Saturday, 15 November 2014
Bendera Palestin sepanjang 100 meter diarak bagi peringati kematian Arafat
Semua boleh solat
Agensi
Baitulmaqdis: Lelaki semua peringkat usia semalam dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, buat kali pertama sejak beberapa bulan.
“Tidak ada had usia untuk memasuki Temple Mount. Kami berharap ketenteraman akan wujud hari ini,” kata jurucakap polis rejim itu, Mickey Rosenfeld kepada wartawan, merujuk kepada bahasa Yahudi bagi kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa.
Kekacauan meletus sejak beberapa bulan lalu di kawasan berkenaan kerana tindakan Israel membenarkan pelampau Yahudi memasuki pekarangan itu, kononnya untuk beribadah dan melarang lelaki Palestin bawah usia 50 tahun untuk menunaikan solat di masjid itu.
Bagaimanapun, rejim itu menambah bilangan anggota polis di sekitar bandar berkenaan semalam dengan alasan untuk menghalang kejadian buruk di dalam dan sekitar pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Rosenfeld mengaitkan keputusan menarik balik had umur berkenaan dengan rundingan di Jordan kelmarin selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berkata, langkah dipersetujui antara Raja Abdullah dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk mengurangkan ketegangan di sekitar masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.
Jordan yang mempunyai hak penjagaan terhadap pekarangan Baitulmaqdis, dan Israel juga bersetuju untuk mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan penduduk Palestin.
Penduduk Palestin sebelum ini berang dengan kempen pelampau kanan Israel yang menuntut hak untuk beribadah di Al-Aqsa dan melihatnya sebagai usaha Zionis untuk menguasai masjid itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9166#sthash.43ZpTRAQ.dpuf
Israel, Palestin setuju redakan ketegangan di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa di sini, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin selepas satu rundingan di ibu kota Jordan, Amman.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu berhubung pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut didakwa bangsa Yahudi sebagai menempatkan rumah ibadat Nabi Sulaiman.
Pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan berlaku kebangkitan atau intifadah baharu di sini.
Pada rundingan tersebut, semua pihak bersetuju untuk “melaksanakan tindakan spesifik dan praktikal bagi mengembalikan ketenteraman,” kata Kerry tanpa mengulas lanjut.
“Pada hari ini (kelmarin), kami berusaha untuk memadamkan api ketegangan supaya ia tidak marak hingga di luar kawalan,” tambah Kerry sambil diringi Menteri Luar Jordan, Naser Judeh.
Jordan memiliki hak ke atas pekarangan masjid al-Aqsa.
Kerry berkata demikian selepas pertemuan hampir tiga jam dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Terdahulu, Setiausaha AS itu mengadakan satu pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Situasi tegang di sekitar Masjid al-Aqsa itu berlaku berikutan puak pelampau di Israel mencabar larangan orang Yahudi untuk beribadat di tempat suci itu. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak beberapa dekad lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Naser memberitahu bahawa Jordan tidak akan menghantar kembali dutanya yang dipanggil pulan pada minggu lalu ke Israel selagi tidak melihat Tel Avib mengambil tindakan konkrit bagi meredakan ketegangan di sekitar masjid al-Aqsa.
– Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3J5hJxEoq
Hakcipta terpelihara
Larangan had umur ke al-Aqsa ditarik
15 November 2014 1:09 AM
Sebahagian penduduk Palestin membersihkan bahagian dalam Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur selepas satu pertempuran tercetus dengan peneroka haram Yahudi pada 5 November lalu. – AFP
BAITULMAQDIS 14 Nov. – Israel semalam menarik semula sekatan had umur dari memasuki Masjid al-Aqsa yang dikenakan ke atas penduduk Palestin ekoran kebimbangan tercetus semula kebangkitan dalam rangka menentang penindasan dan penjajahan rejim Zionis.
Kaum lelaki Palestin dari segenap usia kini dibenarkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali sejak beberapa bulan sebelum ini, kata seorang jurucakap polis.
Sebelum ini, Israel menetapkan lelaki di bawah umur 50 tahun dan golongan bukan Islam dilarang memasuki laluan ke Masjid al-Aqsa.
“Tiada had umur untuk memasuki kawasan masjid, kami harap keadaan akan menjadi tenang dan tenteram hari ini,” kata jurucakap itu, Mickey Rosenfeld kepada AFP.
Tambahnya, pasukan polis tambahan telah dikerahkan ke Baitumaqdis pagi ini bagi menghalang apa sahaja kejadian tidak diingini di dalam dan sekitar kawasan Bandar Lama.
Rosenfeld mengaitkan keputusan untuk menarik semula sekatan umur bagi meneruskan rundingan di Jordan semalam selepas Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry berkata, beberapa langkah telah dipersetuju di antara Raja Abdullah II dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mengurangkan sekatan di kawasan masjid berkenaan.
“Beberapa pendekatan tegas diambil untuk mengekalkan keadaan status quo kawasan suci di antara Yahudi dan Islam itu di Baitulmaqdis Timur,” kata Kerry dalam satu sidang media bersama Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh.
Subscribe to:
Posts (Atom)