Saturday 20 December 2014

Mesir buka semula laluan di pintu Rafah

KAHERAH: Mesir akan membuka semula laluan sempadan ke Gaza di pintu Rafah esok buat kali kedua dalam tempoh dua bulan ini bagi membolehkan mereka yang terkandas di Mesir untuk memasuki wilayah Palestin, kata pegawai tempatan.
Laluan di pintu Rafah adalah satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.
Mesir menutup laluan berkenaan pada hujung Oktober berikutan insiden pengeboman di Semenanjung Sinai, namun dibuka semula pada hujung November lalu bagi membenarkan rakyat Palestin yang terperangkap di Mesir kembali ke rumah masing-masing.
Pegawai polis, Ali al-Azazi, berkata operasi sama akan dijalankan esok dan hanya dibuka selama dua hari.
"Mesir akan membuka Rafah pada Ahad dan Isnin bagi membolehkan mereka yang terkandas di Mesir untuk kembali ke Gaza," katanya.
Lebih 3,500 rakyat Palestin terkandas apabila Mesir menutup laluan sempadan ke Gaza selepas serangan berani mati yang membunuh sekurang-kurangnya 30 tentera di Utara Sinai pada 24 Oktober lalu.
Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi mengenai mereka yang masih terkandas. - AFP

Israel lancar serangan udara terbaharu ke atas Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, serangan pertama dan terbaharu ke atas wilayah Palestin itu sejak konflik selama 50 hari, Ogos lalu.
Serangan udara pada awal pagi tadi itu mensasarkan apa yang dikatakan tentera Israel sebagai lokasi prasarana yang digunakan oleh militan Hamas di selatan Semenanjung Gaza.
Israel mendakwa serangan itu susulan serangan roket dari Gaza ke selatan Israel, semalam.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan roket berkenaan.
Penduduk dilaporkan berkata mereka mendengar dua letupan di Wilayah Khan Yunis di Gaza, yang mensasarkan tempat latihan untuk pejuang Palestin.
Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam serangan itu.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, setakat ini tiada penduduk yang cedera dalam serangan pertama Israel ke atas Palestin sejak gencatan senjata pada 26 Ogos lalu yang diusahakan Mesir bagi menamatkan perang selama 50 hari antara kedua-dua pihak.
Konflik selama 50 itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Palestin dan 73 penduduk Israel yang kebanyakannya anggota tentera, terbunuh. - AP/AFP

Pintu Sempadan Rafah Dibuka Semula Ahad


Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 9:05 PM
Pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah. Foto AP

KAHERAH: Mesir membuka semula pintu sempadan Gaza-Mesir di Rafah buat kali kedua dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan mereka yang terkandas di Mesir memasuki wilayah Palestin.
Laluan Rafah merupakan satu-satunya pintu masuk ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.
Mesir menutup pintu sempadan itu pada akhir Oktober lalu berikutan insiden pengeboman di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Ia kemudiannya dibuka semula pada akhir November lalu bagi membolehkan rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk pulang ke negara mereka.
Pegawai polis, Ali al-Azazi memberitahu AFP  bahawa operasi yang sama diadakan dari Ahad dan hanya berlangsung selama dua hari.
"Mesir akan membuka pintu sempadan di Arafah pada Ahad dan Isnin bagi membolehkan mereka yang terkandas di bahagian Mesir dapat memasuki Gaza," katanya.
Lebih 3,500 rakyat Palestin terkandas apabila Mesir menuntup pintu sempadan itu selepas satu serangan berani mati mengorbankan 30 tentera di Utara Sinai pada 24 Oktober lalu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.
Ramai rakyat Palestin yang memasuki Mesir melalui Rafah merupakan pelajar di Universiti dan kawasan sekitar, atau pesakit yang memerlukan rawatan perubatan. - AFP

Amerika tolak resolusi Palestin


WASHINGTON 19 Dis. – Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyokong resolusi yang dikemukakan Palestin menggesa Israel menamatkan penjajahan ke atas wilayah Palestin pada akhir 2017.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, Washington telah melihat teks resolusi yang diedarkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditaja Jordan.
“Kami tidak menyokong resolusi tersebut. Kami rasa pihak lain turut mempunyai pandangan sama.
“Kami akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara ini. Pihak Palestin faham tindakan yang kami ambil ini,’’ katanya kepada wartawan semalam.
Resolusi tersebut diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB oleh Jordan yang mewakili Palestin, yang menetapkan tempoh selama 12 bulan untuk menyelesaikan rundingan damai berhubung pengunduran Israel dari kawasan milik Palestin menjelang akhir 2017.
AS yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sering menggunakan kuasa veto bagi membatalkan sebarang resolusi yang merugikan Israel.
Senator AS, Chuck Schumer dan Lindsey Graham menggesa Jabatan Negara AS supaya menggunakan kuasa veto itu.– AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-tolak-resolusi-palestin-1.38595#sthash.mmfBw41p.dpuf

Palestin terima 2 peratus dana sumbangan


GAZA CITY 20 Dis, – Palestin sehingga sudah menerima 2 peratus daripada sumbangan dana sebanyak AS$5.4 bilion (RM18.78 bilion)yang dijanjikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membangunkan semula Gaza selepas Israel bertindak menyerang bandar berkenaan, baru-baru ini.
Pegawai PBB berkata, dana sebanyak AS$100 juta (RM347.72 juta) sudah disalurkan kepada Palestin bagi menjalankan kerja-kerja membina semula rumah dan bangunan yang telah hancur musnah dalam serangan yang berlaku selama tujuh minggu itu.
“Wang yang sudah disalurkan dijangka habis pada Januari tahun depan dan kami memerlukan lebih banyak dana lagi bagi menjalankan keja-kerja yang telah dirancang,” kata Agensi Kerja dan Bantuan PBB di Gaza. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-terima-2-peratus-dana-sumbangan-1.38616#sthash.81q7RIci.dpuf