Hubungan antara kedua-dua negara mulai renggang selepas tentera marin Israel menyerang sebuah kapal milik Turki pada Mei 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut di Semenanjung Gaza yang dikendalikan oleh Hamas serta menyebabkan 10 orang rakyat Turki terkorban.
Israel, yang telah membuat permohonan maaf berhubung insiden tersebut, bersetuju untuk membayar AS$20 juta (RM80.31 juta) di bawah perjanjian tersebut kepada keluarga mangsa korban dan tercedera dengan syarat Turki menarik balik dakwaan kepada Israel.
Kedua-dua negara telah melantik duta di bawah perjanjian berkenaan yang sebahagiannya didorong oleh prospek tawaran lumayan gas di Meditteranean. - REUTERS