Sunday, 20 July 2014

Obama sokong keganasan rejim Zionis


Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam menyuarakan sokongan terhadap keganasan Israel di Palestin atas alasan untuk ‘mempertahankan diri.’

Bercakap kepada wartawan di Washington semalam sebelum dia bersama keluarganya menghabiskan cuti hujung minggu di Kem David, Obama berkata, Washington bagaimanapun berharap rejim Israel itu mencari jalan melancarkan keganasan tanpa membabitkan kematian ramai orang awam.


Setakat ini, lebih 300 penduduk Palestin terbunuh, sejumlah besarnya terdiri daripada orang awam, termasuk ramai kanak-kanak dan wanita.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Turki untuk memujuk Ankara menggunakan pengaruhnya bagi mendesak Hamas menerima gencatan senjata tajaan Mesir.


Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berkata, Mesir, khususnya Presiden baru negara berkenaan, Abdel Fattah al-Sisi, tidak layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai kerana dia juga adalah ‘pengganas’ yang membunuh ramai aktivis Islam Mesir. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment