22 Februari 2014
GENTING GAZA - TEBING BARAT. Semenanjung Gaza dilaporkan sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan kemanusiaan akibat daripada sekatan Israel dan Mesir ke atas terowong rahsia di sempadan wilayah tersebut.
Menurut laporan terbaru Biro Pusat Statistik Palestin, kadar pengangguran di Genting Gaza telah meningkat kepada 38 peratus pada akhir tahun lalu berbanding 32 peratus pada suku ketiga 2013.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Hamas, Zeyad al-Zaza berkata, gerakan penentangan mencadangkan supaya kawalan pintu masuk utama di sempadan diserahkan kepada perusahaan swasta.
Menurut Press TV, cadangan itu perlu diluluskan Presiden Mahmoud Abbas yang dijangka tidak membenarkan langkah sedemikian.
Difahamkan, terowong rahsia tersebut dijadikan sebagai laluan utama untuk membawa masuk bekalan seperti ubat-ubatan, makanan dan bahan api ke Genting Gaza.
No comments:
Post a Comment