Monday, 4 October 2010

Statistik: Israel Culik 485 Rakyat Palestin Bulan Lepas

Imej4 Oktober 2010 - Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Agung Kebangsaan Bantuan Tahanan melaporkan penangkapan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin telah meningkat pad September 2010. Bilangan individu yang ditangkap pada bulan lepas mencapai 485 orang, kebanyakkannya dari Baitulmaqdis.

Laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad(3/10) menyatakan, jumlah penangkapan yang dilakukan pada bulan lepas sebanyak 485 orang di antara mereka adalah 3 orang wanita dan lebih kurang 90 orang kanak-kanak. Antara tahanan kanak-kanak yang paling muda ialah berusia 13 tahun yang ditahan reman selama 10 hari dan dikenakan hukuman ketenteraan di mana dia tidak boleh pulang ke rumah dalam tempoh 15 bulan.

Laporang itu juga menyebut, serangan penangkapan itu tidak mengira sesiapa malah ia melibatkan aktivis-aktivis asing di Palestin. Seorang aktivis Amerika dan Britain ditangkap ketika menjalankan aktivi-aktiviti mereka membantah pembinaan dinding pemisah dan perampasan tanah di Bil'ein.

Riyad al-Asyqar Ketua Media Jawatankuasa tersebut menjelaskan, pada bulan lepas beliau menyaksikan penindasan yang paling zalim di dalam penjara-penjara Israel. Penindasan ini dilakukan dengan mengabaikan layanan dan khidmat perubatan yang sepatutnya diberi kepada tahanan-tahanan yang menghidap pelbagai penyakit yang merebak.

Al-Asyqar memberi tumpuan pada senarai tahanan-tahanan 'otai' yang telah menghabiskan masa mereka lebih dari 20 tahun. Jumlah tahanan-tahanan sebegini telah meningkat sehingga sebanyak 123 orang sehinggakan terdapat tahanan-tahanan yang merengkok di dalam penjara Israel dalam tempoh lebih dari 25 tahun.

Pendatang Yahudi Serang Sebuah Keluarga Di Al-Quds

Imej4 Oktober 2010 - Al-Quds (Yang Diduduki) - Pendatang haram Yahudi menyerang keluarga Al-Qarsh di kawasan Al-Sa'diya di Al-Quds yang diduduki Yahudi pada malam tadi dan mencuba untuk mengeluarkan peralatan rumah dari rumah mereka. Para pendatang mengaku yang rumah tersebut adalah milik mereka, yang mana tidak pernah samasekali mereka atau nenek-moyang mereka diami sebelum ini.

Polis Israel campurtangan bagi melindungi para pendatang haram Yahudi tersebut dan mencegah aktivis hak asasi manusia dan wartawan dari organisasi B'Tselem dari memasuki rumah itu bagi merakamkan pencabulan yang dilakukan oleh para pendatang terhadap keluarga Al-Qarsh.

Kempen pengYahudian kini berleluasa di sekitar kawasan tempat tinggal dan bandar Al-Quds, di mana ramai warga Palestin telah kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka dirobohkan atau dirampas oleh pendatang haram Israel.

Dalam insiden lain, seorang pendatang haram Israel telah dengan sengaja melanggar seorang pemuda Palestin, Samir Abu Marih, pada petang Ahad di Bait Ummar, bahagian utara kota Al-Khalil. Pemuda itu mengalami luka di seluruh badannya dan dibawa ke hospital, menurut saksi.