Sunday, 20 July 2014

Tiga anak terbujur


Katanya, Mohammed, 16, Walaa, 14, dan Ahmed, 11 ditemui di bawah runtuhan bumbung rumah mereka.
Abu Musallam berkata, dia sekeluarga memutuskan terus tinggal di Beit Lahiya bersama isteri dan tujuh anaknya walaupun kawasan perumahan mereka mengalami serangan bertubi-tubi.

“Anak-anak akhirnya masuk tidur dan anak sulung, Mohammed bersama dua adiknya tidur dalam satu bilik.
Foto
TIGA beradik mati di tempat tidur selepas rumah mereka dibedil tentera Israel.

“Namun kami semua terkejut apabila sebuah kereta kebal tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah apartmen kami ketika tengah malam mengakibatkan tiga anak saya tertimbus.

“Kami terpaksa menjerit meminta bantuan untuk menarik mereka keluar dari bawah runtuhan,” katanya.

Menurutnya, tiga mangsa itu dibawa ke hospital namun semuanya sudah tidak bernyawa.

“Anak-anak saya semuanya baik-baik belaka. Mohammad membantu saya sebagai tukang kayu dan Ahmed seorang yang baik hati,” katanya.

Dia juga marah dengan kejadian itu.

“Memang kami membantu Hamas. Memang tiga anak saya mati dan saya boleh beri tiga lagi kepada Hamas untuk berjuang demi melihat bumi Palestin merdeka,” katanya.

Tragedi itu bukanlah kisah baru dalam kalangan keluarga di Palestin menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kanak-kanak merangkumi satu perlima daripada ratusan warga Palestin yang terbunuh sejak 12 hari serangan paling dahsyat Israel di Semenanjung Gaza, di mana 1.7 juta penduduknya berusia di bawah 18 tahun.

Tentera Israel mendakwa mencuba sedaya-upaya mengelak membunuh orang awam dan menggesa penduduk meninggalkan kawasan yang bakal diserang atau dikenal pasti sebagai lokasi Hamas.

Sebaliknya ia menuduh pejuang Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai dengan menembak roket dari kawasan yang ramai penduduk.

Malangnya, penduduk di Gaza sememangnya tiada tempat selamat untuk dituju sekalipun mereka ingin berpindah.

“Sudah pasti orang awam dan kanak-kanak akan terbunuh jika struktur serta bangunan awam terus dibedil seperti ini,” kata Bill Van Esveld, penyelidik Human Rights Watch.

Jurucakap kesihatan Palestin Ashraf al-Kidra mendakwa seramai 71 daripada mereka yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 8 Julai lalu dikenal pasti berusia bawah 18 tahun.

Daripada jumlah itu, 48 di bawah usia 13 tahun. Ramai kanak-kanak mati di dalam rumah mereka sendiri.

Awal Jumaat lalu, seorang bayi berusia lima bulan mati terkena serpihan peluru berpandu yang mengenai pekarangan rumahnya di Rafah. 

Sehari sebelum itu, dua beradik dan sepupu mereka terbunuh juga akibat serpihan peluru berpandu ketika memberi burung merpati makan di bumbung rumah mereka.

Lebih malang lagi, kejadian Rabu lalu apabila empat sepupu berusia antara 9 hingga 11 tahun mati ketika bermain di pantai berhampiran pelabuhan di Gaza City.

Kejadian itu menimbulkan reaksi masyarakat dunia apabila mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dilakukan Israel, malah Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon menggesa Israel melakukan sesuatu untuk menghentikan pembunuhan orang awam. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment