Friday, 14 February 2014

‘Buang dulu sekatan di Gaza’


Ankara: Perdana Menteri Turki Rejep Tayep Erdogan mensyaratkan sekatan di Gaza dihentikan, sebelum negaranya menandatangani perjanjian dengan Israel.

Akhbar Haaretz melaporkan Erdogan menyatakan perkara itu di sidang media di Ankara yang turut dihadiri Perdana Menteri Sepanyol Miryano Rechuwi.

Katanya, Turki tidak akan bersetuju melainkan wujud persetujuan bertulis bahawa Israel akan menghentikan sekatan itu.

Turki memaafkan Israel mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara pada 2010 dan kini masih dalam proses merundingkan ganti rugi untuk keluarga mereka yang terkorban.

Laporan media Israel semalam menyebut rundingan ganti rugi berkenaan melihat perkembangan positif apabila Israel bersetuju membayar ganti rugi bagi setiap keluarga korban sebanyak AS$20 juta (RM66.4 juta).



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

No comments:

Post a Comment