Thursday 1 October 2015

Israel sabotaj usaha damai AS, boleh cetus konflik agama - Mahmoud Abbas

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebelum majlis menaikkan bendera Palestin di ibu pejabat PBB di New York, Abbas berkata Pihak Berkuasa Palestin tidak lagi menganggap ia terikat dengan perjanjian yang dimeterai dengan Israel pada pertengahan 1990an.
Mengulangi pendirian Pihak Berkuasa Palestin sejak hampir setengah dekad, Abbas berkata persetujuan demikian tidak akan terpakai selagi Israel menyokong penempatan warganya di Tebing Barat dan enggan membebaskan tahanan Palestin.
"Anda semua sedar bahawa Israel menjejaskan usaha yang dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama sejak beberapa tahun lalu, terbaru usaha Setiausaha Negara, John Kerry bagi mencapai perjanjian damai menerusi rundingan," kata Abbas pada persidangan 193 negara anggota itu.
Ketegangan antara Israel dan Palestin semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu ketika negara Arab dan Palestin mendakwa pasukan keselamatan Israel mencemari Masjid Al-Aqsa.
Abbas berkata, tindakan Israel menggunakan kekerasan di masjid itu boleh "menukar konflik politik itu kepada konflik agama".
Biarpun Palestin bukan negara anggota PBB, Perhimpunan Agung menerima resolusi Palestin dan membenarkan negara pemerhati menaikkan bendera mereka. Palestin dan Vatican adalah negara pemerhati bukan anggota.
BENDERA Palestin kali pertama dikibarkan di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini. - Foto EPA
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas. - Foto AP

Israel serang Gaza


Gaza City: Israel semalam melancarkan serangan udara menyasarkan wilayah Palestin ini.

Serangan itu kononnya sebagai tindak balas selepas sebuah roket ditembak dari wilayah itu, tetapi berjaya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome - Israel.


Tidak ada laporan mengenai kemalangan jiwa daripada kedua-dua pihak.

Saksi dan sumber keselamatan Palestin berkata, serangan Israel itu menyasarkan empat kem latihan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam.

Bagaimanapun, keempat-empat kem latihan itu kosong ketika kejadian.

Tiga kem itu terletak di Gaza City sementara yang keempat di utara wilayah berkenaan.

Tentera rejim Zionis mendakwa, roket berkenaan ditembak ke arah bandar Ashdod di selatan Israel. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:28 AM

SEORANG lelaki Palestin menunjukkan kerosakan di sebuah pusat pemeriksaan polis Hamas di Gaza selepas serangan udara rejim Zionis, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81445#sthash.MPb01B8x.dpuf

Lagi pertempuran di al-Aqsa


Lagi pertempuran di al-Aqsa

1 OKTOBER 2015
Lagi pertempuran di al-Aqsa Lebih 11,000 kanak-kanak terkorban dalam krisis yang tercetus di Syria.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Puluhan cedera selepas kira-kira 60 pelampau Yahudi melakukan tindakan provokasi dengan menyerbu Masjid al-Aqsa dalam kejadian pencerobohan terbaharu di Baitulmaqdis, kelmarin.

Saksi mendakwa insiden itu berlaku selepas tentera rejim Zionis bertindak menangkap mana-mana wanita yang berjaya memasuki pekarangan masjid ketiga suci bagi umat Islam tersebut.

Pertempuran tercetus selepas pihak berkuasa Israel melepaskan tembakan, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah sekumpulan pemuda.

"Kumpulan pelampau Yahudi tersebut turut menyembur penyembur lada ke arah kumpulan aktivis," menurut satu laporan.

Difahamkan, ketegangan meningkat selepas Tel Aviv melarang lelaki di bawah usia 50 tahun daripada memasuki kawasan al-Aqsa sejak beberapa hari lalu selepas pertempuran ganas tercetus pada bulan lalu.

Dalam insiden berasingan, puluhan pemuda Palestin mengadakan protes sebagai membantah pencabulan berterusan dilakukan Israel.

Demonstrasi itu turut berarak menuju ke 300 pusat pemeriksaan di utara Baitulaham, namun mereka disuraikan dengan gas pemedih mata.

Difahamkan, tunjuk perasaan itu juga disertai penuntut universiti yang mendesak Tel Aviv supaya menghentikan pencerobohan dan pencabulan hak asasi penduduk Palestin. - PNN

Bendera Palestin akan dikibar di ibu pejabat PBB


PENUNJUK perasaan Palestin mengibarkan bendera negara mereka dekat kampung Wadi Fukin, Tebing Barat pada 26 September 2014.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Bendera Palestin dijadualkan dikibar buat kali pertama di ibu pejabat PBB semalam dalam perkembangan yang disifatkan oleh Presiden Mahmoud Abbas sebagai sinar harapan ke arah mencapai negara Palestin merdeka.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Mahmoud akan menghadiri majlis menaikkan bendera Palestin yang berlangsung selama 15 minit pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) sejurus selepas pemimpin Palestin itu berucap di Perhimpunan Agung.
Beratus-ratus pemimpin dunia telah diundang, tetapi seorang pegawai kedutaan Pa­lestin ke PBB berkata, beliau hanya dapat mengesahkan bahawa sebila­ngan besar pemimpin dunia akan menyertai majlis bersejarah itu.
Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu mengundi untuk membenarkan bendera Palestin dan Vatican berkibar di ibu pejabat badan dunia itu bersama-sama bendera negara anggotanya.
Resolusi mengenainya diso­kong 119 negara dengan 45 berkecuali, manakala lapan negara menentang termasuk Australia, Israel dan AS.
Menurut akhbar Huffington Post, Mahmoud menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil peluang daripada majlis itu untuk menyediakan pelan jelas bagi menamatkan penjajahan Israel, di Palestin.
“Masanya sudah tiba untuk mencapai negara Palestin merdeka dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel secara aman,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3nGnX08vS 
Hakcipta terpelihara