Saturday, 15 November 2014

Israel, Palestin setuju redakan ketegangan di Baitulmuqaddis


AFP - BEBERAPA lelaki Palestin bersedia untuk membaling batu kearah pasukan keselamatan Israel dalam pertempuran di Baitulmuqaddis Timur pada 7 November lalu.


BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa di sini, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kelmarin selepas satu rundingan di ibu kota Jordan, Amman.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu berhubung pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut didakwa bangsa Yahudi sebagai menempatkan rumah ibadat Nabi Sulaiman.
Pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan berlaku kebangkitan atau intifadah baharu di sini.
Pada rundingan tersebut, semua pihak bersetuju untuk “melaksanakan tindakan spesifik dan praktikal bagi mengembalikan ketenteraman,” kata Kerry tanpa mengulas lanjut.
“Pada hari ini (kelmarin), kami berusaha untuk memadamkan api ketegangan supaya ia tidak marak hingga di luar kawalan,” tambah Kerry sambil diringi Menteri Luar Jordan, Naser Judeh.
Jordan memiliki hak ke atas pekarangan masjid al-Aqsa.
Kerry berkata demikian selepas pertemuan hampir tiga jam dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Terdahulu, Setiausaha AS itu mengadakan satu pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Situasi tegang di sekitar Masjid al-Aqsa itu berlaku berikutan puak pelampau di Israel mencabar larangan orang Yahudi untuk beribadat di tempat suci itu. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak beberapa dekad lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Naser memberitahu bahawa Jordan tidak akan menghantar kembali dutanya yang dipanggil pulan pada minggu lalu ke Israel selagi tidak melihat Tel Avib mengambil tindakan konkrit bagi meredakan ketegangan di sekitar masjid al-Aqsa.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3J5hJxEoq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment