Sunday 20 July 2014

Rebah depan masjid


Gaza City: Tiga sekeluarga antara yang terbunuh manakala seorang kanak-kanak berusia enam tahun juga menjadi mangsa dalam serangan hari ke-12 tentera Israel di Gaza menjadikan jumlah kematian kini 323 orang.

Tiga anggota keluarga keluarga Zuweidi itu terbunuh di Beit Hanun manakala seorang lagi wanita berusia 25 tahun terbunuh di Deir al-Balah petang semalam.
Terdahulu, seorang kanak-kanak dan dua lelaki turut terbunuh dalam serangan berasingan.

Kematian mereka dilaporkan selepas lima mayat ditemui di sebuah rumah yang musnah dalam serangan udara terbaru di Khan Yunis.


Seorang lelaki yang parah dalam satu serangan sebelum itu juga dilaporkan mati akibat kecederaannya, kata jurucakap pasukan perkhdimatan kecemasan Ashraf al-Qudra.




Ashraf berkata, di Khan Yunis juga, mayat seorang lagi lelaki ditemui dalam runtuhan sebuah bangunan manakala seorang lagi lelaki maut akibat kecederaan yang dialaminya Jumaat lalu dalam kejadian berasingan.

Terdahulu, tujuh orang mati termasuk tiga sekeluarga dibedil di luar sebuah masjid di bandar Khan Yunis, manakala tiga lagi terbunuh tidak lama selepas itu dalam tiga serangan yang berasingan di Beit Hanun, Deir al-Balah dan Khan Yunis.

Sementara itu, juga di Khan Yunis, satu lagi serangan yang membedil sebuah rumah mengakibatkan kematian seorang lelaki, dikenal pasti sebagai Raed al-Lagan, 28.

Kejadian terbaru berkenaan membawa jumlah keseluruhan kematian akibat serangan tentera rejim Zionis kepada 323 orang yang kebanyakan mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. Selain itu, seramai 2,283 cedera.

Operasi dikenali sebagai ‘Operation Protective Edge’ itu adalah konflik paling dahsyat di kawasan berkenaan sejak 2009.

Israel melancarkan serangan lewat Khamis lalu apabila memulakan operasi baru dalam operasi berkenaan yang didakwanya menyasarkan untuk menghapuskan terowong-terowong digunakan Hamas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment