Friday, 14 February 2014

Hak pesakit Gaza disekat

Hak pesakit Gaza disekat
Pihak berkuasa Israel enggan mengeluarkan permit kepada puluhan pesakit kerana logo negara Palestin.
14 Februari 2014
TEL AVIV - ISRAEL. Pihak berkuasa rejim Zionis bertindak menyekat kemasukan 70 pesakit dari Gaza yang mahu mendapatkan rawatan perubatan di Israel.

Tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut dibuat hanya kerana dokumen pemindahan kesemua pesakit terbabit tertera logo negara Palestin.

Difahamkan, logo tersebut yang pada asalnya adalah 'wilayah Palestin' telah ditukar pada pertengahan Disember lalu, setahun selepas negara terbabit diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai kanan di pejabat penyelarasan daerah Gaza memaklumkan bahawa sekatan tersebut berunsur politik kerana ia adalah kejadian pertama sejak dua bulan lalu.

"Keputusan tersebut dipercayai dibuat oleh Cogat, sebuah unit Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab untuk menyelaras hal ehwal dalaman di Palestin.

"Mereka seperti sengaja mahu memberi tekanan kepada rundingan damai antara Israel dan Palestin yang terhenti sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada Al-Arabiya.

Sejak pertengahan Disember lalu, kira-kira 40 hingga 70 pesakit dibenarkan memasuki Israel dan Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan perubatan walaupun dokumen mereka ditanda dengan logo negara Palestin.

‘Buang dulu sekatan di Gaza’


Ankara: Perdana Menteri Turki Rejep Tayep Erdogan mensyaratkan sekatan di Gaza dihentikan, sebelum negaranya menandatangani perjanjian dengan Israel.

Akhbar Haaretz melaporkan Erdogan menyatakan perkara itu di sidang media di Ankara yang turut dihadiri Perdana Menteri Sepanyol Miryano Rechuwi.

Katanya, Turki tidak akan bersetuju melainkan wujud persetujuan bertulis bahawa Israel akan menghentikan sekatan itu.

Turki memaafkan Israel mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara pada 2010 dan kini masih dalam proses merundingkan ganti rugi untuk keluarga mereka yang terkorban.

Laporan media Israel semalam menyebut rundingan ganti rugi berkenaan melihat perkembangan positif apabila Israel bersetuju membayar ganti rugi bagi setiap keluarga korban sebanyak AS$20 juta (RM66.4 juta).



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Pesawat tempur F-16 Israel terbabas terkena serangan tepat roket buatan tangan mujahidin Al-Qassam di Palestine.