Saturday 21 September 2013

Penduduk Gaza sukar bergerak

Penduduk Gaza sukar bergerakPuluhan pelajar menunggu dua jam untuk mendapatkan teksi.

GAZA - PALESTIN. Penduduk Gaza kini berdepan masalah pengangkutan kerana ribuan teksi dan kereta persendirianmenghentikan perkhidmatan susulan penutupan terowong menghubungkan Mesir dan Genting Gaza, Kementerian Pengangkutan Palestin memaklumkan, lebih 30,000 teksi dan 20,000 kereta persendirian berbuat demikian kerana kekurangan bahan api.

"Mereka terpaksa menanti lama bagi mendapatkan teksi untuk ke sekolah, tempat kerja dan hospital," katanya kepada PIC.

Menurutnya kenyataan itu lagi, pencawang elektrik akan ditutup beberapa hari lagi jika krisis itu berterusan.

Kementerian kini mendesak Mesir untuk menyalurkan bahan api ke Gaza. 

Mesir tindas Palestin

Mesir tindas Palestin
Penduduk Palestin terpaksa menunggu untuk mendapatkan bekalan minyak di Gaza. Gambar kecil: Osman Kamal
KAHERAH - MESIR. Kesengsaraan penduduk Palestin berterusan selepas kerajaan sementara Mesir dengan kejamnya menutup bekalan elektrik di Gaza, semalam.

Bekas Menteri Elektrik Osama Kamal berkata, tentera berusaha gigih menutup laluan di Sinai.

"Hanya tentera sahaja boleh menghentikan penyeludupan diesel dan petrol dari Mesir ke Genting Gaza.

“Janakuasa elektrik di Gaza menggunakan kira-kira dua juta liter diesel dan petrol setiap bulan. Sebahagian besar kuantiti minyak itu diseludup dari Mesir. Kami berjaya menghentikan aktiviti itu dalam tempoh tiga hari, selepas lebih 100 terowong dimusnahkan ketika operasi bersepadu,” katanya pada laporan Press TV.

Beliau juga menuduh, selama inipegawai Hamas di Gaza bekerjasama dengan pegawai Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir giat mengendalikan kegiatan di terowong penyeludupan itu.

“Seorang individu terhormat dalam IM selama ini membantu segala aktiviti penyeludupan ke Gaza.

Mereka bukan sahaja menyeludup diesel tetapi pelbagai barangan lain termasuk militan dan senjata yang boleh menggugat kestabilan negara,” katanya.