Saturday 22 February 2014

palestin

Rejim Zionis culik tiga rakyat Palestin pada malam semalam dan awal pagi tadi (Isnin 17-2-2014 )


Jumaat, 21-02-2014 -Angkatan Bersenjata Israel (IOF) meneruskan kegiatan penangkapan harian mereka pada malam semalam dan Ahad pagi lepas di beberapa kawasan di Tebing Barat dan menculik tiga orang rakyat Palestin.
Sumber keselamatan Palestin di bandar Al-Khalil memberitahu Quds Press bahawa IOF telah menculik seorang pemuda yang dikenalpasti sebagai Saeed Al-Aweiwi di satu titik pemeriksaan dekat bandar Bani Na’im dan menculik seorang lagi yang bernama Saddam Abu Sunaina di kawasan Tel Armideh.
Quds Press juga dimaklumkan oleh satu sumber tempatan yang lain di Bandar Beit Ummar, Al-Khalil yang tentera Israel telah memukul teruk seorang pemuda yang dikenalpasti sebagai Ahmed Abu Ayyash malam semalam dan telah membawa pemuda tersebut ke satu pusat interogasi di kawasan penempatan Kiryat Arba yang berdekatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Kepungan jejas ekonomi di Gaza


22 Februari 2014


GENTING GAZA - TEBING BARAT. Semenanjung Gaza dilaporkan sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan kemanusiaan akibat daripada sekatan Israel dan Mesir ke atas terowong rahsia di sempadan wilayah tersebut.

Menurut laporan terbaru Biro Pusat Statistik Palestin, kadar pengangguran di Genting Gaza telah meningkat kepada 38 peratus pada akhir tahun lalu berbanding 32 peratus pada suku ketiga 2013.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Hamas, Zeyad al-Zaza berkata, gerakan penentangan mencadangkan supaya kawalan pintu masuk utama di sempadan diserahkan kepada perusahaan swasta.

Menurut Press TV, cadangan itu perlu diluluskan Presiden Mahmoud Abbas yang dijangka tidak membenarkan langkah sedemikian.

Difahamkan, terowong rahsia tersebut dijadikan sebagai laluan utama untuk membawa masuk bekalan seperti ubat-ubatan, makanan dan bahan api ke Genting Gaza.