Thursday 1 October 2015

Israel sabotaj usaha damai AS, boleh cetus konflik agama - Mahmoud Abbas

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebelum majlis menaikkan bendera Palestin di ibu pejabat PBB di New York, Abbas berkata Pihak Berkuasa Palestin tidak lagi menganggap ia terikat dengan perjanjian yang dimeterai dengan Israel pada pertengahan 1990an.
Mengulangi pendirian Pihak Berkuasa Palestin sejak hampir setengah dekad, Abbas berkata persetujuan demikian tidak akan terpakai selagi Israel menyokong penempatan warganya di Tebing Barat dan enggan membebaskan tahanan Palestin.
"Anda semua sedar bahawa Israel menjejaskan usaha yang dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama sejak beberapa tahun lalu, terbaru usaha Setiausaha Negara, John Kerry bagi mencapai perjanjian damai menerusi rundingan," kata Abbas pada persidangan 193 negara anggota itu.
Ketegangan antara Israel dan Palestin semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu ketika negara Arab dan Palestin mendakwa pasukan keselamatan Israel mencemari Masjid Al-Aqsa.
Abbas berkata, tindakan Israel menggunakan kekerasan di masjid itu boleh "menukar konflik politik itu kepada konflik agama".
Biarpun Palestin bukan negara anggota PBB, Perhimpunan Agung menerima resolusi Palestin dan membenarkan negara pemerhati menaikkan bendera mereka. Palestin dan Vatican adalah negara pemerhati bukan anggota.
BENDERA Palestin kali pertama dikibarkan di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini. - Foto EPA
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas. - Foto AP

No comments:

Post a Comment