Wednesday 9 December 2015

Penyumbang AS salur jutaan dolar kepada peneroka Yahudi

SELASA, 8 DISEMBER 2015 @ 9:18 AM

BAITULMAQDIS: Penyumbang persendirian Amerika Syarikat (AS) menyalurkan lebih AS$220 juta (RM937.74 juta) bagi pembinaan penempatan Tebing Barat Yahudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia dilakukan menerusi sumbangan dipotong cukai, secara berkesan memberi subsidi terhadap dasar yang ditentang pentadbiran negara itu selama berdekad, menurut satu siasatan diterbitkan dalam akhbar Israel semalam.

Akhbar harian The Haaretz mendapati, kira-kira 50 organisasi tanpa keuntungan dari seluruh AS mengumpul dana untuk membina penempatan di Tebing Barat, satu kawasan yang bakal dijadikan ibu negara akan datang Palestin, di sepanjang Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza. Israel menawan semua tiga kawasan itu dalam perang Timur Tengah 1967.

 Akhbar berkata, status dipotong cukai bermaksud kerajaan AS "memberi insentif dan secara tidak langsung menyokong pergerakan penempatan Israel," walaupun Washington membantah pembinaan penempatan dan menganggapnya sebagai halangan perdamaian dengan Palestin.

Siasatan The Haaretz mendapati, sesetengah wang yang dihantar penyumbang AS termasuk menyediakan bantuan guaman kepada pelampau Yahudi menerusi kumpulan Israel digelar Honenu.

 Laporan juga mengatakan, sesetengah wang dibelanjakan untuk membayar pemimpin peneroka Menachem Livni, seorang rakyat Israel yang dipenjarakan berikutan aktivitinya dalam kumpulan radikal Yahudi yang menjalankan serangan ke atas rakyat Palestin pada tahun 1980-an.

Selain itu, wang sumbangan turut digunakan untuk tujuan membeli bangunan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis selain memperbaiki keadaan hidup peneroka Yahudi.

 Akhbar berkata, laporan itu meneliti dana disumbangkan antara tahun 2009 dan 2013. Rundingan damai runtuh tahun lalu dan satu gelombang keganasan Israel-Palestin memasuki bulan ketiga. Serangan hampir setiap hari rakyat Palestin, kebanyakannya insiden tikaman, mengorbankan 19 rakyat Israel, sementara lebih 108 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel.


 Israel menuduh pemimpin politik dan agama Palestin menghasut keganasan, namun Palestin mengatakan ia adalah akibat hampir 50 tahun penjajahan Israel dan harapan semakin pudar mendapat kemerdekaan.

Palestin mendakwa, pembesaran berterusan penerokaan Yahudi di tanah yang dirampas membuktikan Israel enggan berdamai. Hampir 600,000 peneroka haram Yahudi tinggal di timur Bailtulmaqdis dan Tebing Barat. -AP

 PENEMPATAN Tebing Barat Yahudi di Baitulmaqdis. - Gambar hiasan 

Lagi remaja Palestin dibunuh

Baitullaham: Tentera Israel membunuh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun ketika menyerbu sebuah kem pelarian di bandar ini semalam.
Selepas kejadian di kem pelarian Dheisheh itu, pertempuran meletus di Aida, sebuah lagi kem pelarian di daerah berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Malek Shahin. Bagaimanapun, alasan tentera Israel menyerbu kem berkenaan tidak jelas.
Tentera rejim Zionis itu mendakwa, askarnya yang menyerbu kem berkenaan menjadi sasaran serangan bom paip dan bom petrol.
“Askar kami melepas tembakan ke udara untuk menyuraikan penduduk Palestin yang merusuh dan cuba mengekang keganasan,” kata seorang jurucakap tentera.
Ia kenyataan biasa rejim Israel setiap kali membunuh penduduk Palestin.
Jurucakap itu berkata, dia masih belum dapat mengesahkan punca remaja Palestin itu ditembak.
Tentera Israel membunuh 112 penduduk Palestin sejak 1 Okober lalu dengan mendakwa sebahagian besar mereka ditembak mati kerana menyerang penduduk Yahudi sementara yang lain ditembak ketika pertempuran meletus.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:32 PM


PENDUDUK Palestin mengusung jenazah Malek untuk dikebumikan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98979#sthash.NK9u9pqa.dpuf

Lagi penduduk Palestin dibunuh

Lagi penduduk Palestin dibunuh

8 DISEMBER 2015

 Polis memeriksa mayat rakyat Palestin yang ditembak di Baitulmaqdis, kelmarin.

 TEBING BARAT - PALESTIN . Tentera Israel menembak mati seorang lagi rakyat Palestin di Baitulmaqdis.
Kejadian berlaku lewat petang kelmarin berhampiran sebuah penempatan haram di al-Quds, lapor agensi berita Safa.
Mangsa dikenali sebagai Omar Yasser Eskafi berusia 21 tahun.
Dia didakwa melanggar sekumpulan peneroka haram Yahudi, sebelum keluar dari kenderaannya dan menikam tiga pemuda Israel.
Saksi di tempat kejadian berkata, Omar meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.
Insiden itu berlaku sehari selepas tentera rejim melepaskan tembakan dan mencederakan seorang remaja Palestin berusia 16 tahun di utara Kafr Qaddum, terletak kira-kira 13 kilometer di barat Nablus. - Press T
V