Wednesday 15 May 2013

Peristiwa Nakba dikenang oleh warga Palestin pada setiap 15 Mei iaitu tarikh pembentukan negara haram Israel

SEORANG kanak-kanak Palestin menunjukkan kunci kadbod pada perhimpunan sempena peristiwa 'Nakba' di Lebanon, kelmarin. Peristiwa Nakba dikenang oleh warga Palestin pada setiap 15 Mei iaitu tarikh pembentukan negara haram Israel. Sekurang-kurangnya 700,000 rakyat Palestin dihalau dari tanah air mereka 65 tahun lalu. FOTO EPA

Memperingati Hari Nakbah | 15 Mei 1948




65 tahun yang lalu lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda, ladang pertanian dan perniagaan mereka.

Pengganas Israel telah menghalau rakyat Palestin keluar dari tempat tinggal mereka dan pendatang-pendatang Yahudi diarak masuk terus ke rumah-rumah milik rakyat Palestin.

65 tahun telah berlalu, sehingga ke saat ini rakyat Palestin tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama memperkasa Ummah dan membebaskan Al-Aqsa.

Sesungguhnya kemenangan semakin hampir. Kita pasti akan bersujud di dalam Masjidil Aqsa secara mulia kelak!


~LCNK~
 

Pelampau Yahudi lakukan vandalisme




RAMALLAH 14 Mei - Sekumpulan lelaki dipercayai pelampau Yahudi, bertindak memusnahkan kubur-kubur dan harta benda milik penduduk Palestin di sebuah perkampungan di Tebing Barat, semalam.

Pegawai Palestin yang bertanggungjawab ke atas kawasan utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas memberitahu AFP, kumpulan lelaki itu memasuki perkampungan al-Sawiya di selatan Nablus awal pagi semalam.

"Pendatang haram Yahudi itu datang ke al-Sawiya dan memancitkan tayar tiga buah jentolak serta menulis perkataan 'membalas dendam' dalam tulisan Hebrew di batu nisan kubur-kubur penduduk Palestin," kata Ghassan.

Perkampungan itu terletak di antara penempatan haram Yahudi di Rahelim dan Eli.

Jurucakap polis Israel, Luba Samri dalam satu kenyataan berkata, grafiti itu termasuklah perkataan 'Eviatar' dan simbol 'tanda harga'.

Eviatar Borovsky ialah seorang lelaki Israel yang tinggal di penempatan haram Yitzhar yang ditikam sehingga mati oleh seorang penduduk Palestin pada 30 April lalu, manakala simbol tanda harga itu pula sebagai tanda benci penduduk Israel terhadap rakyat Palestin.

Ekoran pembunuhan Borovsky, penduduk penempatan haram Yahudi bertindak membalas dendam dengan membaling kereta milik penduduk Palestin di utara Tebing Barat, termasuk bas sekolah yang membawa kanak-kanak.

Sejak beberapa hari lalu, kumpulan pelampau Israel itu turut memecahkan tingkap masjid serta membakar ladang milik penduduk Palestin termasuk di kampung al-Tiwana, Hebron. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130515/lu_06/Pelampau-Yahudi-lakukan-vandalisme#ixzz2TJuacIIb
© Utusan Melayu (M) Bhd