Sunday, 20 July 2014
Suara Palestina,
Suara Palestina,
Jeritan anak-anak Gaza sangat jelas terdengar di saat israel melontarkan roket dan bom di rumah rumah mereka, tak sedikit dari bocah Gaza yang menjerit menahan sakit yang tertimbun reruntuhan rumah mereka, ayah dan ibu mereka tak bernyawa, tinggal bocah kecil yang berlumuran darah dan debu.
Mobil truk yang mendistibusikan bahan makananpun tak luput dari roket israel.
AMERIKA MENDUKUNG israel MENYERANG GAZA, ISRAEL MENDUKUNG MEMBUNUH BOCAH GAZA, WANITA GAZA, LANSIA GAZA DAN ORANG CACAT GAZA. AMERIKA DAN ISRAEL LAKNATULLAH ALAIHIM.
Hasbullah wa ni'mal wakil ala yahudi, ala amrik
Abdillah Onim
Jurnalis Indonesia saat ini di Gaza
Mobil truk yang mendistibusikan bahan makananpun tak luput dari roket israel.
AMERIKA MENDUKUNG israel MENYERANG GAZA, ISRAEL MENDUKUNG MEMBUNUH BOCAH GAZA, WANITA GAZA, LANSIA GAZA DAN ORANG CACAT GAZA. AMERIKA DAN ISRAEL LAKNATULLAH ALAIHIM.
Hasbullah wa ni'mal wakil ala yahudi, ala amrik
Abdillah Onim
Jurnalis Indonesia saat ini di Gaza
Rejim Zionis serbu Al-Aqsa
20 Julai 2014
- Ribuan penduduk Palestin terpaksa solat Jumaat di luar kawasan Al-Aqsa selepas tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
Menurut Press TV, kelmarin, satu lagi pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan rejim Zionis dan penduduk Palestin menjelang solat Jumaat.
Kira-kira 100 anggota polis Israel bertindak biadab menyerbu Al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Menurut saksi, mereka turut menggunakan bom tangan pegun dan melepaskan tembakan peluru getah ke arah penduduk Palestin.
Difahamkan, lebih 40 orang termasuk Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani cedera dalam kejadian tersebut.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah mengetatkan lagi kawalan keselamatan di pusat pemeriksaan Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur selepas Israel memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan pada 8 Julai lalu.
Di bawah langkah baharu tersebut, golongan lelaki di bawah umur 50 tahun dan golongan wanita berumur 40 tahun ke bawah dilarang untuk memasuki Al-Aqsa.
Serangan berlarutan akibatkan krisis bekalan air
20 Julai 2014
Ketua Majlis Perbandaran Rafah, Sobhi Abu Radwan memberitahu serangan rejim Zionis tersebut akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.
"Israel telah mengebom lori tangki yang membawa bekalan air di selatan bandar Rafah. Kejadian itu mengakibatkan hampir keseluruhan kawasan di Rafah mengalami masalah bekalan air sejak lapan hari lalu," katanya.
Difahamkan, serangan berterusan rejim Zionis telah memusnahkan rangkaian bekalan kuasa elektrik dan air di Genting Gaza. - AP
Obama sokong Israel serang Gaza
20 Julai 2014
- Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di hadapan pejabat Konsulat Israel di Istanbul. Foto: AFP
"Saya difahamkan operasi terbaharu itu bertujuan untuk memusnahkan terowong bawah tanah milik Hamas. Bagaimanapun, saya menggesa Israel supaya cuba meminimumkan kematian orang awam," katanya.
Menurut FoxNews, kenyataan tersebut dipercayai bakal mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana AS sebelum ini pernah menjadi orang tengah untuk menjayakan pelan damai antara Palestin dan Israel.
Tetapi, pendirian mereka berubah selepas ketegangan semakin memuncak di Gaza selain turut menuding jari ke arah Hamas yang didakwa sebagai penyebab utama konflik itu.
Obama sokong keganasan rejim Zionis
Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam menyuarakan sokongan terhadap keganasan Israel di Palestin atas alasan untuk ‘mempertahankan diri.’
Bercakap kepada wartawan di Washington semalam sebelum dia bersama keluarganya menghabiskan cuti hujung minggu di Kem David, Obama berkata, Washington bagaimanapun berharap rejim Israel itu mencari jalan melancarkan keganasan tanpa membabitkan kematian ramai orang awam.
Setakat ini, lebih 300 penduduk Palestin terbunuh, sejumlah besarnya terdiri daripada orang awam, termasuk ramai kanak-kanak dan wanita.
Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Turki untuk memujuk Ankara menggunakan pengaruhnya bagi mendesak Hamas menerima gencatan senjata tajaan Mesir.
Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berkata, Mesir, khususnya Presiden baru negara berkenaan, Abdel Fattah al-Sisi, tidak layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai kerana dia juga adalah ‘pengganas’ yang membunuh ramai aktivis Islam Mesir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20
Rebah depan masjid
Gaza City: Tiga sekeluarga antara yang terbunuh manakala seorang kanak-kanak berusia enam tahun juga menjadi mangsa dalam serangan hari ke-12 tentera Israel di Gaza menjadikan jumlah kematian kini 323 orang.
Tiga anggota keluarga keluarga Zuweidi itu terbunuh di Beit Hanun manakala seorang lagi wanita berusia 25 tahun terbunuh di Deir al-Balah petang semalam.
Terdahulu, seorang kanak-kanak dan dua lelaki turut terbunuh dalam serangan berasingan.
Kematian mereka dilaporkan selepas lima mayat ditemui di sebuah rumah yang musnah dalam serangan udara terbaru di Khan Yunis.
Seorang lelaki yang parah dalam satu serangan sebelum itu juga dilaporkan mati akibat kecederaannya, kata jurucakap pasukan perkhdimatan kecemasan Ashraf al-Qudra.
Ashraf berkata, di Khan Yunis juga, mayat seorang lagi lelaki ditemui dalam runtuhan sebuah bangunan manakala seorang lagi lelaki maut akibat kecederaan yang dialaminya Jumaat lalu dalam kejadian berasingan.
Terdahulu, tujuh orang mati termasuk tiga sekeluarga dibedil di luar sebuah masjid di bandar Khan Yunis, manakala tiga lagi terbunuh tidak lama selepas itu dalam tiga serangan yang berasingan di Beit Hanun, Deir al-Balah dan Khan Yunis.
Sementara itu, juga di Khan Yunis, satu lagi serangan yang membedil sebuah rumah mengakibatkan kematian seorang lelaki, dikenal pasti sebagai Raed al-Lagan, 28.
Kejadian terbaru berkenaan membawa jumlah keseluruhan kematian akibat serangan tentera rejim Zionis kepada 323 orang yang kebanyakan mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. Selain itu, seramai 2,283 cedera.
Operasi dikenali sebagai ‘Operation Protective Edge’ itu adalah konflik paling dahsyat di kawasan berkenaan sejak 2009.
Israel melancarkan serangan lewat Khamis lalu apabila memulakan operasi baru dalam operasi berkenaan yang didakwanya menyasarkan untuk menghapuskan terowong-terowong digunakan Hamas. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20
Tiga anak terbujur
Beit Lahiya: Ismail Abu Musallam menangis sambil memeluk dinding hospital di mana dia menunggu jenazah tiga anak kecilnya disempurnakan untuk pengebumian selepas maut dalam serangan udara ketika mereka sedang tidur.
Katanya, Mohammed, 16, Walaa, 14, dan Ahmed, 11 ditemui di bawah runtuhan bumbung rumah mereka.
Abu Musallam berkata, dia sekeluarga memutuskan terus tinggal di Beit Lahiya bersama isteri dan tujuh anaknya walaupun kawasan perumahan mereka mengalami serangan bertubi-tubi.
“Anak-anak akhirnya masuk tidur dan anak sulung, Mohammed bersama dua adiknya tidur dalam satu bilik.
“Anak-anak akhirnya masuk tidur dan anak sulung, Mohammed bersama dua adiknya tidur dalam satu bilik.
TIGA beradik mati di tempat tidur selepas rumah mereka dibedil tentera Israel.
“Namun kami semua terkejut apabila sebuah kereta kebal tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah apartmen kami ketika tengah malam mengakibatkan tiga anak saya tertimbus.
“Kami terpaksa menjerit meminta bantuan untuk menarik mereka keluar dari bawah runtuhan,” katanya.
Menurutnya, tiga mangsa itu dibawa ke hospital namun semuanya sudah tidak bernyawa.
“Anak-anak saya semuanya baik-baik belaka. Mohammad membantu saya sebagai tukang kayu dan Ahmed seorang yang baik hati,” katanya.
Dia juga marah dengan kejadian itu.
“Memang kami membantu Hamas. Memang tiga anak saya mati dan saya boleh beri tiga lagi kepada Hamas untuk berjuang demi melihat bumi Palestin merdeka,” katanya.
Tragedi itu bukanlah kisah baru dalam kalangan keluarga di Palestin menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kanak-kanak merangkumi satu perlima daripada ratusan warga Palestin yang terbunuh sejak 12 hari serangan paling dahsyat Israel di Semenanjung Gaza, di mana 1.7 juta penduduknya berusia di bawah 18 tahun.
Tentera Israel mendakwa mencuba sedaya-upaya mengelak membunuh orang awam dan menggesa penduduk meninggalkan kawasan yang bakal diserang atau dikenal pasti sebagai lokasi Hamas.
Sebaliknya ia menuduh pejuang Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai dengan menembak roket dari kawasan yang ramai penduduk.
Malangnya, penduduk di Gaza sememangnya tiada tempat selamat untuk dituju sekalipun mereka ingin berpindah.
“Sudah pasti orang awam dan kanak-kanak akan terbunuh jika struktur serta bangunan awam terus dibedil seperti ini,” kata Bill Van Esveld, penyelidik Human Rights Watch.
Jurucakap kesihatan Palestin Ashraf al-Kidra mendakwa seramai 71 daripada mereka yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 8 Julai lalu dikenal pasti berusia bawah 18 tahun.
Daripada jumlah itu, 48 di bawah usia 13 tahun. Ramai kanak-kanak mati di dalam rumah mereka sendiri.
Awal Jumaat lalu, seorang bayi berusia lima bulan mati terkena serpihan peluru berpandu yang mengenai pekarangan rumahnya di Rafah.
Sehari sebelum itu, dua beradik dan sepupu mereka terbunuh juga akibat serpihan peluru berpandu ketika memberi burung merpati makan di bumbung rumah mereka.
Lebih malang lagi, kejadian Rabu lalu apabila empat sepupu berusia antara 9 hingga 11 tahun mati ketika bermain di pantai berhampiran pelabuhan di Gaza City.
Kejadian itu menimbulkan reaksi masyarakat dunia apabila mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dilakukan Israel, malah Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon menggesa Israel melakukan sesuatu untuk menghentikan pembunuhan orang awam. - AP
Wanita Gaza berhati mulia
Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
Gaza: Mulia dan berjiwa besar. Itulah gelaran yang layak dan patut diberi kepada seluruh wanita di Gaza tidak kira yang masih bujang mahupun bergelar ibu.
Kenyataan ini bukan sengaja dilakukan, sebaliknya kekaguman saya sejak berada di bumi yang juga sebahagian tanah Syam lebih setahun lalu tidak pernah berhenti terhadap wanita di sini.
Mana tidaknya, selain menjaga adab dan tatasusila dalam pergaulan, wanita Gaza sebenarnya tulang belakang kepada pejuang Palestin.
Tanpa sokongan wanita, mana mungkin pejuang Palestin termasuk tentera al-Qassam mampu tenang ketika berperang dengan Zionis tanpa memikirkan anak dan isteri mereka di rumah. Di kesempatan ini, saya kongsikan kenapa wanita di Gaza dianggap berjiwa besar dan mulia.
Tanpa sokongan wanita, mana mungkin pejuang Palestin termasuk tentera al-Qassam mampu tenang ketika berperang dengan Zionis tanpa memikirkan anak dan isteri mereka di rumah. Di kesempatan ini, saya kongsikan kenapa wanita di Gaza dianggap berjiwa besar dan mulia.
PENULIS bersama kanak-kanak Gaza di bangunan yang hancur dibedil tentera Zionis.
Pertamanya, saya ceritakan betapa besarnya jiwa gadis Gaza, mereka sanggup berkahwin dengan pejuang Palestin yang cacat akibat pertempuran dengan tentera Zionis.
Angka korban Gaza meningkat 307 orang
BANDAR GAZA - Serangan udara terbaharu yang dilancarkan ke atas Gaza oleh tentera Israel telah menyebabkan 11 orang awam terkorban semalam.
Ekoran kematian terbaharu itu, bilangan penduduk Palestin yang terkorban akibat kempen ketenteraan Israel itu kini mencecah 307 orang.
Serangan Israel ke atas wilayah Palestin memasuki hari yang ke-12 semalam.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bagaimanapun menyokong tindakan Israel itu untuk mempertahankan diri dari serangan roket para pejuang Gaza.
Namun, beliau menggesa serangan itu dikurangkan bagi mengelakkan peningkatan jumlah kematian orang awam.
Dalam satu serangan udara di luar sebuah masjid di selatan Khan Yunis, tujuh orang awam dilaporkan terkorban termasuk seorang wanita kelmarin, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Israel dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya kini dalam operasi untuk memusnahkan terowong yang digunakan para pejuang Hamas merentasi sempadan selatan Israel.
Dalam pada itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kini berusaha untuk mendapatkan persetujuan mengenai gencatan senjata di Mesir dan Turki.
Beliau juga mendesak Perancis memberikan tekanan kepada kedua-dua buah negara itu untuk menerima gencatan senjata.
Dua orang warga Israel terbunuh dalam serangan roket para pejuang Palestin.
Kira-kira 2,250 penduduk Palestin dan sejumlah warga Israel mengalami kecederaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berlepas ke Asia Barat semalam untuk menamatkan kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz37y2ClKuu
Hakcipta terpelihara
Angka korban 337 orang
GAZA CITY 19 Julai - Hanya sehari selepas tentera Israel melancarkan serangan darat secara besar-besaran di Genting Gaza, seramai 77 orang dilaporkan terbunuh di seluruh wilayah itu, sekali gus meningkatkan jumlah korban kepada 337 orang hari ini.
Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh sepanjang 12 hari konflik itu merupakan wanita dan kanak-kanak, manakala 2,385 penduduk lagi cedera akibat terkena bedilan tentera udara, darat dan laut Israel.
Ashraf berkata, serangan Israel hari ini sahaja meragut sebanyak 29 nyawa termasuk seorang wanita yang maut dibedil tentera Zionis ketika berada di luar sebuah masjid di bandar Khan Younis, selatan Gaza.
"Bedilan Israel di Beit Hanun mengorbankan lima sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berumur enam dan dua tahun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_04/Angka-korban-337-orang#ixzz37xzf7vf4
© Utusan Melayu (M) Bhd
palestin
قبلة اخيرة .في وداع اخير .يسطر قصة الوجع الاكبر.
والأطفال لا يموتون هم ينامون فقط, يستفيقون من نومهم على غيمة ..
يأكلون منها ويلعبون عليها ويخلقون الفوضى الجميلة في السماء, لذلك كلما نام طفل تحركت الغيوم بسرعة لأن عليها أطفالا يلعبون!
al- hospital Shifa di Bandar Gaza, pada 20 Julai, 2014 Israel meningkatkan serangan tanahnya di Gaza dengan meriam, kereta kebal dan bot-bot tentera pada hari Jumaat dan mengisytiharkan ia boleh "ketara memperluaskan" operasi pegawai-pegawai Palestin berkata telah membunuh nombor yang pernah lebih besar daripada orang awam. Bot-bot tentera Israel menerangi langit dengan api mereka sebelum subuh manakala helikopter ditembak ke Gaza itu.
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah
والأطفال لا يموتون هم ينامون فقط, يستفيقون من نومهم على غيمة ..
يأكلون منها ويلعبون عليها ويخلقون الفوضى الجميلة في السماء, لذلك كلما نام طفل تحركت الغيوم بسرعة لأن عليها أطفالا يلعبون!
al- hospital Shifa di Bandar Gaza, pada 20 Julai, 2014 Israel meningkatkan serangan tanahnya di Gaza dengan meriam, kereta kebal dan bot-bot tentera pada hari Jumaat dan mengisytiharkan ia boleh "ketara memperluaskan" operasi pegawai-pegawai Palestin berkata telah membunuh nombor yang pernah lebih besar daripada orang awam. Bot-bot tentera Israel menerangi langit dengan api mereka sebelum subuh manakala helikopter ditembak ke Gaza itu.
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah
palestin
"Approximately 5,000 protesters brought the roads around the BBC’s London headquarters to a standstill on 15 July, forcing the news organization to confront its one-sided coverage of Israel’s current assault on Gaza. As the protesters shouted “BBC, shame on you,” Hugh Lanning, Chair of Palestine Solidarity Campaign (PSC), handed in a letter to the BBC’s Director General, Tony Hall. The letter calls on the BBC to reflect the reality of Gaza’s occupation and siege in its reporting. The open letter had been signed by 45,000 people in under a week. Signatories include scholar Noam Chomsky, filmmaker John Pilger, film director Ken Loach, musician Brian Eno, journalist Owen Jones and comedian and filmmaker Jeremy Hardy."
Read more here:
http:// electronicintifada.net/ blogs/amena-saleem/ protesters-force-bbc-confro nt-its-pro-israel-bias
Read more here:
http://
Subscribe to:
Posts (Atom)