• Ribuan penduduk Palestin terpaksa solat Jumaat di luar kawasan Al-Aqsa selepas tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.Ribuan penduduk Palestin terpaksa solat Jumaat di luar kawasan Al-Aqsa selepas tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
BAITULMAQDIS - Israel berterusan cuba untuk mencemari kesucian masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama orang Islam.

Menurut Press TV, kelmarin, satu lagi pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan rejim Zionis dan penduduk Palestin menjelang solat Jumaat.

Kira-kira 100 anggota polis Israel bertindak biadab menyerbu Al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Menurut saksi, mereka turut menggunakan bom tangan pegun dan melepaskan tembakan peluru getah ke arah penduduk Palestin.

Difahamkan, lebih 40 orang termasuk Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani cedera dalam kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah mengetatkan lagi kawalan keselamatan di pusat pemeriksaan Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur selepas Israel memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan pada 8 Julai lalu.

Di bawah langkah baharu tersebut, golongan lelaki di bawah umur 50 tahun dan golongan wanita berumur 40 tahun ke bawah dilarang untuk memasuki Al-Aqsa.