi berhampiran pos tentera berkenaan dan menyerang anggota di situ dengan pisau.
Katanya, tiada orang Israel cedera dalam serangan itu.
Kementerian kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Samir Seresi, 51.
Dua kejadian itu yang terbaru dalam beberapa siri keganasan sejak dua bulan lalu.
Sejak pertengahan September, 19 orang Israel mati dalam serangan Palestin yang kebanyakannya membabitkan pisau.
Sebaliknya, sekurang-kurangnya 93 Palestin terbunuh termasuk 58 yang didakwa tentera Israel sebagai penyerang manakala selebihnya maut bertempur dengan tentera Yahudi.
Pegawai tentera Palestin dan Israel yang enggan dikenali berkata, pihak tentera mencadangkan supaya pasukan keselamatan Palestin diberi senjata untuk menghalang serangan daripada berlaku.
Bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 6:55 AM


ANGGOTA keluarga Yehya menangis ketika majlis pengebumiannya di Qattana.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96064#sthash.byka4i0Y.dpuf

Pemandu Palestin rempuh askar Israel mati ditembak



KEADAAN kereta yang merempuh tentera Israel di sebuah stesen bas di Tebing Barat. - Foto REUTERS



BAITULMAQDIS: Seorang rakyat Palestin ditembak mati selepas merempuh tentera Israel di sebuah stesen bas di Tebing Barat, kata polis.
"Sebuah kereta rakyat Palestin merempuh dua anggota tentera Israel yang berada di sebuah stesen bas. Pengganas itu ditumpaskan," kata polis.
Polis Israel kemudian mengesahkan suspek mati dan pihak tentera mengesahkan dua anggotanya cedera. - AFP