Thursday 11 August 2016

‘Palestin tak pernah ada dalam Google Maps’

Gaza dan Tebing Barat

11 OGOS 2016 Paparan skrin yang menunjukkan Gaza dan Tebing Barat tidak kelihatan pada peta tersebut.
RAMALLAH - PALESTIN. Google menafikan dakwaan sengaja memadamkan label Palestin itu sebaliknya memberitahu label tersebut memang tidak pernah wujud dalam pemetaan di Google Maps.

Namun, Google dalam satu kenyataan semalam memberitahu berlaku kesilapan yang membuatkan label ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’ hilang dari Google Maps.

“Tidak pernah ada label bernama 'Palestine' dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan pepijat (dalam Google Maps) yang membuang label 'Tebing Barat' dan '’Gaza'.
"Kami sedang berusaha secepat mungkin untuk mengembalikan label tersebut di kawasan berkenaan," katanya.
Sebelum ini , isu nama Palestin yang didakwa hilang daripada aplikasi peta Google Maps telah mencetuskan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah daripada masyarakat dunia yang mengakui kewujudan negara tersebut.

Kemarahan tersebut turut disuarakan melalui #PalestineIsHere’ yang menjadi ‘trending’ di media sosial.