Wednesday, 9 December 2015

Lagi remaja Palestin dibunuh

Baitullaham: Tentera Israel membunuh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun ketika menyerbu sebuah kem pelarian di bandar ini semalam.
Selepas kejadian di kem pelarian Dheisheh itu, pertempuran meletus di Aida, sebuah lagi kem pelarian di daerah berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Malek Shahin. Bagaimanapun, alasan tentera Israel menyerbu kem berkenaan tidak jelas.
Tentera rejim Zionis itu mendakwa, askarnya yang menyerbu kem berkenaan menjadi sasaran serangan bom paip dan bom petrol.
“Askar kami melepas tembakan ke udara untuk menyuraikan penduduk Palestin yang merusuh dan cuba mengekang keganasan,” kata seorang jurucakap tentera.
Ia kenyataan biasa rejim Israel setiap kali membunuh penduduk Palestin.
Jurucakap itu berkata, dia masih belum dapat mengesahkan punca remaja Palestin itu ditembak.
Tentera Israel membunuh 112 penduduk Palestin sejak 1 Okober lalu dengan mendakwa sebahagian besar mereka ditembak mati kerana menyerang penduduk Yahudi sementara yang lain ditembak ketika pertempuran meletus.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:32 PM


PENDUDUK Palestin mengusung jenazah Malek untuk dikebumikan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98979#sthash.NK9u9pqa.dpuf

No comments:

Post a Comment