Israel jadikan tahanan alat tawaran
Kanak-kanak antara yang dijadikan tawaran untuk rundingan.
GAZA - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Palestin merasa sangsi dengan tawaran Israel untuk membebaskan tahanan Palestin.

Menurut laporan pertubuhan itu,  sehingga ke hari ini isu tahanan masih menjadi bahan tawar-menawar yang digunakan rejim Zionis untuk berunding dengan Pihak Berkuasa Palestin mengenai penempatan haram penduduk
Yahudi.

Sementara itu, jurucakap pusat kajian tahanan Palestin melaporkan, masalah pembebasan tahanan sudah diusulkan dalam pelbagai perbincangan tetapi tiada maklum balas.
"Israel menggunakan isu itu sebagai usaha mengaburi mata pemimpin dunia terutama Amerika Syarikat dan sekutunya.