Friday 31 January 2014

Mahmud Abbas paling anti-Yahudi


Baitulmaqdis: Menteri Perisikan Israel, Yuval Steinitz berkata, Presiden Palestin Mahmud Abbas ialah pemimpin paling anti-Yahudi selepas pengunduran Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden.

“Sejak Mahmoud meninggalkan arena politik, Abu Mazen (Mahmud Abbas) ialah pemimpin nombor satu yang menyuntik racun anti-Yahudi dan anti-Israel.


“Di bawah pemerintahan Abu Mazen, hasutan anti-Yahudi dan anti-Israel dalam kalangan rakyat Palestin mencapai tahap tertinggi dengan sasaran mereka ialah kemusnahan Israel.

“Sebagai individu yang menolak tragedi Holocaust pada zaman kanak-kanaknya, hari ini dia menolak kewujudan rakyat Yahudi, hak mereka dan negara Yahudi,” katanya.


Dalam tesis kedoktorannya, di Universiti Patrice Lumumba, Moscow, Mahmud dikatakan mempersoalkan bilangan enam juta Yahudi yang terbunuh dalam Holocaust dengan berkata jumlah itu kurang daripada sejuta. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31