Tuesday, 27 August 2013

Israel serbu kem Palestin

Israel serbu kem PalestinSeorang penduduk Palestin membantah tindakan Israel menceroboh kampungnya di Kfar Qaddum, Tebing Barat. Foto: AFP

TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lebih 20 cedera, semalam selepas tentera Israel menyerbu kem pelarian Qalandiya di Tebing Barat.

Sumber perubatan memberitahu, enam turut cedera parah dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa rejim Zionis itu.

Difahamkan menurut Al-Jazeera, serbuan itu dilakukan kononnya untuk menahan suspek militan, namun keadaan bertukar ganas selepas tentera Israel mula menggunakan tindakan kekerasan ke atas 1,500 penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.

Perdana Menteri Rami Hamdallah turut mengutuk serbuan tersebut.

"Perbuatan jenayah seperti itu jelas menunjukkan penduduk Palestin sememangnya memerlukan perlindungan antarabangsa," katanya.

Insiden sama dilaporkan turut berlaku di kem pelarian Jenin pada minggu lalu.

Sejak awal tahun lalu, keganasan di Tebing Barat akibat tindakan rejim Zionis telah meragut 14 nyawa penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 65 pelampau Yahudi diiringi polis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis untuk berbincang mengenai pembinaan saumaah atau pusat keagamaan dan tempat ibadat orang Yahudi.

Penyelaras Media Yayasan Al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan, Mahmoud Abu Atta memberitahu pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa kini semakin berleluasa dan berlaku hampir setiap hari.

Mahmoud turut memberi amaran tindakan bertujuan mencemari kesucian Al-Aqsa mungkin akan meningkat pada awal bulan depan.

3 dibunuh tentera Israel


Ramallah: Tentera Israel semalam menembak mati tiga warga Palestin dan mencederakan 19 yang lain dalam pertempuran di kem pelarian Qalandiya, Tebing Barat.

Pegawai perubatan Palestin berkata, Rubeen Abed Fares, 30, dan Yunis Jahjouh, 22, ditembak di dada sementara Jihad Aslan, di kepala.


Polis Israel bertindak kejam ketika cuba menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang membantah penangkapan seorang penduduk awal semalam.

Jurucakap tentera rejim Zionis, Luba Samri berkata, anggotanya menyerbu kem pelarian berkenaan untuk menangkap seorang penduduk yang didakwa aktivis pengganas.


“Selepas menangkapnya, kira-kira 1,500 penduduk menunjuk perasaan dengan melontar batu dan bom api,” katanya. Luba turut menafikan tentera Zionis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan.


Keganasan Israel itu dilakukan ketika perunding rejim berkenaan dan Palestin dijadual mengadakan satu lagi rundingan damai yang secara rasminya disambung semula bulan ini selepas tertangguh selama hampir tiga tahun.

Mengulas mengenai keganasan terbaru Israel itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Abu Rudeina berkata: “Apa yang berlaku di Qalandiya hari ini (semalam) menunjukkan niat sebenar Israel untuk tidak mahu rundingan damai disambung semula.


“Pembunuhan ke atas penduduk Palestin yang dilakukan hampir setiap hari dan kegiatan mereka membina penempatan haram Yahudi di bumi Palestin yang mereka jajah adalah mesej Israel yang bertujuan untuk memusnahkan proses damai,” katanya. - Agensi

KEBIADAPAN YAHUDI LAKNATULLAH TERHADAP SAUDARA KITA DI PALESTINA



DARI PALESTINA..salah seorang mangsa iaitu ayah kita ini sedang di beri bantuan kecemasan setelah sesak nafas apabila Tentera Israel menembak gas pemedih mata ketika umat islam sedang bersolat Jumaat di sebuah masjid di Kufr Qaddum pada 22 August 2013 .