Tuesday 24 September 2013

Gaza : Di Ambang Kematian (1)

Artikel | Euromid Observer

Gaza : Di Ambang Kematian (1)

Tekanan Terhadap Gaza Telah Mencapai Tahap Kritikal.

Israel mempunyai sejarah yang panjang berkenaan pengasingan Semenanjung Gaza, di mana Israel telah menjadikan Gaza tertutup (dari dunia luar) semenjak tahun 90-an, tetapi sekatan yang dikenakan pada 2007 adalah satu bentuk hukuman kolektif (tekanan) yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pada September 2007, Israel telah mengisytiharkan Gaza sebagai sebuah ‘entiti musuh’ dan memutuskan: ‘Sekatan tambahan akan dikenakan kepada regim Hamas dalam usaha untuk menyekat laluan pelbagai barang ke Semenanjung Gaza yang mana turut mengurangkan bekalan bahan api dan elektrik. Sekatan juga dikenakan terhadap pergerakan keluar masuk orang ramai ke Semenanjung Gaza’.

Bekas Perdana Menteri Ehud Olmert mengisytiharkan pada tahun 2010: ‘Kami tidak akan membenarkan pembukaan penyeberangan ke dalam dan luar Gaza yang bisa membantu mengembalikan kehidupan normal mereka( penduduk Gaza) sepenuhnya’. Walaupun Israel mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat mereka, langkah-langkah yang ia gunakan mestilah mematuhi undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa.


Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Israel tetap kekal dengan Kuasa Penjajahan walaupun ia telah berundur dari Gaza pada tahun 2005 dan tidak lagi mendudukinya. Israel masih berkuasa mengawal keluar masuk ke Gaza, laluan udara dan laut, begitu juga pendaftaran penduduk, jaringan telekomunikasi, prasarana dan banyak lagi aspek kehidupan harian yang lain. Hal ini melibatkan tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk awam. Dengan penguatuasaan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, Israel sebenarnya telah melanggar larangan mutlak hukuman kolektif dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menghukum keseluruhan penduduk Gaza disebabkan tindakan beberapa individu.


Sekatan tersebut menghalang usaha membangun semula dan membaiki ribuan rumah, sekolah, hospital dan rangkaian air yang rosak semasa serangan tentera Israel pada 2008-2009 dan pada November 2012 yang lalu, mengurangkan lagi sumber ekonomi yang telah jatuh. Lebih daripada separuh jumlah populasi 1.6 juta orang yang terdiri daripada kanak-kanak sedang menderita kemiskinan dan kebergantungan kepada bantuan.


KRISIS GAZA SEMAKIN MERUNCING) APABILA MESIR MENUTUP SEMPADAN DAN TEROWONG

Pelbagai sekatan perdagangan dan laluan keluar masuk orang ramai ke Semenanjung Gaza beserta serangan tetap Israel telah mendorong rakyat Palestin membina terowong daripada Rafah di bahagian Palestin ke Rafah di bahagian Mesir dan juga sebaliknya dalam usaha meneruskan kehidupan di dalam kepungan Israel yang mencengkam. Terowong-terowong di Rafah digunakan untuk membawa masuk bahan-bahan binaan, bahan api dan barang-barang keperluan. Selain daripada cara itu, mereka tidak mungkin berjaya mendapatkan barang keperluan atau dikenakan harga yang tinggi daripada Israel. Namun, penambahan terowong tetap tidak mencukupi untuk memenuhi bekalan yang diperlukan oleh Gaza. Tambahan lagi, kesibukan terowong membawa akibat yang sangat buruk. Ramai pekerja bekerja selama 12jam setiap hari, 6 hari seminggu-atau lebih-dalam ruang yang sempit. Letupan gas, elektrik, lobang dalam terowong dan serangan udara Israel adalah biasa dan menyebabkan peningkatan jumlah kematian pekerja kepada lebih daripada 250 orang sejak 2007.

Akhir-akhir ini, pihak berkuasa Mesir telah mengetatkan kawalan lalu lintas di Rafah, pintu utama Gaza ke dunia luar. Perhubungan Gaza-Mesir menjadi tegang disebabkan sekatan ke atas Gaza dan kempen Mesir pada tahun lepas untuk menutup terowong. Sehingga akhir bulan Julai 2013 ini, tentera Mesir telah memusnahkan kesemua terowong, membawa kepada krisis bekalan bahan api yang sangat teruk, mengancam penutupan hampir 137 stesen minyak yang menjadi pergantungan kebanyakan rakyat palestin dalam wilayah yang dikepung itu.

Loji rawatan sisa kumbahan juga ditutup oleh sebab kekurangan diesel yang mencukupi untuk membolehkan pam berfungsi. Pihak berkuasa berkata, kekurangan ini bermakna bahan kumbahan akan berkumpul dan menyebabkan bencana alam sekitar, dengan pencemaran yang serius sepanjang pantai di Genting Gaza. Kerosakan terowong ini juga menyebabkan terhentinya bekalan bahan binaan dan perubatan.

Pada 24 Julai 2013, wakil keamanan Timur Tengah Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu, Robert Serry telah memberi amaran kepada majlis keselamatan bahawa “Gaza sedang mengalami kekurangan bahan api dan bahan asas binaan yang serius apabila hanya terowong yang menjadi pintu masuk utama ke Gaza, disebabkan sekatan sangat teruk ke atas bahan-bahan import melalui laluan rasmi. Semasa lintasan Israel sahaja yang dibuka dan menguruskan peningkatan bilangan barang-barang pengguna, kami bimbang kesusahan ekonomi dan kondisi kemanusiaan di Gaza yang sudah sedia ada akan bertambah buruk sekiranya pintu masuk ke Gaza melalui laluan yang dibenarkan tidak dibebaskan”.


KERUNTUHAN EKONOMI

10 Fakta Implikasi Sekatan Terhadap Gaza :

· Menurut UNOCHA, pada Julai 2013 57% isi rumah di Gaza tidak selamat, bagaimanapun, sekiranya tindakan semasa Israel dan Mesir diteruskan, 65% isi rumah di Gaza akan menjadi tidak selamat( anggaran WFP pada Jun 2010)

· Pada Ogos 2013, lebih satu pertiga(35.5%) mereka yang mampu dan sanggup bekerja menganggur(PCBS) – satu kadar pengangguran tertinggi di dunia. Pakar ekonomi menjangkakan penutupan terowong yang berterusan akan membawa kepada peningkatan mendadak tahap pengangguran( 43% pada akhir tahun 2013 berbanding 32% pada Jun 2013).


· Penutupan terowong yang berterusan akan membawa kepada 3% penurunan kepada pertumbuhan pada akhir 2013 dibandingkan dengan 15% pada bulan Jun 2013.

· Sektor pembinaan berkurang 15% daripada sebelum menyebbkan lebih 30 000 orang kehilangan peluang pekerjaan semenjak bulan Julai 2013.


· Kekurangan elektrik yang beranjangan, diburukkan lagi dengan kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menyelenggara loji jana kuasa Gaza, menyebabkan gangguan tenaga sehingga 12 jam sehari(UNOCHA, Julai 2013).

· Hanya satu perempat isi rumah menerima air bersih setiap hari, selama beberapa jam sahaja.


· 90 juta liter air kumbahan yang tidak dirawat dan separa rawat dibuang ke laut di pantai Gaza setiap hari membahayakan kesihatan awam.

· Lebih 90% air dikeluarkan daripada akuifer di Gaza adalah tidak selamat untuk kegunaan manusia.


· Lebih 12 000 orang ketika ini menjadi pelarian kerana tidak mampu membina semula rumah-rumah mereka yang musnah semasa peperangan( UNOCHA, Julai 2013)

· Mengalami kerugian ekonomi yang teruk bernilai $460 juta dalam setiap sektor pada akhir 2 bulan yang lalu( kementerian Ekonomi- Gaza).


Artikel Asal : Slow Death | The collective punishment of Gaza
has reached a critical stage