Beliau berkata, Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu.
Menurutnya, tiga prinsip itu adalah tempoh tanpa keganasan; semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai itu; dan semua pihak di selatan Thailand perlu bersetuju kepada satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.
“Berdasarkan tiga prinsip itu, Malaysia akan meneruskan (proses damai) dan kerajaan Thailand juga menyatakan secara mutlaknya bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang ia mahu jalinkan kerjasama bagi proses damai itu,” kata beliau.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana di sini. - BERNAMA