Beberapa peluru berpandu diuji berhampiran utara Haifa.
TEL AVIV - Tentera rejim Israel dilaporkan bertindak memasang sistem anti peluru berpandu, Iron Dome di utara Haifa, kelmarin.
Laman web Ha'aretz melaporkan, pemasangan Iron Dome yang berperanan memintas semua serangan roket dan mortar meningkatkan lagi ekoran ketegangan di wilayah dihuni rejim.
Menurut laporan PressTV, sehari sebelum pemasangan, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya'alon dan Leftenan Jeneral, Benny Gantz mengesahkan pemasangan itu.
Ya'alon yang juga sebagai pemerhati perang di wilayah utara Israel berkata, pihaknya berkemungkinan besar dikerah berperang dalam tempoh singkat ini.
"Ia adalah sebagai amaran kepada pihak yang berada di kawasan sempadan terutama kepada penduduk Palestin bahawa Israel kini siap sedia menghadapi serangan," katanya.
Sejak awal tahun, tentera Yahudi bertindak memasang sistem pemintas peluru berpandunya di beberapa lokasi dalam Galilee dan Haifa.