Monday 17 February 2014

Sisi lain Jeneral Abdel Fattah, seorang Yahudi


Abdel Fattah
MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menyuarakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, yang dijadual diadakan pada April ini, sebenarnya adalah berketurunan Yahudi.
Menurut laporan veteranstoday.com, yang dipertik daripada tulisan seorang pensyarah universiti di Amerika Syarikat (AS), Dr. Kevin Barrett, ibu jeneral itu, Malikah Titani merupakan keturunan Yahudi yang berasal dari Asefi, Maghribi.
Keadaan itu, secara automatik menjadikan pemimpin tertinggi tentera Mesir itu seorang warga Israel.
Dr. Barrett berkata, sekiranya warga Mesir mahu memilih seorang Presiden daripada keturunan Yahudi dalam satu pilihan raya yang adil, ia tidak menjadi satu masalah yang besar.
Tapi yang menjadi masalah ialah Abdel Fattah telah menyembunyikan identitinya sebagai seorang berketurunan Yahudi dan hubungannya dengan Israel daripada pengetahuan masyarakat Mesir.
Sebelum ini, sebahagian besar rakyat Mesir mengecam tindakan beliau memusnahkan amalan demokrasi di negara itu yang baharu sahaja subur, dengan memimpin tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi melalui penipuan.
Malah beliau kemudian mengetuai tentera membunuh ramai penduduk Mesir yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengadakan bantahan berikutan penggulingan Mursi.
"Masalah yang lebih besar lagi ialah tindakan Abdel Fattah itu dilihat hampir menyamai tindakan ejen perisikan Israel, Mossad. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang yang ganas malah bersifat diktator.
"Jika Abdel Fattah dipilih sebagai Presiden, Mesir secara tidak langsung akan menjadi salah sebuah wilayah jajahan terbaharu Israel dan wilayah terbesar pernah 'ditakluki' rejim Zionis Israel," kata Dr. Barret.
Sehubungan itu, tidak hairan sekiranya Duta Besar Israel ke Mesir menggelarkan Abdel Fattah sebagai seorang wira bagi semua orang Yahudi dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.
Elie Cohen
Kenyataan itu dapat dilihat di laman web middleeastmonitor.com bertajuk: Israeli ambassador calls Al-Sisi a ''national hero for all Jews".
Wakil kepada Duta Israel di Kaherah itu memberitahu seorang menteri di dalam kerajaan sementara Mesir bahawa orang Israel memandang tinggi terhadap Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sebagai seorang 'wira nasional'.
Menurut Radio Israel, duta tersebut menghubungi Menteri Pertanian Mesir, Ayman Abu-Hadid bagi mengucapkan tahniah kepadanya atas jawatan baharu yang disandangnya.
"Abdel Fattah tidak dianggap sebagai seorang wira oleh rakyat Mesir, namun dia dianggap wira kepada semua orang Yahudi di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan di middleeastmonitor.com.
Dr. Barrett dalam kenyataannya turut mendakwa bapa saudara Abdel Fattah, Uri Sibagh pernah berkhidmat di dalam Liga Pertahanan Israel dari 1948 hingga 1950.
Sibagh turut berpindah ke Israel dan menjadi seorang tokoh dalam parti politik yang diasaskan Ben Gurion, selain berkhidmat sebagai Setiausaha Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981.
Katanya, kakak Sibagh yang merupakan ibu kepada Abdel Fattah telah berhijrah ke Mesir dalam satu misi yang diarahkan agensi perisikan Israel, Mossad.
Misi itu berakhir dengan kejayaan Mossad menggulingkan Presiden Mesir, Mohammed Mursi menggunakan pasukan tentera Mesir pada 3 Julai lalu, sekali gus meletakkan ejennya Abdel Fattah sebagai ketua di Mesir.
Beliau mendakwa Abdel Fattah merupakan seorang ejen perisikan Mossad. Misinya ialah menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan sebuah negara Islam Arab.
Abdel Fattah hari ini merupakan versi Elie Cohen yang merupakan seorang ejen Mossad yang menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan Syria sebelum ini dengan menggunakan nama Kamal Amin Thabet sebelum penyamarannya terdedah dan dia dihukum gantung di khalayak umum, di Damsyik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140217/lu_08/Sisi-lain-Jeneral-Abdel-Fattah-seorang-Yahudi#ixzz2tWUCQVsH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk Palestin berjaya


RAMALLAH 16 Feb. - Seorang penduduk Palestin berjaya mendapatkan semula 31 lot tanah miliknya, yang dirampas rejim Zionis Israel di Tebing Barat selama beberapa tahun, dalam satu pertikaian membabitkan sistem perundangan rejim itu.
Menurut akhbar Saudi Gazette, Pusat Bantuan Guaman dan Hak Asasi Manusia Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya mengembalikan plot tanah Rateeb Na'san dari penempatan al-Moghayer, di timur laut Ramallah, baru-baru ini.
Pusat itu berkata, Jawatankuasa Rayuan Tentera Israel menerima petisyen membantah tindakan tersebut dan mengarahkan kerajaan Israel memulangkan semula tanah itu kepada tuannya.
Sebelum itu, perintah rampasan tanah itu dikeluarkan pada 2011 atas alasan tanah itu kepunyaan Israel.
Pusat itu kemudian menunjukkan dokumen bertarikh 1967 yang membuktikan Rateeb memiliki kawasan tanah itu yang merupakan sumber rezekinya.
Pusat itu menjelaskan bahawa kerajaan Israel tidak boleh merampas tanah daripada penduduk Palestin dan menyerahkannya kepada penduduk Yahudi.
"Ini merupakan tanah kami, kami tidak boleh dihalau dari sini.
"Kami tidak akan melepaskan kawasan penempatan kami dan kehidupan kami di sini," kata Rateeb, menurut kenyataan itu.
Isu penempatan antara Israel dan Palestin melengahkan rundingan damai antara kedua-dua pihak dan menyebabkan kegagalan usaha damai pada 2010 kerana Israel berdegil untuk meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.
Kira-kira 800,000 penduduk Yahudi dan 3.5 juta rakyat Palestin mendiami kedua-dua kawasan itu.
Palestin mahukan kawasan itu menjadi sebahagian daripada negaranya, menyebabkan tercetus ketegangan dan keganasan antara kedua-dua pihak.
Selama beberapa tahun, Israel berusaha membangunkan kawasan di Baitulmaqdis bagi mengukuhkan penguasaannya di Ma'aleh Adumim yang merupakan salah satu kawasan penempatan terbesar Palestin yang menempatkan kediaman 30,000 penduduk Palestin. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140217/lu_09/Penduduk-Palestin-berjaya#ixzz2tWTfYr40
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas tolak penempatan tentera asing


GAZA CITY 16 Feb. - Pergerakan Hamas menolak cadangan penempatan tentera asing di wilayah Palestin pada masa depan, di bawah perjanjian damai dengan Israel.
''Setiap kali mengadakan rundingan, kami sering mendengar ada pihak mengutarakan idea mahu menempatkan tentera asing di kawasan kami (Palestin) ekoran ancaman Israel, ... kami tidak akan menerima cadangan itu,'' kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan, semalam.
Pengurusan keselamatan Palestin sering menjadi tajuk utama dalam rundingan damai yang diadakan dengan Israel, yang mahu mengekalkan kehadiran tenteranya di lembah Jordan yang terletak di timur Tebing Barat.
Palestin acap kali menolak cadangan tersebut, walaupun pernah berkata, mereka akan menerima kehadiran tentera daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera dari negara lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140217/lu_05/Hamas-tolak-penempatan-tentera-asing#ixzz2tWSwDIqb
© Utusan Melayu (M) Bhd